Tuesday, July 21, 2009

ADAKAH KEMATIAN TBH PENYELESAIAN SEGALA RASUAH KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR?


GENDANG PEMBANGKANG TERUS DIPALU DAN API DINYALAKAN


Kerajaan pakatan pembangkang Selangor sanggup mempolitikkan kematian Teo Beng Hock bagi meraih simpati rakyat berbanding usaha memajukan negeri. Tindakan mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri itu serta mengadakan perhimpunan haram sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan sendiri. Tujuannya bagi mengalih pandangan masyarakat terhadap isu sebenar iaitu SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyalahgunakan peruntukan wang kerajaan negeri.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng dalam kenyataanya berkata, seorang bergelar ‘Datuk’ menawarkan RM10,000 kepada mereka yang dapat memberikan maklumat. Semakin bercelaru apabila sudah ada pihak-pihak tertentu mula menawarkan ganjaran wang tunai bagi mendapatkan maklumat sehingga tetangkapnya pembunuh lelaki itu. Sedangkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah memberitahu siasatan ke atas kes kematian pembantu Exsco Selangor.Teo Beng Hock akan selesai dalam masa terdekat dan kini siasatan sudah pun selesai kira-kira 60 peratus.

Manakala SPRM pula meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan. Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan

Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM. Petang Ahad, pakatan pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan. Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung di samping sepanduk “MACC Murderer".

P/s : Kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangan seterusnya siapa yang akan kena dan siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya.

Ulasan...

Blogger Panglima Perang Cyber said...

mereka suka spin issue...memang dari dulu.

July 21, 2009 11:54 PM

Blogger Jeffry said...

SLM PAK MIE..MEREKA MAINKAN GENDANG ORG MATI UTK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI

July 22, 2009 1:01 PM

Blogger Anak Lenggong said...

Biasa laa..dengan cara ini mereka boleh melalaikan pemikiran rakyat daripada mempersoalkan kepincangan kerajaan negeri dibawah kelolaan mere dan juga isu liwat si nuar tu...

July 22, 2009 2:17 PM



3 comments:

  1. mereka suka spin issue...memang dari dulu.

    ReplyDelete
  2. SLM PAK MIE..MEREKA MAINKAN GENDANG ORG MATI UTK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI

    ReplyDelete
  3. Biasa laa..dengan cara ini mereka boleh melalaikan pemikiran rakyat daripada mempersoalkan kepincangan kerajaan negeri dibawah kelolaan mere dan juga isu liwat si nuar tu...

    ReplyDelete