Friday, October 9, 2009

BAGAN PINANG : NAIB PRESIDEN PAS PAKAT DENGAN DEWAN PEMUDA PAS PULA BUAT LAWAK

Kalau minggu lepas Salehuddin Ayub bersama Ustaz Idris bersepakat mengatakan Ketua Putera Umno dibelasah itu bohong dan hanya lakonan semata-mata sedangkan orang yang bertanggongjawab pun sudah dikenalpasti oleh pihak polis , tetapi minggu ini Naib Presiden Pas itu bersama Ketua Dewan Pemuda pas pula mendakwa penyokong UMNO menyerang dan menetak orang-orang PAS mengunakan pedang Samurai. Kejadian ini agak berlainan dengan kes Ketua Putera Umno yang dikata belakon semasa hari penamaan calon minggu lepas, kerana dalam kes yang dilaporkan itu tiada ada apa-apa bukti, samada laporan dari perubatan atau pun report polis dibuat. Salehuddin buat lawak lagi...

Macam-macamlah nak cari untong saat-saat akhir menjelang PRK 11 haribulan iaitu lusa. Yang kena tetak tu masok hospital bahagia agaknya. Kenapa tidak buat repot polis, macamana polis hendak buat siasatan. Habis gas, rapat dinding dah orang Kelantan kata... lepas satu-satu lakonan murahan mereka. Petang kelmarin SMS pula tersebar dengan mengajak ahli-ahli Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk ‘berperang’ dangan pemuda Umno. SMS yang berlegar, dikatakan kononnya untok membela orang PAS yang diserang dengan pedang Samurai dan Pemuda UMNO menceroboh markaz Pemuda PAS dan menghalau petugas keluar malam rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Mazlan Othman dalam sidang akhbar Khamis malam mengingatkan polis akan bertindak tegas keatas sesiapa yang cuba menganggu keamanan, namun setakat hari ini suasana sekitar Port Dickson adalah aman dan terkawal.

“Ini adalah strategi reverse psychology dan terdesak PAS. Malah ini usaha mereka untuk memaksa lebih ramai Pemuda PAS datang ke Bagan Pinang untuk menakutkan pengundi. Pada masa yang sama nak tunjukkan Pemuda UMNO jahat"

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dalam sidang akhbarnya khusus mengenai isu berkenaan petang Khamis mengingatkan bahawa perbuatan menyebarkan SMS seumpama itu adalah sangat merbahaya. "Kalau betul beliau cedera, datang berjumpa dengan saya bagaimanapun setakat ini saya tidak menerima laporan polis mengenainya," kata Naib Ketua Pergerakan itu.

3 comments:

  1. Pedang Samurai? ha ha ha...ini mesti cerita Ninja..

    ReplyDelete
  2. Otak pembelit, kalau tak pandai cipta reka, masakan puak-puak ini banyak yang berbini lebih..... dia pandai seba serbi macam Mahfud dan Tantawi yang tak jawi......

    ReplyDelete
  3. Salam kwn2...

    Sebenarnya kemungkaran Pas terlalu berluas-luasa setiap kali menjelang pilihan raya.

    Kita wajid menentang kemungkaran ini, islam itu suci putih bersih. Pas mengotorkan islam melalui politik mereka.

    Selamat berjuang kawan2 semua...

    ReplyDelete