Saturday, September 5, 2009

BISNES ONLINE : FOREX EXCHANGE

MECHANICAL ANALYSIS OLEH Arisfx Trader // Arisfx@yahoo.com

Mechanical analysis digunakan untuk meramal pergerakan matawang dalam pasaran forex. Mechanical analysis mengunakan kaedah carta yang digrafkan berdasarkan kepada pergerakan nilai matawang dalam masa yang tertentu seperti 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, sehari, minggu dan bulan. Melalui carta tersebut pedagang-pedagang forex boleh meramalkan turun naik matawang.


Mechanical analisis digunakan oleh pedagang-pedagang forex untuk berdagang dalam jangka masa pendek. Asas Mechanical Analysis adalah berdasarkan Teori Charles Dow atau singkatannya Teori Dow. Teori Dow menyatakan bahawa:
  1. Pergerakan nilai matawang adalah berdasarkan tekanan pasaran. Semua maklumat tekanan pasaran akan mempengaruhi nilai matawang.
  2. Pergerakan nilai matawang adalah berupa trend (arah aliran) pasaran yang berulang. Trend (arah aliran) menuju keatas dipangil “bullish” dan trend (arah aliran) menuju kebawah dipangil “bearish” dan trend (arah aliran) mendatar dipangil “sideways.
  3. Pergerakan matawang adalah mengulangi sejarah. Ini bermakna segala corak carta atau trend akan berulang mengikut graft atau corak yang lepas.
  4. Pasaran mempunyai tiga trend iaitu trend yang paling panjang (lebih dari setahun) di pangil Primary Trend. Trend lebih dari satu bulan di panggil Secondary dan Trend yang paling pendek iaitu dalam beberapa hari di panggil Minor Trend.
  5. Menurut Charles Dow peratus turun naik pasaran atau trend adalah 1/3, 1/2 dan 2/3 atau 33%, 50% dan 60%. Jika peratus turun naik melebihi 66%, ini bermakna trend pergerakan pasaran telah gagal.
  6. Menurut nisbah Fibonacci pergerakan turun naik pasaran adalah 38%, 50% dan 62%.
  7. Peratus Gann adalah 1/8 breakdown.

No comments:

Post a Comment