Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG : PASIR DALAM KASUT


BN bernasib baik kerana calon bebas tidak bertanding dan tidak menarik diri selepas penamaan calon, kalau tidak lagi besarlah isu terhadap Tan Sri Isa yang dicipta oleh pembangkang atas lakonan dan skrip Anwar sendiri.Mungkin rashia dan strateginya terbongkar atau dapat dikesan oleh BN sebelum penamaan calon. Kebanyakan penyokong Umno di Bagan Pinang tidak memperbincangkan lagi perkara (tentang calon bebas) Ini kerana ianya sudah sah(Bebas) tidak tersenarai dalam pertandingan 11 oktober ini, walaupun begitu disebalik penolakan borang percalonan yang tidak menepati syarat oleh SPR itu tetap mejadi seribu tanda tanya.

Lojikkah jika sesaorang itu yang beriya-iya mahu bertanding tiba-tiba tiada persiapan pengcadang dan peyokong dan wang deposit? kalau hendak dikatakan ia nya termasok dalam golongan tidak waras tidak mungkin sebab ianya merupakan ahli PKR dan ajk Bahagian yang sah lagipun sudah menjadi satu syarat untok diterima sesaorang itu menjadi ahli mana-mana persatuan sekali pun ia hendaklah berkeadaan fikiran waras dan tidak gila, inikan pula mahu menjadi wakil rakyat.

Mungkin ianya juga(Bebas) sekadar mahu mengertak BN supaya tidak mencalonkan Tan Sri Isa di PRK tersebut. Tetapi BN tetap mencalonkan Tan Sri Isa kerana itulah ia (Bebas) menarik diri dari pertandingan tersebut. Pembangkang mahu manipulasi perkara ini tetapi tidak menjadi kerana keiklasan ahli-ahli dan pemimpin Umno mengikut kehendak rakyat mahukan Isa bertanding dikawasan tersebut. Bagi pembangkang Isa adalah butiran pasir dalam kasut mereka!

Tidak releven lagi untok pembangkang mengaitkan Isa dengan politik wang. Ini kerja-kerja bodoh pembangkang yang ketandusan isu. Ini urusanUmno bukan urusan pembangkang. Lagi pun Isa sudah dijatuhkan hukuman, benar atau tidak itu tidak penting lagi. Isa menerima hukuman itu dengan hati terbuka dan tetap teruskan perjuangan bersama Umno itu yang penting tidak seperti Anwar dan rakannya Zaid Ibrahim. Menunjukkan Umno adalah sebuah parti yang bersifat telus tidak seperti pas.

Kita masih ingat haru biru ketika menjelang muktamar pas tempohari untok memilih jawatan tertinggi parti itu. Adakah ahli2 pas sudah lupa? Kita tidak mudah lupa...lebih2 lagi pemimpin mereka meletakan parti itu sebuah parti islam. Aneknya ia senyap begitu sahaja. Sudah cukupkan menganggap ianya sebagai sedekah?Kenapa badan disiplin pas tidak mengambil tindakan disiplin keatas calon-calon yang menggunakan politik wang semasa pemilihan tersebut?. Bukti yang dikemukakan oleh pemimpin tertinggi parti itu sendiri. Pemimpin pas menutup isu itu dengan membuat kenyataan terbuka bahawa itu bukan politik wang itu adalah derma dan mereka-mereka yang layak diberikan.

Dari segi penglibatan politik wang pembangkang lebih hebat lagi sebenarnya cuma tidak diheboh dan tidak diambil tindakan sahaja. Kalau mengikut sesetengah pemimpin pembangkang bukan politik wang sahaja dianggap sedekah, sex juga boleh dianggap sedekah.

Sebenarnya pas tidak layak mengaitkan Isa dengan politik wang semasa pertandingan naib presiden Umno tempohari. Anwar semasa dalam Umno dan memegang jawatan TPM dilucutkan jawatan kerana makamah menjatuhkan hukum bersalah terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. Kes liwatnya dibebaskan atas sebab-sebab tenikal. Hari ini pula Anwar hadapi pertuduhan kes liwat keduanya bersama Saiful. Anwar juga menjadi calon dan bertandiang atas tiket PKR di PRK Permatang pauh.

Pas tetap juga dengan cara mereka menyerang peribadi calon di Bagan Pinang. Islam adalah senjata mereka menarik undi. Jangan pula sampai kerana mulut badan binasa dan kerana pulut santan jadi mangsa! Apa yang berlaku di Kelantan sekarang sana sini memperbincangkan soal exco kanan pas yang akan ditarik Datok oleh Sultan Kelantan, Umno Kelantan tetap berdiam diri dan tidak memperbesarkan perkara ini, sebab itu tidak penting untok rakyat. Ini kes peribadi orang berkenaan. Walaupun orang berkenaan tersenyum di Bagan Pinang, namun senyumannya di Kelantan adalah satu tangisan kerana malu.Ini juga boleh diklasfikasikan seperti kasut dimasuki oleh butiran pasir ketika berjalan.

No comments:

Post a Comment