Sunday, October 11, 2009

BAGAN PINANG : ISA PERLU MENANG, ZULKEFLY TIDAK MAHU MENGALAH

TAN SRI ISA MENANG DI BAGAN PINANG ESOK?
Kalau kita lihat cara pas dua tiga hari terakhir menjelang pilihan raya esok seolah-olah penyokong mereka hilang pertimbangan dan sudah dapat mengagak kekalahan mereka. Dikalangan pemimpin pas ada yang mengakui BN akan menang pilihan raya esok. Kita semua akui bahkan seluruh dunia pun akui adalah menjadi rashia terbuka isu memang dinanti-nanti dalam setiap pilihan raya untok dijadikan modal untok meraih undi.

Dalam ketujuh-tujuh siri pilihan raya kecil yang lalu BN tewas, tetapi ia boleh dimaafkan kerana secara kebetulan kawasan itu kubu PR. Maki hamun, sepak terajang, karekter,tuduh menuduh,rasuah dan apa sahaja dilakukan oleh pembangkang untok memenangi kawasan itu walaupun kubu kuat mereka. Tidak hairanlah jika fenomena kali ini lebih teruk lagi berlaku diBagan Pinang kerana kawasan ini merupakan kubu kuat Umno.

Di PRK di Bagan Pinang, sudah jelas kepada kita perangai parti pembangkang sebenarnya. Bermula dari Pengarah pilihan raya pas mempertikaikan kejadian orang-orang pas membelasah Ketua Putera Umno, dewan pemuda pas pula mengajak semua pemuda pas diseluruh negara berkumpul di Bagan Pinang untok memerangi pemuda Umno, mengcipta isu kononnya penyokong Umno menetak penyokong pas dan terbaru kejadian petang tadi sekumpulan penyokong pas pula memukul anggota polis. Soal fitnah kepada calon itu menjadi amalan biasa kepada pas walaupun Nik Aziz dan Husam Musa menafikannya. Kali ini Tan Sri Isa pula dituduh mempunyai perempuan simpanan,jahat sunggoh.

Kewibawaan Sallahuddin turut dipertikaikan, sebenarnya Sallahuddin tidak layak menerajui pengarah pilihan raya tersebut. Sallahuddin sudah mencemar imej pas sendiri, membuat kenyataan yang bercanggah walaupun ada bukti yang jelas. Ini sudah tentu menjatuhkan maruah pas yang kononnya memperjuangkan islam. Ternyata pengundi Bagan Pinang tidak terpengaroh dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh sallahuddin itu. Menyebabkan Pas kini kian terdesak, menjelang pilihan raya tidak sampai pun 12jam lagi macam-macam perkara boleh berlaku. Strategi terakhir pembangkang, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai akan cuba menghalang pengundi-pengundi dari keluar mengundi pada hari esok. Usaha ini jika diteruskan boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kepada pengundi di Bagan Pinang keluarlah ramai-ramai mengundi esok, jangan terpengaruh terpesong dengan pengaroh luar dalam membuat keputusan. Pembangkang pandai berjanji dan berlakon, kita mesti ingat cara politik "senyum dihadapan, tikam dibelakang terlalu bahaya kepada kita bahkan negara" Kempimpinan UmnoBN telah terbukti sudah sekian lama mentadbir negara ini. Pembangkang hanya pandai berjanji... janji pembangkang tidak membawa bahagia, jika diikut diri akan merana. Kepada Pas, jangan suka berjanji kerana selain meracun hati ia juga munafik. Kalau kita mengingati janji-janji pembangkang menjelang PRU12 dan semasa di ketujuh-tujuh PRK yang lepas sudah cukup bagi kita untok mengenali siapa pembangkang sebenarnya. Percayalah janji-janji pas di PRK kali ini hanya sekadar untok mengurang majoriti kemenangan Umno sahaja dan percayalah kejadian-kejadian jenayah yang dicetuskan oleh Pas sekadar mahu mencetus provokasi dalam usaha menghalang pilihan raya semata-mata. Marilah sama-sama kita berdoa agar pilihan raya esok dapat berjalan lancar, keluarlah ramai-ramai menunaikan tanggongjawab kita demi agama, bangsa dan negara tercinta.

SELAMAT MENGUNDI...

No comments:

Post a Comment