Tuesday, August 25, 2009

PRK N11 PERMATANG PASIR : MENANTI DALAM DEBARAN




Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini. Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran.Calon PAS, Mohd Salleh Man berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Ulasan...
Blogger ^inas^ said...

semoga hari mengundi berjalan dgn lancar~

August 25, 2009 10:41 PM

Delete

1 comment: