Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG : UMNO TIDAK MUSUH PAS SEBENAR

Foto : Pkrpasdap.blogspot.com

MENGHAPUS KEGANASAN LEBIH PENTING DARI MEMENANGI PILIHAN RAYA

Pemimpin politik tanah air pada hari ini majoritinya berfokus kepada PRK Bagan Pinang. Dalam pilihan raya itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dengan Pas. Di PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manik Urai dan Permatang Pasir seperti yang kita maklum di menangi oleh Pas. PRK Kuala Terengganu, Batang Ai dan Bagan Pinang sahaja setakat hari ini merupakan penyandang asalnya diwakili oleh BN dan yang lain diwakili oleh Pembangkang.

Pada 11 oktober ini menentukan nasib BN seterusnya, kerana apa-apa keputusan yang bakal diperolehi nanti akan merubah corak politik negara menjelang PRU13. Selepas PRK Manik Urai tempohari ahli-ahli pas sendiri mengakui kekuatan pas sekarang sudah mulai merosot. Manik Urai juga seperti Bagan Pinang bagi BN. Walaupun Pas memenangi pilihan raya itu tetapi jumlah undi yang diperolehi jauh merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang di menanginya dalam PRU12. Pas menang dengan majoriti tipis 65 undi. Apakah nasib Pas di Manik Urai itu bakal terjadi pula kepada BN? atau adakah BN akan menerima nasib lebih teruk dari itu.

Namun apa yang jelas semasa proses pilihan raya berjalan pemimpin pas tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Usaha yang lebih penting oleh pemimpin pas diabaikan. Pemimpin pas gagal memperbetulkan fahaman ektremis dalam kalangan penyokongnya. Kalau di Manik Urai dibaling dengan batu dan botol, kalau di Bkt Gantang Puteri Umno di raba-raba, tetapi kali ini bukan main baling-baling dan raba-raba lagi tetapi di belasah terus. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Azeen pula menjadi mangsa dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Pas dihari penamaan calon di Bagan Pinang. Kejadian yang berlaku ini masih dalam siasatan polis.

Di hari penamaan calon Permatang Pasir tempohari terjadi kejadian ahli Parlimen PKR menampar Polis ketika bertugas mengawasi proses penamaan calon tersebut.

Keganasan penyokong pembangkang ini tidak akan berakhir dengan kemenangan. Bila sahaja tiba hari penamaan calon, dua perkara yang biasa berlaku. Pertamanya keceluparan pemimpin pas mempergunakan islam dan kedua keganasan oleh penyokong-penyokong pembangkang. Parti yang kononnya memperjuangkan islam ini juga turut terlibat, bahkan paslah menjadi pencetus utama punca keganasan. Jika perkara ini terus berlaku rakyat negara ini akan ketakutan untok keluar mengundi dan negara ini akan lebih terdedah kepada krisis kepimpinan seperti apa yang berlaku di negara jiran Thailand dan Indonesia sekarang ini (sila baca blog pkrpasdap.blogspot.com). Negara tidak akan selamat dan ini juga merupakan satu bala yang diinginkan oleh Nik Aziz dan bekas setiausaha pas Kamaruddin Jaffar.

Keganasan seperti ini tidak akan berakhir dengan kemenangan. Sepatutnya pemimpin-pemimpin politik pembangkang perbetulkan penyokong-penyokong berfahaman yang lebih kepada bersikap ekstremis ini. Apa yang ada dalam otak dan hati mereka hanya menunggu masa dan keadaan sahaja untok mengambil peluang melakukan keganasan. Apa tah lagi jika pemimpin pas sendiri yang menyediakan ruang supaya ianya mudah belaku. Kebanyakan golongan ini mereka tetap menerima pakai kata-kata Nik Aziz "sokong pas masuk syurga dan sokong Umno masok neraka" bertindaklah apa pun asal sahaja niat mahu mempertahankan kata-kata Nik Aziz dan Pas tidak akan berdosa bahkan disediakan pahla yang besar oleh Allah SWT.

1 comment:

  1. Beginilah kalau mereka sudah taksub dengan janji Nik Aziz akan masuk 'syurga'....... mereka tidak takut melakukan apa sahaja kemungkaran untuk memenuhi nafsu pemimpin-pemimpin serakah mereka.....

    ReplyDelete