Tuesday, August 25, 2009

EZAM BERSYUKUR PKR SEMAKIN TIRIS

PKR DIAMBANG PERPECAHAN

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersyukur apabila semakin ramai pemimpin serta ahli parti itu sedar dan tidak mahu lagi bersubahat dengan pegangan politik yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

Tegas beliau, kesedaran berkenaan timbul apabila mereka mendapati agenda politik PKR adalah untuk memenuhi kerakusan nafsu politik dan peribadi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Ezam berkata, beliau juga akan berdoa semoga lebih ramai yang sedar malah meyakini Allah akan membuka pintu hati ahli dan pemimpin PKR kepada kebenaran satu masa nanti.

"Walaupun berada di Jakarta, saya menerima banyak panggilan dan e-mel daripada kawan-kawan lama yang masih berada dalam PKR.

"Mereka mula nampak kepincangan Anwar khususnya dalam kes liwat yang asyik tertangguh," katanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Jakarta, hari ini.

Semalam 200 ahli PKR Bahagian Padang Serai di Kedah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada parti itu.

Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasanya.

Sementara itu, Ezam berkata, kekecewaan kepada Anwar juga semakin merebak di Selangor kebelakangan ini.

Utusan online

Ulasan...

Blogger Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Elok juga UMNO kalah di Pmtg Pasir.Bermakna tiada pembangunan akan mengambil tempat di kawasan parlimen aljuburi.selamat duit Rakyat.Hantar duit byk2 ke kawasan penyokong BN.Itu akan lebih bererti.Biarkan pengikut PAS dgn pondok dan syurganya.Biarkan PKR dgn ajenda ketuanya.biarkan DAP dgn anti islam nya.UMNO pasti akan lebih berjaya kelak.InsyaALLAH.

August 25, 2009 10:39 PM

Delete

1 comment:

  1. elok juga UMNO kalah di Pmtg Pasir.Bermakna tiada pembangunan akan mengambil tempat di kawasan parlimen aljuburi.selamat duit Rakyat.Hantar duit byk2 ke kawasan penyokong BN.Itu akan lebih bererti.Biarkan pengikut PAS dgn pondok dan syurganya.Biarkan PKR dgn ajenda ketuanya.biarkan DAP dgn anti islam nya.UMNO pasti akan lebih berjaya kelak.InsyaALLAH.

    ReplyDelete