Saturday, September 5, 2009

PRK KEDUA MELIBATKAN CALON BN

N31 DUN BAGAN PINANG TAMPARAN BUAT BN


PRK kesembilan buat negara kita selepas PRU12 Mac 2008, kali ini melibatkan ADUN BN kawasan Bagan Pinang dalm MP Teluk Kemang Negeri Sembilan Allahyarham Azman Mohd Nor 54th. Ini yang kedua melibatkan kematian calon BN selepas Allahyarham Datuk Razali Islam di Kuala Terengganu tempuhari.Selepas PRU lalu, PRK bermula dengan MP Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang,kerusi DUN Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan menyusul Bagan Pinang.

BN hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai gagal Parlimen Kuala Terengganu. Bagan Pinang pasti menjadikan tamparan hebat buat BN jika ianya berpehak kepada pembangkang kerana kawasan ini penyandangnya BN.Ini lebih-lebih lagi memandangkan BN tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Di Negeri Sembilan BN kini menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN.DAP pula 10 kerusi, PKR 4 dan PAS 1. Sewaktu pilihanraya umum Mac 2008, Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS,Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 .

Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi yang terdiri 66 peratus Melayu, 19.9 peratus India; 10.5 peratus Cina dan 3.5 peratus lain-lain kaum.

Allahyarham Azman ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang manakala Ketua UMNO Bahagian itu ialah Tan Sri Isa Samad, yang melibatkan lima kawasan DUN. BN menang DUN Bagan PInang dan DUN Linggi yang menewaskan calon PAS. Manakala Tiga DUN lain di kawasan parlimen Teluk Kemang iaitu Chuah dimenangi oleh PKR,Lukut DAP dan Port Dickson PKR.Parlimen dimenangi PKR.

Ulasan...
Blogger CCZ said...

InsyaAllah Pak Mie..BN boleh menang tapi dengan syarat kena kembali bersatu, bermuafakat dan saling sokong menyokong. Kita kena tiup semangat berpasukan sebagai kempen terbesar untuk BN.

September 6, 2009 10:09 PM

Delete

1 comment:

  1. InsyaAllah Pak Mie..BN boleh menang tapi dengan syarat kena kembali bersatu, bermuafakat dan saling sokong menyokong. Kita kena tiup semangat berpasukan sebagai kempen terbesar untuk BN.

    ReplyDelete