Wednesday, October 7, 2009

BAGAN PINANG : PERTENGKARAN

PRK Bagan Pinang menyaksikan pertandingan Umno-Pas untok merebut kekosongan kerusi dikawasan tersebut. Kedua-dua tokoh yang bertanding mewakili parti orang melayu. Masing-masing dengan strategi dan cara masing-masing untok menang. Sehingga bahangnya boleh mengalahkan gempa bumi dan taufan Pahma di Sumatera dan Filipina yang beribu-ribu nyawa terkorban!

Menjelang pilihan raya,kesah lama diungkit-ungkit, yang baru-baru ditambah-tambah dan dikurang-kurang, yang tidak ada diada-adakan, yang buruk dibaikkan dan yang baik difitnahkan asal sahaja menguntongkan parti masing-masing. Orang yang sudah lama mati dihidupkan jika perlu, untok disebut-sebut keburukkannya. Soalnya disini, kenapa kita sampai sanggup melakukan sedemikian rupa? sedangkan orang yang bertanding dan parti yang mewakili masaing-masing pun juga sebangsa dan seagama.

Apakah setelah memegang jawatan wakil rakyat itu kita sudah selesai masalah dunia dan akhirat?. Dalam islam telah menyatakan dengan jelas , tanggongjawab pemimpin itu amat besar, kita pula berebut-rebut. Lebih teruk lagi ada yang sanggup mengkafirkan sesama sendiri untok mendapat sokongan.Sehingga syurga neraka pun dibuat pertaruhan. Kalau kita tidak takut kepada pembalasan Allah sekalipun, sayangilah kepada bangsa kita sendiri. Islam menyuruh umatnya bersifat kesederhanaan dalam apa jua keadaan. Pahla Allah sedia dimana-mana jangan berebut, asalkan niat kita iklas. Niat kebaikan pun sudah dapat pahla. Kita tidak boleh tipu Tuhan walaupun pun kita bijak menipu manusia.Apakata kalau Allah memwajibkan kepada sesaorang menjadi wakil rakyat? rasa-rasanya tidaklah sampai bertengkar Umno-Pas di Bagan Pinang hari ini.

No comments:

Post a Comment