Thursday, August 27, 2009

POLITIK ANWAR HANYA PANDAI MENABUR JANJI DAN MENYALAHI ORANG LAIN SEMATA-MATA

PENYOKONG PAS PERMATANG PASIR TIDAK MAHU KEPADA PERUBAHAN

Dalam PRU12 lepas, pembangkang berjaya menawan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sekarang sudah lebih setahun Anwar menerajui negeri2 tersebut. Kalau sebelum pilihanraya sudah tentu pengundi2 Pakatan Pembangkang mahu melihat perubahan2 yang lebih baik dari pada BN lakukan. Pelbagai janji2 yang ditabur oleh pakatan rakyat untok menambat hati pengundi2 supaya menyokong beliau. Tetapi sekarang pernahkah kita semua bertanya, apa kah segala tindakan keatas perkara2 tersebut telah dilaksanakan?

Apa yang kita tahu dan sedia maklum pada hari ini, saban minggu Anwar menyerang kepimpinan Barisan Nasional kerana kononnya tidak membuat sebarang perubahan dan reform. Segala tomohan dilemparkan kepada BN, sebaliknya tiada siapa yang bertanya apa kah yang telah Anwar lakukan yang sudah lebih setahun dinegeri2 yang mereka kuasai tersebut.

Apa yang telah Pakatan buat setelah setahun setengah memerintah Selangor dan Pulau Pinang?
Di Selangor timbunan masalah rasuah dan jenayah, setinggan tumbuh semula, masalah kuil masih belum selesai, pendapatan kerajaan negeri merosot dengan teruk, pentadbiran kerajaan negeri kacau bilau, pusat hiburan bertambah banyak, pelaburan semakin berkurangan. Dimana janji2 Anwar?

Di Pulau Pinang, masalah Kampung Buah Pala tidak juga selesai. Pegawai Khas Ketua Menteri bergaduh dengan ahli majlis perbandaran, pelbagai projek diumumkan namun tiada satu pun dilaksanakan.

Hampir keseluruhan pentadbiran pakatan "berasaskan cakap, tetapi tiada tindakan apa-apa"

Di Selangor, menteri Besarnya sibuk mencari jalan melunaskan hutang peribadi berbanding membangunkan negeri. Di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng sibuk mengumpul kekayaan , bercakap kepada media hanya untuk mencari populariti semata-mata.

P/S : Rakyat lebih mempercayai retorik pemimpin2 pembangkang dan sanggup membelakangi dasar2 yang kerajaan laksanakan. Ruang kelemahan ini diisi dengan begitu baik oleh pemimpin2 pembangkang. Ini terbukti dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Pemimpin pembangkang khasnya Pas sanggup menggunakan agama untok memenuhi impian mereka. Mereka menyerang peribadi calon UmnoBN tanpa ada batasan untok menutup kelemahan mereka kepada pengundi2. Undi Melayu/islam terus berpecah, sebaliknya kaum lain terus bersatu mengatur strategi supaya kuasa orang melayu yang ada bersama Umno terus terhakis. Pengkianat sebenar kepada Islam/melayu di negara ini adalah Anwar, talibarutnya adalah Nik Aziz dan Karpal Singh.

1 comment:

  1. sekarang ayat2 yang bermaksud untuk kutuk2 pemimpin2 PR tidak perlu lagi.

    Rakyat sudah dapat bezakan antara pemimpin2 BN dan PR.

    Pemimpin PR lebih bersih pada pandangan rakyat jika dibandingkan dengan pemimpin2 BN.

    Harapan untuk BN berkuasa semakin hari bertambah tipis. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin BN.

    ReplyDelete