Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS FATWA : KENYATAAN NIK AZIZ SALAH DAN SELEWENG DARI AJARAN ISLAM

Kenyataan Nik Aziz bahawa Islam yang diamalkan Umno tidak membawa ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam: Majlis Fatwa

Sebenarnya ini bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ummat Islam di Malaysia.
BH 19/8/09

10 kata-kata Nik Aziz sebelum ini buat renungan kita bersama.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

90 lagi kata-kata Nik Aziz yang masih ada dalam simpanan, sila layari www.azlishukri.blogspot.com dari masa kesemasa.

Ulasan...

Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

Nik Aziz dah lama membuang perjuangan sebuah negara Islam,kerana DAP ajak PAS sama-sama robohkan Melayu Islam UMNO, cuma puak-puak dugung ni masih tak tahu.

Sebab itu, Nik Aziz akan sentiasa mengkafirkan UMNO, kerana bimbang penyokongnya akan lari kepada UMNO, bila dah tahu muslihat PAS.

Itulah kelebihan Nik Aziz, mempergunakan ilmu yang ada padanya untuk menipu umat Islam....

August 19, 2009 11:09 PM


1 comment:

  1. Salam,

    Nik Aziz dah lama membuang perjuangan sebuah negara Islam,kerana DAP ajak PAS sama-sama robohkan Melayu Islam UMNO, cuma puak-puak dugung ni masih tak tahu.

    Sebab itu, Nik Aziz akan sentiasa mengkafirkan UMNO, kerana bimbang penyokongnya akan lari kepada UMNO, bila dah tahu muslihat PAS.

    Itulah kelebihan Nik Aziz, mempergunakan ilmu yang ada padanya untuk menipu umat Islam....

    ReplyDelete