Thursday, June 18, 2009

JIKA TIDAK JUJUR - BAHAGIA HANYA SEMENTARA

KERJASAMA UMNO-PAS : DIHALANG TETAPI PADA HAKIKATNYA IA BERJAYA

Betullah sepakat kearah kejahatan tidak kekal lama. Sepakat kearah kejahatan mudah dibuat tetapi ianya tidak boleh bertahan lama. Orang-orang jahat ia akan bertemu dengan orang-orang seperti mereka juga. Begitu jugalah apa yang terjadi dalam parti pembangkang hari ini.

Sumpah dan fatwa yang dicetuskan pemimpin pas keatas sesama islam, yang kononnya Umno sebuah parti sesat jika menyokongnya boleh disabitkan dengan api neraka. Keegoan, dengki, dendam dan gila kepada kuasa menampilkan kepada kita keperibadian sesaorang itu tidak jujur. Bijak berselindung bertopengkan kebaikan dan petah dan berani berkata-kata sekali imbas boleh menyakinkan kepada kita yang kononnya itulah kearah perjuangan yang sebenar.

Anwar dianugerahkan oleh Allah SWT peteh bercakap umpama burung tiong. Nik Aziz dianugerah oleh Allah SWT sedikit sebanyak dengan ilmu keagamaan. Nik Aziz pernah berkata beliau begitu bangga kepetahan bercakap yang dianugerah oleh Allah SWT kepada Mat Sabu yang jarang terdapat kepada manusia lain termasuk beliau sendiri. Allah SWT telah berkata kepada umat-umatnya yang memiliki sedikit kelebihan yang Allah berikan samada berupa ilmu dan sebagainya jika digunakan kejalan yang tidak betul atau lebih kepada memetingkan diri sendiri dengan tujuan dan niat memesong dia didahulukan masok neraka.

Ramai dikalangan orang-orang Islam dinegara ini termasuklah ulama-ulama dan mufti-mufti yang mempunyai asas agama yang kuat dan berpendidikan tinggi tidak terlibat secara langsung dalam politik tanah air memerhati setiap masa perkembangan islam di negara ini. Mereka-mereka ini seakan-akan tidak ada kuasa menegur jika pun ada berlaku sesuatu kesilapan bersabit dengan Islam di negara ini. Kuasa politik yang bercampuraduk dengan agama yang dibawa oleh pas menyebabkan belbagai tafsiran keatas sesuatu hukum yang sudah dijelas dengan begitu terperinci dalam kita suci al-quraan. Kerana kepertingan tertentu dengan tafsiran yang salah boleh melahirkan golongan yang ektrim dan fanatik. Fitnah dengan melontarkan kata-kata kesat kepada golongan-golongan yang tidak sehaluan dengan kita kononnya dibolehkan walaupun sesama Islam dan gejala ini jika dibiar berterusan amat menakutkan kita semua.

Kerana politik di negara Islam berpecah. Politik hasut menghasut amat bahaya. Kebanyakkan akbar-akbar, dan blog-blog pro pembangkang dengan senang melontar kata-kata kesat dan menghasut bagi mendapat pengaruh politik parti tertentu. Cuba kita tengok Harakah, Suara Keadilan, Siasah dan lain-lain milik parti pembangkang. Ibubapa yang menyokong parti pembangkang membeli dan membawa pulang kerumah kemudian anak-anak kecil yang masih bersekolahpula membacanya, ini sudah tentu boleh melahirkan generasi pendendam dimasa-masa hadapan. Sebab itulah golongan muda mudi di Kelantan sekarang susah dibentuk gejala soaial begitu tinggi, jiwa suka memberontak dan jenayah terlalu ketara. Mereka sudah diasuh sekian lama lebih 20tahun pas memerintah Kelantan.

No comments:

Post a Comment