Thursday, October 8, 2009

BAGAN PINANG : CALON HEBAT TIDAK BOLEH MENJAMIN KEMENANGAN


Ya, kalau ikut pengalaman daripada PRU12 yang lepas di Kelantan, kehebatan sesaorang calon ternyata tidak menjamin kemenangan kepada calon UmnoBN. Calon hebat sekadar hanya boleh memeriah suasana dan menghabis nasi bungkus sahaja, keputusan sebenar tidak.

Kalau rakyat mahukan ketokohan calon yang hebat, sudah tentu Anwar Musa tidak akan kalah di kelantan. Siapa tidak kenal Anwar Musa? boleh menyamai atau lebih hebat dari Isa Samad di Negeri Sembilan rasanya walaupun Isa taraf Naib presiden Umno Malaysia. Kenapa? inilah yang membimbangkan dan perlu ada di kepala setiap jentera dan perayu-perayu undi di Bagan Pinang sehari dua ini.

Tan Seri Isa tokoh veteren dan mantan MB negeri Sembilan selama 22 tahun. Rata-rata penyokong BN bahkan pemimpin pas sendiri mengatakan Umno akan menang di Bagan Pinang tambahan BN diwakili oleh tokoh yang hebat. Tetapi disini Pakmie cuba berkongsi sedikit pandangan mengikut pengalaman Pakmie di Kelantan. Sudah tentu Pas Negeri Sembilan mengimpot jentera pilihan rayanya dari Pas Kelantan untok memenangi calonnya di Bagan Pinang. Jentera pas ala gorila, bijak mengcipta isu, fitnah menfitnah dan menggunakan agama tanpa takut kepada dosa membuatkan jentera UmnoBN menjadi leka dengan kerenahnya sekaligus mengurangkan masa untuk jentera UmnoBN berdepan dengan pengundi. Seperti di Manik Urai, Nik Aziz membuat kenyataan Umno tidak mengikut ajaran islam sebenar, pergi jahanam sama Umno dan mengajak DS Najib berdebat. Mewujud perpepsi, provokasi dan manipulasi itu cara mereka. Di Bagan Pinang siang-siang lagi mereka mencipta isu pengundi pos dan keganasan. Ini semua merupakan umpan mereka untok menjahatkan UmnoBN kepada pengundi.

Masyarakat melayu yang secara majoritinya di Bagan Pinang juga sama dengan Kelantan sudah tentu mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Umno seharusnya pandai mengambil peluang ini untok menarik pengundi, jangan menekankan kepada pembangunan yang akan dibuat sahaja .Umno mestilah lebih kepada gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif untok menambat hati masyarakat melayu di Bagan Pinang. Umno jangan tersalah jual ubat lagi seperti apa yang berlaku di Kelantan, menjual ubat pembangunan penyakit asal tidak sembuh sebaliknya penyakit baru pula timbul, dalam soal ini Umno perlu berhati2 dan hendaklah menepati sasaran pengundi.

Gerakkan2 kelompok rumah ke rumah yang mampu mencetuskan idea yang baik diluar kotak kepartian amat penting.Kelompok pemikir yang merdeka dan berhujah ini perlu menyemarak politik idea, bukan politik taksub kepartian. Bukan politik yang bermula dengan bertanya ‘engkau sokong PAS ke, atau UMNO ke, atau PKR ke?. Bukan cetusan politik berdasarkan kehebatan calon dan kuasa. Sebaliknya, lebih kepada pemikiran yang berlandaskan analisa, fakta dan hujah yang baik yang boleh difahami oleh pengundi.

Sebenarnya Pas bukannya kuat, rakyat Kelantan sudah mulai sedar Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar. Terbukti dalam PRK Manik Urai tempuhari pas hanya menang 65 undi di kubu kuat mereka. Kekalahan Umno dlm PRU12 yang lepas di Kelantan yang majoriti 1500 undi kebawah adalah disebabkan orang-orang Umno sendiri yang mengundi Pas. Rakyat sudah tahu negara demokrasi seperti Malaysia politik itu penting untok menukar ganti pemimpin.

Pas tetap tidak akan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik kalau ia perbezaan parti. Parti merupakan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, asalkan bersamaan parti sebab itulah pas boleh bersama DAP dan PKR tetapi tidak boleh bersama Umno yang sesama islam.

Akhir sekali pesanan kepada pengundi di Bagan Pinang "Kita wajib membebaskan atau memerdekakan minda dari kongkongan ketaksuban parti politik pembangkang, kita jangan mampu berfikir dengan kadar jarak rantai politik kepartian yang dibelenggu di kaki kita, kalau kita tetap dengan cara itu bererti cara fikir kita masih tidak Quranik atau Islamik biarpun kita memakai simbol atau serban yang dikaitkan dengan Islam..." Pas hanya parti politik seperti juga Umno! demi islam, bangsa dan negara undilah UmnoBN pada 11 oktober nanti.

No comments:

Post a Comment