Friday, June 26, 2009

PAS HANYA PELENGKAP UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN DAP

JATUHNYANYA UMNO MAKA TERHAPUSLAH HAK-HAK KEISTIMEWAAN KAUM MELAYU - "Republic of Malaysia"

Adakah umat ISLAM dizalimi di negara ini? kita boleh lihat sendiri disekeliling kita. Kerajaan hari ini sangatlah berlemah-lembut dengan umat Islam walaupun ramai yang menentangnya dan kerajaan berterusan memberi peluang kepada musuh-musuh politiknya untuk membuat fitnah serta adu domba hanya disebabkan tidak mahu kelihatan zalim sesama bangsa dan agama.

Parti Pas mengisi ruang diatas kelembutan Umno itu. Hari ini Umno dikeji dan dikecam seteruk-teruknya. Pas bersatu hati dengan pakatan rakyat yang diketuai oleh Anwar dan Karpal menerjah dengan cara memfitnah Umno dalam PRU12 sehinggakan 5 negeri dapat ditawan oleh pembangkang (Sekarang 4). Pas mengadaikan agama dan kaum melayu untuk membalas dendam kepada Umno. Kaum lain di negara ini dapat menghidunya. Kawasan yang majoriti melayu diberi peluang kepada DAP dan pas berkerjasama dengan DAP bagi mempastikan calon dari Umno kalah. Hasilnya daripada keputusan PRU-12, PAS hanya memenangi 23 kerusi berbanding DAP-28 kerusi serta PKR-31 kerusi.

UMNO menang 79 daripada 117 kerusi parlimen yang ditandinginya. Syukur ke hadrat Allah swt kerana negara ini masih kekal stabil kerana UMNO masih merupakan parti dominan dalam BN walaupun BN hanya memiliki 139 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Setelah melalui 12 kali PRU, inilah pencapaian terbaik PAS iaitu menang 23 kerusi daripada 66 kerusi yang ditandingi. fakta di atas, sudah jelas kepada kita pas sebenarnya tidak memperjuangkan islam dan kaum melayu di negara ini sebaliknya pula mempergunakan islam untuk merealisasikan impian mereka bersama Pakatan Rakyat. Parti mana yang untong sebenarnya? sebelum ini tidak pernah dalam sejarah DAP memenangi kerusi sebanyak itu. Pas tidak seperti Umno dalam Pakatan Rakyat. Pas hanya barua DAP. Pas dikunci mulut oleh DAP yang betuankan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat. Pas mempunyai penyokong kedua terbesar kaum melayu selepas Umno tetapi pas tidak boleh menjadi tunjang seperti Umno dalam BN sebaliknya Pas sendiri hanya mendapat 23 kerusi sahaja berbanding 28 DAP dan PKR 31 dalam PRU lepas.

Ulasan...
Blogger AbgTuah said...

SALAM..

YE PAS PELENGKAP BAGI DAP UNTUK BERKUASA..

NANTI KALAU DITAKDIRKAN PR BERKUASA..JANGAN TERPERANJAT PAS AKAN DISINGKIRKAN SECARA HALUS DAN SISTEMATIK..

June 26, 2009 11:28 PM

Delete


1 comment:

  1. SALAM..

    YE PAS PELENGKAP BAGI DAP UNTUK BERKUASA..

    NANTI KALAU DITAKDIRKAN PR BERKUASA..JANGAN TERPERANJAT PAS AKAN DISINGKIRKAN SECARA HALUS DAN SISTEMATIK..

    ReplyDelete