Thursday, June 25, 2009

SIAPA ISLAM FORBIA?

NIK AZIZ ULAMAK HEBAT ...


Pemimpin yang berjasa kepada negara dan rakyat terus dikeji dan dihina sehina-hinanya. Asalkan sahaja ianya dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno. Umno dihina, Umno tiada perasaan tetapi ahli-ahli Umno yang melebihi 2juta yang meneranjui parti itu tetap mempunyai perasaan. Ia juga manusia seperti manusia dalam parti pas juga. Bangsa melayu dan beragama Islam. Hari ini Nik Aziz dalam ceramahnya di PRK Manik Urai, sekali lagi menuduh Umno sebagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan menyamakan Umno dengan komunis. Hebat kan?

Kekecewaan Tuan Guru Tan Sri Harussani sebenarnya dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam. Pakmie sebenarnya kecewa dengan PAS yang selama ini mendakwa bahawa apa-apa juga masalah haruslah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya

Syabas MB Kelantan kerana berjaya menolak gagasan perpaduan Melayu. Parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Kekecewaan Harussani turut dikongsi bersama oleh bekas mufti Perlis, iaitu Dr Asri, yang turut kecewa dengan PAS kerana tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan hadis nabi yang menyeru kearah perpaduan.

Syabas Nik Aziz kerana berjaya bersatu kembali dan bersekongkol dengan rakan-rakannya dalam DAP yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, dan isu-isu terlalu sensitif tidak boleh disebut jika disebut dianggap resis.

Cita-cita Nik Aziz ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Aziz terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tok guru hanya mengajar agama - sebenarnya Nik Aziz bukan ulamak, beliau sendiri melebel dirinya sebagai ulamak. Beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Nik Aziz telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa melayu..Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR.Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS.Apa benarkah itu?.

Sudah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS.Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini.Apakah PAS merasakan Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya?.Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang agenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan olih ahli ahli DAP dalam PRU dan PRK PAS akan ditendang keluar dari ‘kerajaan pakatan perpaduan’ suatu masa nanti kerana kerenah negara Islam dan hukum hudud yang mereka perjuangkan. Lihat sahaja isu perpaduan yang Haji Hadi bersuara itu? Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar.Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS, PAS Shah Alam dah jadi kelam kabut.Kita amat menyedari bahawa adun adun PAS dalam kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.

1 comment:

  1. Patut diadakan KPI untuk ulama' di Malaysia. Nik Aziz kredit lukisan SPM dah anggap dirinya ulama'. Menanam kebencian & demdam kesumatnya kepada rakyat terhadap sesama melayu Islam, UMNO.

    ReplyDelete