Thursday, August 20, 2009

BICARA SEJENAK BERSAMA BISNES ONLINE : FOREX EXCHANGE

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SELALU KERUGIAN DI DALAM PERDAGANGAN FOREX OLEH : ARISFX TRADER //Arisfx@yahoo.com

  1. Ingin memperolehi keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Ramai pedagang forex mengunakan modal yang kecil, tetapi mengharapkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.
  2. Mengunakan modal perdagangan yang besar di dalam sesuatu proses jual beli. Kebanyakan pedagang forex mengunakan modal sesuatu proses jual beli lebih dari 50% daripada margin.
  3. Memasuki perdagangan dengan keadaan terburu-buru. Tidak melihat kemana arah pasaran dalam masa jangka panjang. Mereka terpengaruh dengan arah pasaran dalam keadaan masa jangka pendek dan tidak sabar untuk melakukan proses jual beli.
  4. Tidak mengetahui waktu pasaran forex beroperasi. Pedagang forex memasuki pasaran pada bila-bila masa yang mereka suka tanpa mengetahui waktu pasaran forex sesebuah negara itu beroperasi. Ini kerana waktu pasaran forex beroperasi mempengaruhi pergerakan pasaran forex.
  5. Tidak Mengikuti sistem strategi forex dengan betul. Ramai pedagang forex tidak mempunyai sistem strategi mereka sendiri. Mereka mengunakan banyak strategi yang tidak boleh menguntungkan.
  6. Tidak membuat perancangan sebelum melakukan proses jual beli dan ramai pedagang forex tidak membuat perancangan sebelum memasuki pasaran.
  7. Tidak mengikuti sistem pengurusan equiti yang betul. Pengurusan equiti adalah penting bagi perdagangan forex. Walaupun seseorang itu mempunyai strategi yang menguntungkan, tetapi jika mereka tidak mempunyai pengurusan equiti yang betul, akhirnya mereka akan mendapat kerugian juga.
  8. Bersifat tamak dengan mensasarkan keuntungan yang banyak dalam sesuatu perdagangan. Kadang-kadang apa yang disasarkan tidak tercapai dalam beberapa hari.
  9. Bertindak cepat melakukan proses jual beli selepas mendapatkan keuntungan. Apabila memperolehi keuntungan pada sesuatu perdagangan , pedagang forex terus membuat proses jual beli tanpa menganalisa kemana pasaran forex akan bergerak seterusnya.
  10. Tidak melakukan proses Stop-Loss, mereka mengharapkan pasaran akan kembali seperti yang diharapkan.
  11. Tidak melakukan target atau limit. Ini kerana apabila keuntungan sudah diperolehi kadang-kadang pasaran forex akan "reverse" dan menyebabkan pedagang forex akan memperolehi kerugian selepas mendapatkan keuntungan.
  12. Berdagang di dalam waktu berita diumumkan. Ini kerana sesuatu berita tidak dapat diramalkan sama ada berita tersebut boleh mendatangkan keuntungan atau kerugian.
  13. Bergantung 100% kepada petunjuk "indicator". Banyak petunjuk "indicator" di dalam forex adalah mengikut pasaran. Sesuatu percantuman garisan pada penunjuk adalah disebabkan oleh pergerakan pasaran yang telah lalu.
  14. Bergantung 100% kepada signal-signal yang diberi. Kebanyakan signal adalah mengikut penunjuk, oleh itu kebanyakan signal tidak boleh atau tidak dapat menganalisa pasaran forex dengan tepat.
  15. Mengharapkan tip-tip perdagangan dari orang lain. Pasaran forex tidak sama dengan pasaran saham, oleh itu sesuatu tip yang diberikan tidak dapat menjamin keuntungan dipihak anda. Oleh itu ramai pedagang forex memperolehi kerugian kerana mengharapkan tip-tip dari orang lain.
Bersambong...

1 comment:

  1. ajar saya lagi tentang forex boleh? dah mula nak minat nie. Tapi saya masih terasa sakit dalam pelaburan internet

    apapun bagus blog nie, buat kita banyak berfikir. ada yang saya setuju dan ada yang sebaliknya, tapi itulah kebebasan bersuara kan?
    kebebasan inilah yang akan mengajar kita untuk menilai sesuatu isu.

    salam kenalan anakkhas.

    ReplyDelete