Wednesday, July 22, 2009

KERAJAAN PEMBANGKANG SELANGOR PERLU BERI KERJASAMA SEGERA KEATAS SIASATAN KEMATIAN TEOH BH


KENAPA PEMBANGKANG DENGAN CEPAT MENUNDING JARI KEPADA SPRM DAN TIDAK MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SIASATAN PDRM?

Insiden saperti ini jika tidak dibendung dengan baik dan segera boleh memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan dan SPRM yang baru ditubuh. Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah mudah walaupun ianya tidak logik sama sekali. Kebanyakan anggota SPRM yang terlibat belbagai idealogi politik yang sama-sama beragama Islam. Tidak masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat hanya kes tuduhan rasuah sehingga sanggup membunuh sedangkan yang terbunuh itu pula saksi utama SPRM. Sudah tentu perkara seperti ini tidak lojik samasekali boleh berlaku andai kata mereka tidak takut kepada api neraka sekali pun.

Siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau. Mungkinkah ia ada kaitan dengan pembunuhan Teoh?

Pembangkang dengan cepat bertindak mengapi-apikan sentiment dan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN yang zalim. Kenapa pembangkang dengan cepat menuduh kerajaan.dan mempolitikkan insiden ini? Pembangkang mahu menjadikan isu ini sebagai modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka dan Teoh merupakan seorang anak pemandu teksi yang miskin.

Hubungan antara ahli dan pemimpin politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud. Kumpulan triad seperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan dan perkara ini diakui sendiri dalam blog pemimpin dalaman mereka. Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

No comments:

Post a Comment