Monday, August 24, 2009

PKR TUDUH UMNOBN PUNCA RADZHI MASOK BEBAS!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang menerima tamparan hebat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengisytiharkan keluar daripada parti itu menuduh Barisan Nasional (BN) terlibat dalam tindakan tersebut.

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim mendakwa, BN berkemungkinan merancang tindakan itu bagi memanipulasi isu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Selasa ini.

"Telah menjadi kebiasaan apabila ada pilihan raya kecil, akan ada isu-isu lompat parti.

"Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh BN untuk memanipulasi isu," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sidang akhbar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu diadakan ekoran pengumuman Mohd. Radzhi hari ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sebelum daripada itu seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Online

No comments:

Post a Comment