Wednesday, October 21, 2009

BAJET 2010 : BAJET BERHEMAT KESEJAHTERAAN RAKYAT

MENJELANG Pembentangan Bajet 2010 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan sememangnya ditinggu-tunggu dengan jangkaan bahawa kerajaan akan memperkenalkan beberapa pakej yang akan melegakan beban perbelanjaan rakyat ke arah prestasi ekonomi yang lebih kukuh.

Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan bahawa Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat dengan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Sejajar dengan hasrat tersebut, tentunya kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet tersebut.

Pada masa sama, sumbangan melalui pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini telah menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak.

Perdana Menteri dijadualkan akan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada jam 4 petang Jumaat ini.

Sebelum ini, beliau telah memberikan bayangan bahawa teras bajet itu adalah untuk akan memastikan negara keluar daripada krisis ekonomi dengan tumpuan kepada usaha mencari sumber pertumbuhan baru, selain merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Dalam aspek lain, ia dijangka akan memberi penekanan terhadap langkah merangsang pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan ke arah mengubah Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Sumber dari Bernama memaklumkan kenyataan Kementerian Kewangan bahawa Informasi Bajet 2010 akan disalurkan secara rasmi melalui Portal Perbendaharaan di www.treasury.gov.my dan Web Mudah Alih Perbendaharaan di www.treasury.gov.my/bajetmobile.

Sementara itu, pautan kepada suapan informasi (RSS) bajet melalui Portal Bajet 2010 boleh dicapai menerusi www.treasury.gov.my/bajet2010-rss.xml.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh memuat turun ucapan Bajet 2010 menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

i. Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my

ii. Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

iii.Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

iv. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – http://www.hasil.gov.my

Ucapan Bajet 2020 oleh Najib boleh diikuti secara langsung di saluran elektronik rasmi kerajaan pada hari tersebut.

Dalam kenyataan berasingan, LHDN berkata lembaga tersebut akan mengadakan Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2010 pada Jumaat ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan penerangan lanjut terhadap isu-isu percukaian selepas ucapan bajet tersebut.

Talian khas akan mula beroperasi pada 7 petang hingga 10 malam.

Nombor-nombornya adalah:

03-62013037

03-62013046

03-62013048

03-62013052

03-62013054

03-62013058

03-62013059

03-62013061

2 comments:

  1. Salam, setiap kali ada pembentangan bajet, kerajaan UMNO-BN tidak pernah mengecewakan rakyat pelbagai peringkat..... hanya puak-puak pembangkang sahaja yang tidak peernah berterima kasih......

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat...

    Yg paling lucunya puak2 yg menentang yang terlebih sudu dari kuah hehe...

    Telor mahu, ibu nak bunuh. Gaji dan elaun ambil berpuloh ribu sebulan kpd kerajaan pusat maki hamun, dasar penjahat sukar utk berterima kasih...

    ReplyDelete