1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.
2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.
3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.
Che det
Che det
berpendapat bahawa perlantikan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah 'JALAN BELAKANG' penguasaan secara rasmi ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. KHALID terpaksa tunduk kpd ANWAR yg 'RAKUS KUASA'! Perlantikan ini dianggap 'DERHAKA' terhadap DYMM Sultan Selangor yg melantik KHALID.
ReplyDeletePERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang habis-habisan hingga ianya DITARIK-BALIK!!!
http://www.youtube.com/watch?v=O1vCIflmfDg
salam
ReplyDeletehanya terima seringgit, menunjukkan level pengetahuannya dalam ekonomi