PORT DICKSON 3 Okt. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap biadap penyokong pembangkang dari Pas yang memukul dan menumbuk penyokong UMNO tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Katanya, ini merupakan contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.
"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon UMNO dan Pas di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini. Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki untuk menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Penyokong pembangkang juga cuba menyerang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tetapi beliau sempat dilindungi pengawal peribadinya. Seorang penyokong UMNO juga turut dipukul oleh penyokong Pas sehingga luka tetapi pihak polis ketika dihubungi masih belum menerima laporan dari mereka. Muhyiddin juga melahirkan rasa kesal kerana sikap penyokong pembangkang ini sudah beberapa kali berlaku dalam pilihan raya sebelum ini dan penyokong yang mengakui diri mereka ini Islamik sebenarnya lebih gemar menggunakan taktik kotor, kutuk mengutuk dan fitnah menfitnah. "Saya ada baca kenyataan Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), dia kata kita kena berhemah, jangan kritik peribadi, dia cakap je tapi cakap tak serupa bikinlah, saya percaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak keselamatan mahukan pilihan raya ini berjalan dalam keadaan yang aman," katanya. Muhyiddin berharap lebih ramai pengundi akan keluar untuk menunaikan hak mereka dan beliau tidak mahu penyokong pembangkang ini menimbulkan suasana ugutan dan ketakutan sehingga menyebabkan orang ramai tidak mahu keluar ke pusat mengundi.
"Mana ada laporan keluar UMNO pukul orang... masa pilihan raya Puteri UMNO kena baling batu, botol. Kita ikut tertib dan peraturan, budaya kita pun memang budaya yang baik dan selama ini pun kita amalkan mematuhi undang-undang," katanya. - Bernama
Pukul diri sendiri kemudian buat tuduhan PR yang lakukan itu memang kerja UMNO untuk raih simpati rakyat. Semua itu skrip lama UMNO bila tiba PRK.
ReplyDelete