Tuesday, August 25, 2009

PRK N11 : PENGUNDI MEMEHAK KEPADA SYURGA NIK AZIZ


Keputusan rasmi PRK Permatang Pasir telah diumumkan oleh SPR sekejap tadi. Pas berjaya mengekalkan kerusinya sebelum ini, memenangi dengan majoriti 4,551 undi. Pas mendapat 9,618 manakala UmnoBN mendapat 5,067 undi. Peratusan keluar mengundi 73,1% iaitu seramai 14,832 orang pengundi.Selamat menjalankan tugas dan tanggongjawab kepada yang menang.

Ulasan...
Blogger PaKMie said...

SUDAH DIJANGKA...

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

August 26, 2009 12:19 AM

Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

Bagaimana pun tahniah dan syabas kepada petugas UMNO-BN yang bertungkus lumus mempertahankan maruah UMNO di Permatang Pasir....

August 26, 2009 12:24 AM

Blogger kelambuharimau said...

fatwa dan auta nik ajis dah berjaya yop!

August 26, 2009 10:44 AM


3 comments:

  1. SUDAH DIJANGKA...

    PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433. Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bagaimana pun tahniah dan syabas kepada petugas UMNO-BN yang bertungkus lumus mempertahankan maruah UMNO di Permatang Pasir....

    ReplyDelete
  3. fatwa dan auta nik ajis dah berjaya yop!

    ReplyDelete