Friday, June 19, 2009

NIK AZIZ MESTI BERTANGGONGJAWAB PERBETULKAN KEMBALI AKIDAH UMAT ISLAM DI NEGARA INI

Pertikaian unity govemment semakin bercelaru dan tiada kesudahan. Nik Aziz mengheret idea yang dicetus oleh Presiden mereka sendiri sehingga membawa kepada kearah perpecahan parti itu. Sekaligus Nik Aziz merasakan idea Hj Hadi itu tidak penting untuk umat Islam di negara ini.

Nik Aziz pernah mengkafirkan sama sebangsa dan seagama hanya kerana berlainan ideologi polilik, mengharamkan sembelihan sama sebangsa dan seagama, mengharamkan sembahayang yang diimamkan oleh sama sebangsa dan seagama.

Nik Aziz sanggup merendahkan martabat seorang manusia dan menyamakan martabat mereka setaraf dengan lembu-lembu dijalanan. Maka akhirnya lahir seorang ahli parlimen yang bekas menteri besar sebuah negeri bersikap biadap, sebagai seorang manusia dengan sikap kurang ajar yang keterlaluan.

Kalau kita lihat cara beliau menentang "kerajaan perpaduan" itu menampakkan kepada kita bahawa Nik Aziz tiada sesalan langsung diatas tindakan beliau menyesatkan umat islam selama ini. Sesunggohnya Nik Aziz dikelilingi oleh hulubalang-hulubalang yang rakus pada gila kuasa dunia. Ini terbukti dan diakui oleh anaknya sendiri Nik Abduh sebelum ini. Sepatutnya Nik Aziz bersetuju dan menyokong penuh dan besepakat menterjemahkan usaha-uasaha murni Hj Hadi itu. Sikap yang tidak elok seperti inilah yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang beliau menerajui kerajaan kelantan lebih 20 tahun. Maka sukalah mereka-mereka yang suka mencari peluang keatas kelemahan dan kesilapan Nik aziz itu - Secara tersirat mengikut fahaman Pakmie usaha unity govemment idea Hj Hadi bersama Ustaz Nasar itu juga untuk menyelamatkan Nik Aziz dari kekangan jerung Anwar dan anak yu Husam Musa. Kumpulan Hj Hadi kenal siapa Anwar.

Mereka-mereka yang menghalang idea inilah sebenarnya tidak mahu melihat umat islam dan bangsa melayu bersatu. Mereka sanggup bersekonkong dengan kaum lain yang secara terang-terangan menentang dasar-dasar Islam dari berkerjasama memperkuatkan Islam di negara ini. Mereka sanggup mengikut rentak kaum yang menetang Islam waima dalam membuat keputusan-keputusan yang bersabit dengan Islam sekali pun.

Ulasan...

Darulehsan
said...

Pakmie, kerajaan perpaduan ni sebenarnya untuk sapa. untuk umat islam dan melayu sahaja ke.

kerajaan perpaduan ni hanya untuk pas dan umno sahaja ke. parti lain camner.

kalau ianya melibatkan semua parti-parti politik dimalaysia ni, barulah betul ianya perpaduan.

June 19, 2009 9:37 PM


2 comments:

  1. Dari sehari ke sehari kita berpolemik tentang kerajaan perpaduan, mulanya saya begitu menaruh harapan supaya ia menjadi kenyataan dimana pemimpin Melayu dan beragama Islam boleh duduk semeja berbincang mengenai masalah ummah. Walaupun cadangan ini datang dari Presiden PAS tetapi perkara yang elok wajib kita sokong.

    Tetapi terbalik pula penerimaan segelintir penyokong PAS terutama N.Ajis dan Husam 'Chicken Run'. Sanggup melabelkan siapa yang menyokong idea berkenaan sebagai 'boneka UMNO'. Astafirull'ah Alazim....

    Kini kegembiraan saya dah semakin pudar lantaran sikap segelintir pemimpin PAS tu, lebih lagi ada syarat yang perlu dipatuhi oleh UMNO untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan ni. Kalau begini la sikap PAS terhadap ideanya sendiri, lebih elok kita tak menyambut salam yang diberikan. Akhirnya UMNO juga yang dipersalahkan.

    Lebih baik mereka bergabung selamanya dengan pihak kafir harbi disebelah sana. Kalau kata orang utara, Dah naik cemuih tengok gelagat depa ni....

    Kalau mahu juga, suruh Hadi Awang kemukakan dulu apa bentuk kerjasama yang mereka mahukan untuk berbincang dengan UMNO.

    Jangan nanti nama UMNO yang jadi busuk pula......

    ReplyDelete
  2. pakmie, kerajaan perpaduan ni sebenarnya untuk sapa. untuk umat islam dan melayu sahaja ke.

    kerajaan perpaduan ni hanya untuk pas dan umno sahaja ke. parti lain camner.

    kalau ianya melibatkan semua parti-parti politik dimalaysia ni, barulah betul ianya perpaduan.

    ReplyDelete