Sunday, October 4, 2009

BAGAN PINANG : KENAPA AKU MENYENTUH PERIHAL NIK AZIZ, HAJI HADI DAN ANWAR?

PELAYAR SETIA BLOG PAKMIE MENGIRIM EMAIL KHAS UNTOK TATAPAN PENGUNDI N31 BAGAN PINANG

Memanglah sekali imbas mereka bertiga itu boleh dijadikan idola kepada kita sebagai pemimpin politik yang patut disegani. Sebab itu tidak peliklah kepada kita jika ada golongan-golongan yang taksub menyokong nya. Tambah pula dikalangan mereka dikenali dengan panggilan Ulama yang bertaraf Tok Guru. Sudah fe'el aku jika sesaorang ahli politik itu gelemor mulalah aku mahu mengenalinya lebih dekat. Sejarah-sejarahnya aku mahu tahu, setakat mana ilmuannya juga aku mahu tahu supaya aku tidak terperangkap dengan kebodohan aku sendiri. Perkara seperti ini penting bagi memilih pemimpin yang benar-benar layak dan patut diangkat selain dari menggelak daripada menyokongnya membabi buta. Tidak salah kiranya aku luahkan coretan sedikit disini untok tatapan bersama disamping kongsi pendapat dengan anda sekalian.

Nik Aziz mulai memegang jawatan MB Kelantan bermula tahun 1990. Bermula dari memegang jawatan itu, barulah kedengaran panggilan Ulama terhadap Nik Aziz. Surat perkeliling Kerajaan Negeri Kelantan mengarahkan sedemikian. Sebelum terlibat dengan politik Pas, Nik Aziz pernah betanding mewakili wakil rakyat BN dengan lambang Perikatan ketika itu. Nik Aziz juga pernah bertanding ahli Parlimen BN Pengkalan Chepa pada pilihanraya tahun 1974. Ketika Nik Aziz memegang jawatan dalam KEMAS ia lebih dikenali dengan panggilan ustaz. Itu serba sedikit sejarah Nik Aziz.

Pas sebelum ini keluar masuk segenap pelusuk kampong dan bandar memberitahu rakyat bahawa perjuangannya tidak lain dan tidak bukan mahu menegakkan negara islam . Haji Hadi pernah menggeluarkan fatwa mengkapirkan Umno kerana berkerjasama dengan Cina MCA dan India MIC. Akhibatnya tercetusnya peristiwa memali yang mengakibatkan 11 orang awam terbunuh dan seorang anggota polis. Kesan mengkafirkan Umno, perpecahan demi perpecahan berlaku sesama islam. Peratus perpecahan rumah tangga akibat perceraian kerana berbeza fahaman politik antara Pas dan Umno berleluasa tambahan bila menjelang pilihan raya.


Fatwa demi fatwa yang menyesatkan umat islam dikeluarkan oleh pemimpin pas Nik Aziz dan Haji Hadi. Sembahyang dua iman, sembelihan orang-orang Umno haram dimakan. Putusnya hubungan kekeluargaan antara anak dengan bapa, ibu dengan bapa dan saudara-saudara sesama islam.


Tetapi apa yang berlaku dihari ini Pas sudah menjilat semua ludahnya. Pas sekarang sudah lupa sejarah dahulu. Haji Hadi dan Nik Aziz yang terlibat masa itu masih lagi memegang jawatan dalam Pas sampai sekarang. Pemimpin Pas semua bersepakat termasok Haji Hadi sebagai presiden sama-sama bersetuju bergabung dengan DAP dan PKR yang diberi nama pakatan rakyat manakala penasihatnya adalah Anwar Ibrahim.


Nik Aziz, Haji Hadi dan pemimpin pas lain sekali lagi sama-sama menjilat ludahnya sendiri menerima kejijikan Anwar Ibrahim yang pernah dilabelkan seorang peliwat. Karpal dan Mad Sabu dalam ceramahnya pernah mencabar PM Tun Mahathir ketika itu. Jika kerajaan pimpinan Tun Mahadhir bersih sila lucutkan jawatan Anwar sebagai TPM. Nama Al-Juburi yang meletakkan Anwar gelemor sampai hari juga di tabal oleh Mad Sabu ketika berceramah di Pasar Kubang Kerian, Kelantan suatu ketika dahulu.


Layakkah kita menyokong orang-orang seperti ini? mereka-mereka ini pakar pencipta masalah, memecahbelahkan sesama islam dan mereka ini sanggup melihat negara ini hancur asalkan cita-cita mereka tercapai. UmnoBN adalah pilihan terbaik untok kita hidup aman damai di negara ini dan sudah terbukti sekian lama. Kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang jangan lagi terpedaya dengan kerenah-kerenah Pakatan Rakyat yang sudah jelas dengan sengaja mahu memburukkan Kerajaan UmnoBN.

Pengirim email

1 comment:

  1. Aku setuju benor dengan pandangan ikhlas Pak Mie ni,tak perlu taksub dan tak payah campak diri ke dalam kebinasaan.....pilih Calon yang tidak terlibat dengan Rasuah.......rasuah tu keji.

    ReplyDelete