Dari segi politik DAP tetap lebih kosisten berbanding dengan pas maupun PKR dalam pakatan. DAP sudah menyatakan dengan jelas(sehingga sampai langkah mayatnya dahulu) dari dahulu sehinggalah sekarang menentang dasar2 islam di negara ini. Kalau DAP tidak menentang dasar2 islam yang kerajaan Umno laksanakan dalam BN tentulah sudah lama DAP menyertai parti komponan itu(BN). Sebab itulah dalam hal ini bila sahaja, Pas bersuara tentang hudud dan pemerintahan secara islam bila ditegur DAP semua pemimpin pas terpaksa akur dan terus berdiam diri. Keadaan ini pemimpin tertinggi parti itu tidak perjelaskan sebaliknya mengambil sikap sembunyikan perkara sebenar kepada ahli2 dan penyokong2 akar umbi mereka. Untok menutup kelemahan ini Umno pula menjadi mangsa kejahatan pas.
Ada juga beberapa pemimpin2 dalam pas yang ada keiklsan mahu menceritakan perkara sebenar, tetapi terpaksa berdiam diri, terpaksa berlakon didepan rakyat yang kononnya pas lah perjuangan islam sebenar di negara ini. Islam Umno adalah islam ajaran sesat Ayah Pin, kata Nik Aziz.
Haji Hadi sudah tentu merasa malu2 sebab pernah mengkapirkan Umno suatu masa dahulu kerana Umno bergabung dengan MCA dan MIC. Kalau pun ada hasrat mahu kepada UG bersama Umno, Haji Hadi terpaksa berfikir beberapa kali, pertama kesal dengan fatwa yang beliau sendiri mengkafirkan Umno suatu ketika dahulu dan yang kedua takut kepada keceluparan mulut Nik Aziz sendiri. Hj Hadi dan gengnya pula bimbang takut dikapirkan oleh Nik Aziz pula bila berkejasama dengan Umno nanti.
Jika hasrat Haji Hadi dan geng2 beliau ini tercapai(UG Pas-BN) maka lebih bersatulah islam dan melayu di negara ini. Harapan kita hasrat EGM Nik Aziz itu dipergunakan sebaik mungkin untok memilih pemimpin2 yang lebih telus kepada islam sebenar tidak seperti islam pembawaan pas pada hari ini.
Pas lah memecahbelahkan islam di negara ini, tetapi jika kita majukan perkara ini kepada penyokong fanatik mereka sudah tentu mereka tidak boleh terima, tetapi inilah hakikat yang sebenar berlaku di negara kita hari ini. Namun demi kekuatan islam, bangsa dan negara kita sangat2 mengalu2kan hasrat murni beberapa orang pemimpin pas tersebut, walaupun perkara ini (UG) kita sudah pun ditipu tiga kali oleh pemimpin parti islam itu sebelum ini.
Kata-kata dipetik dari blog Nik Aziz
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.
Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.
Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.
Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.
Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Agak2nya kalau diadakan EGM PAS, tetiba jadi macam Tee Keat dan Soi Lek. Nik Aziz dan Hadi di undi x percaya. Nik Aziz boleh terima x?
ReplyDeleteSalam sahabat...
ReplyDeleteApabila terkeluar dimulut Nik Aziz pasa EGM maka penganalisis politik sdh nampak sejauhmana keiklasan Nik Aziz.
Dalang dibelakang Nik Aziz terlalu bijak, kalau tdk masakan suatu masa dahulu Tun Gafar Baba (masa itu TPM) sampai tdk cukup percalonan utk mempertahankan jawatannya ketika Anwar mahu bertanding memegang jawatan tersebut.
Langkah EGM adalah langkah mahu menghancurkan pas.Apabila pas berpecah senanglah perancangan Anwar keseterusnya...Nik Aziz menang atau kalah bkn faktor utama. Sebab dlm diri Nik Aziz sdh ada Anwar...