SEDARLAH NIK AZIZ SENDIWARA ENGKAU SUDAH DIPENGHUJUNG - YA ALLAH BEBASKAN NEGERI KU DARI KALANGAN PEMIMPIN YANG RAKUS.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan hari ini melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan ‘orang kuat’ kepada idea tersebut.
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu."
Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi.
NIK AZIZ BIMBANG DAP AKAN CERAIKAN PAS KALI KE TIGA SEBELUM ANWAR JADI PM
Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giew menyifatkan kerjasama parti UMNO dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ibarat penceraian kali ketiga setelah perkara yang sama seperti itu (wujud kerajaan perpaduan) dibuat beberapa tahun yang lalu.
Beliau berkata, persoalan mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah kali ketiga berlaku dan ianya tidak pernah dibangkitkan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya sendiri bingung jugak dan tidak tahu apa yang dimaksudkan Datuk Seri Hadi Awang. Apa yang dia hendak sebenarnya. Isu kerajaan perpaduan ini seharusnya sudah tamat dan saya tidak tahu kenapa ianya disebut-sebut lagi,” katanya di Shah Alam semalam.
Katanya, ramai yang masih tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan kerajaan perpaduan dan ada yang menganggap ianya sebagai penggabungan di antara Pas dan UMNO atau Pas dan BN.
No comments:
Post a Comment