Thursday, June 18, 2009

NIK AZIZ LEBIH SAYANGKAN KARPAL, ANWAR DARI HJ HADI DAN NASAR

SURUH MASUK UMNO? DAN ADAKAH NIK AZIZ AKAN MASUK DAP?

1. Nik Aziz suruh Nasar masuk Umno...Hj Hadi?. Jika krisis ini berterusan berkemungkinan pas akan terbahagi dua. Pas serpihan akan muncul kerana keegoan Nik Aziz sendiri.
2. Kerjasama idea Hj Hadi masih diperingakat awal, kenapa Nik Aziz begitu kalut? Nik Aziz faham tidak soal kerjasama itu sedangkan DS Najib sendiri dan pemimpin lain dalam Umno pun masih tertanya-tanya apa maksud kerjasama yang dimaksudkan oleh Hj Hadi itu.
3. Sebenarnya sebelum cetusan idea Hj Hadi ini pun sudah ada tanda-tanda perpecahan dalam pas sendiri. Pas sudah ada dua mahzab. Mahzab Hj Hadi dan Mahzab Nik Aziz.
4. Mahzab Nik Aziz lebih pro kepada Anwar, manakala Mahzab Hj Hadi lebih pro kepada ulamak.
5. Nasar belum hilang terkejut kepada tindakan gila Nizar di Parlimen, hari ini Nasar pula tersenyum kambing bila mendengar kata-kata Nik Aziz kepadanya supaya keluar dari Pas dan menyertai Umno.
6. Secara tidak langsung Nik Aziz sudah mengakui Umno lebih baik dari Pas sebab itu beliau menyuruh orang no 2 dalam Pas itu masuk Umno.
7. Nik Aziz sudah lupa kata-kata beliau sebelum ini kepada Umno. Undi Umno akan masuk neraka. Sanggup pula menyuruh Nasar masuk neraka?
8. Kenapa Nik Aziz tidak menyuruh Hj Hadi masuk Umno? sedangkan idea perpaduan itu datang dari HJ Hadi tidak dari Nasar.
9. Siapa Nik Aziz mengarahkan Nasar sedemikian? Nik Aziz hanya Mursyidul Am Pas sedangkan Nasar pemimpin no 2 dalam parti itu.
10. Kita tunggu kisah selanjutnya, akan ada dikalangan pemimpin pas nanti menyalahkan Umno diatas tindak tanduk Nik Aziz itu. Mungkin akan ada desas desus Umno yang merancang Nasar masuk Umno jika ianya betul-betul berlaku. Berapa juta Umno beli? atau pun akan ada dikalangan pemimpin pas menyalahkan media yang silap membuat lapuran diatas kata-kata Nik Aziz.
11. Yang paling takut sekali jika pas berpecah adalah Anwar, yang paling suka sekali jika pas berpecah adalah DAP dan yang paling cool dan bijak adalah DS Najib kerana menerima baik dengan hati terbuka cadangan Haji Hadi itu jika ianya benar-benar iklas demi perpaduan melayu dan umat Islam di negara ini.

Akhir sekali dari Pakmie jika kita benar-benar iklas dan jujur, kebenaran akan datang jua kepada kita walaupun beribu halangan menimpa. Sesungguhnya Allah SWT itu maha berkuasa dan maha mengetahui segala yang ada dalam isi hati setiap manusia. Bila-bila sahaja Allah SWT boleh membuka aib manusia jika dia mahu dan tanpa kita sedari...

Cuba renong sejenak...

Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana Nik Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!
- Kita patut perbetulkan fikiran Nik Aziz supaya mengikut landasan islam sebenar. Kita tiada niat sebesar zarah pun menghina beliau apatah lagi kita perlu menghormati orang tua-tua lagi pun Nik Aziz sudah uzur. Dalam politik Pas bukan musuh kita sebenar, musuh kita sebenar adalah DAP dan kalangan yang menentang Islam bukannya Nik Aziz. Kita sebagai orang islam kena bertanggungjawab memperbetulkan fikiran Nik Aziz yang tersimpang jauh demi kepertingan Islam di negara ini bukannya kerana politik semata-mata!...Hakikat sebenar pembawaan dan pendekatan Islam cara Nik Aziz telah banyak memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Orang politik juga boleh memahami dan menyelamatkan fikiran orang politik yang lain jika ianya benar-benar tersimpang!!!


Ulasan...

Blogger KHAIRUL NAZRI said...

Salam Pak Mie,

Pada hemah saya, N.Ajiz sepatutnya mengundurkan diri dari dunia politik ini sejak dari dulu lagi, lebih-lebih lagi kita melihat tiada sebarang perubahan besar disepanjang pemerintahannya di Kelantan.

Dengan keadaan usia yang hampir penghujungnya ini maka amat molek bagi N.Ajiz duduk berehat sambil memperkasakan amalan sambil membayar kembali masa-masa bersama cucu dan keluarga yang selama ini diluang ke arah politiknya yang tidak kemana itu.

June 18, 2009 10:18 AM

Blogger eXception said...

Kasih sayang Nik Aziz pada Husam, Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh melebihi sayangnya pada anak, sayang pada isteri yang paling penting sayang pada agama dan bangsa...

June 19, 2009 6:11 PM

Delete
Blogger eXception said...

Sayang Nik Aziz pada kafir harbi melebihi sayang pada umat Islam.

http://exception2008.blogspot.com/

June 19, 2009 6:12 PM




3 comments:

  1. Salam Pak Mie,

    Pada hemah saya, N.Ajiz sepatutnya mengundurkan diri dari dunia politik ini sejak dari dulu lagi, lebih-lebih lagi kita melihat tiada sebarang perubahan besar disepanjang pemerintahannya di Kelantan.

    Dengan keadaan usia yang hampir penghujungnya ini maka amat molek bagi N.Ajiz duduk berehat sambil memperkasakan amalan sambil membayar kembali masa-masa bersama cucu dan keluarga yang selama ini diluang ke arah politiknya yang tidak kemana itu.

    ReplyDelete
  2. Kasih sayang Nik Aziz pada Husam, Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh melebihi sayangnya pada anak, sayang pada isteri yang paling penting sayang pada agama dan bangsa...

    ReplyDelete
  3. Sayang Nik Aziz pada kafir harbi melebihi sayang pada umat Islam.

    http://exception2008.blogspot.com/

    ReplyDelete