Wednesday, June 17, 2009

BARUA ANWAR TUNJUK BELANG...

NIZAR BIADAP DI PARLIMEN MANAKALA NIK AZIZ PULA RAKUS DI MANIK URAI

Orang yang tidak layak menjadi pemimpin, apabila diangkat juga menjadi pemimpin beginilah jadinya. Kita wajib menilai sesorang itu dengan cara lebih menyeluruh dan teliti jika mahu menganggkat beliau menjadi pemimpin. Jika orang yang tidak sepatutnya diberi jawatan yang lebih tinggi tetapi diberi juga jawatan tersebut sudah tentu banyak menyusahkan kita dan juga diri mereka sendiri. Mereka hanya dapat bertindak dan memikir setakat diri mereka dan kumpulan mereka sahaja.

Kebanyakkan pemimpin pembangkang yang ada pada hari ini munafaatkan masanya yang dengan berpolitik 24jam. Tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara diabaikan begitu sahaja. Jangan kata rakyat tidak sedar dan tahu perkara ini. Rakyat sentiasa memerhati setiap gerak geri mereka. Rakyat sudah dapat menilai golongan ini, siapa diantara mereka. Rakyat begitu jelek sekali melihat telatah mereka dengan menerima gaji buta setiap bulan. Ada juga diantara mereka berselindung disebalik ketakwaan agama, cakap hari-hari penuh dengan ayat-ayat al-Quraan di sebaliknya hati macam firaun.

Dalam parlimen atau sidang DUN bukan tempat orang berpolitik, mereka berpolitik juga. Kita hendaklah mengatakan sesuatu yang benar dan telus. Ingatlah dalam parlimen kita bercakap untuk membela bangsa dan negara bukannya tempat orang berpolitik atau membuat kacau. Dua hari lepas satu tindakan yang memalukan telah ditunjukkan oleh Nizar dalam Parlimen. Nizar mewakili MP Pas yang menang bertanding di PRK Bkt Gantang tempuhari. Jahil dan biadap sekali. Nizar mulai menunjukkan perangai jahat di Parlimen, kalau di Perak beliau terlepas dan bebas tetapi kali ini beliau dan kumpulannya dihalau keluar oleh speaker. Nizar mahu menjadi "kepala samseng diparlimen" kebidapannya kian terserlah boleh mengalahkan "Mat rempit dijalanraya". Seharusnya beliau patut diambil tindakan yang lebih serious. Tindakannya terlalu melampau dan jika tidak dikawal dengan segera boleh menghancurkan negara. Kejadian ini mereka sudah rancang. Pihak tertinggi parti Pas seharusnya peka dan mengambil sesuatu tindakan yang sesuai kalau tidak kepercayaan rakyat kepada parti itu akan bertambah luntur suatu masa nanti.

Tindakan Nizar dan beberapa anggota Pas telah dilihat oleh masyarakat sebagai tindakan bodoh dan tidak bertamadun. Perkara seperti itu tidak pertama kali dilakukkan oleh Nizar. Nizar juga telah melakukan perkara yang sama dalam Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada 7 April 2009 lalu. Tindakannya membayangkan beliau bukan ahli Pas, tetapi ahli PKR. Ini merupakkan topeng-topeng yang kononnya mahu perjuangkan kebaikan, tetapi ini sebenarnya cara-cara saki baki peninggalan komunis suatu ketika dahulu.

Dalam proses menghadapi pilihanraya samada PRU atau PRK mana-mana calon atau parti yang hendak bertanding hendaklah berdisiplin. Kita kena anggap Pilihanraya juga sebagai pentas perhubungan silaturrahim. Apatah lagi kalau dengan sengaja kita mahu menggunakan kesempatan itu memecahbelahkan rakyat.

Setelah Nik Aziz selaku MB Kelantan dan Musyidul Am memberi ucapan membangkitkan semangat kepada Jentera piliharaya Pas di Manik Urai tempuhari menampakkan kepada kita dengan jelas bahawa Nik Aziz tidak merupakan seorang pemimpin yang kita harapkan untuk membela dan membimbing umat islam dan bangsa melayu dinegara ini. Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja asalkan Pas dapat berkuasa lagi di DUN tersebut. Nik Aziz sanggup pertaruhkan nyawa dengan cara "mengalir darah" sesama Islam sekalipun. Kebanyakkan rakyat menjadi hiba bila mendengar kata-kata itu dan ini diakui sendiri dalam ucapan Dato Mustapa Mohammad ketika menghadiri majlis perlancaran jentera piliharaya parti Umno di Manik Urai tempuhari. Kita beranggapan Nik Aziz sudah nyanyok bila perasaannya sedikit tertekan dengan mudah sahaja beliau menggeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Soalnya sekarang ucapan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi Nik Aziz dari dahulu sampailah sekarang. Adakah Nik Aziz sudah nyanyok diusia muda? atau Nik Aziz memang sikapnya beremosi dan mulutnya memang celupar? Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment