Sunday, October 11, 2009

BAGAN PINANG : PENTENGKARAN - MEMBALING BOTOL MINERAL DAN BATU





Setakat pukul 12 tengah hari tadi pengundi yang keluar membuang undi adalah 46.5% namun terdapat beberapa insiden kekasaran antara penyokong parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan berlaku pagi ini. Satu daripadanya berlaku di SK Teluk Kemang pada jam 11.20 pagi tadi, manakala satu lagi insiden berlaku di pusat pengundian SK Panglima Adnan.

Insiden di SK Teluk Kemang membabitkan perbuatan membaling batu dan botol air mineral. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

Ketua Puteri Umno bahagian Teluk Kemang, Mimi Fadzury Md Tahir mengesahkan kejadian ini.

No comments:

Post a Comment