Sikap suka mengata, hari ini terkena batang hidung sendiri. Ulama pas itu bersama menantunya akan disiasat oleh SPRM. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak SPRM supaya siasat dilakukan dengan segera. Memorandum desakan itu diserahkan kepada penolong pengarah SPRM Kelantan pagi tadi di Wisma Persekutuan.
Dua hari lepas Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan oleh media.
Anuar yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan itu turut meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pemuda Umno Kelantan merasa wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu.
Sebaliknya Haji Hadi menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlalu cepat bertindak jika melibatkan pemimpin pas berbanding dengan pemimpin UmnoBN. Tetapi Hadi tidak pula membuat komen tentang kes liwat Anwar-Saiful sehingga sampai ke hari ini masih belum lagi bermula pembicaraan.

Salam bro, mereka menganggap bahawa mereak terdiri dari pewaris Nabi, maka tidak wajarlah diambil tindakan walaupun melakukan kemungkaran....
ReplyDelete