Perkara 3(1) Perlembagaan Pesekutuan menyebut Agama Islam ialah agama bagi Pesekutuan tetapi agama2 lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana mana bahagian Persekutuan. Nyata dan jelas Islam itu agama negara kita, di negara2 lebih besar umat islam pun tidak di kanunkan Islam seperti di negara kita. Mereka berkeinginan, tetapi kerana arus situasi politiknya tidak mengizinkan dari awal lagi. Oleh itu boleh dikatakan kedudukan Islam di Malaysia ada sedikit keunikan berbanding dengan negara lain.
Faktor2 ini tidak difahami atau tidak mahu difahami. Pemimpin2 parti politik masakini memang sengaja kerana mempunyai agenda tersendiri. Prinsip kenegaraan, hidup berbangsa dan bernegara sering dipermainkan oleh pemimpin politik pembangkang. Ada kelompok yang mendabik dada walaupun islam dan asal keturunan mereka diperlekehkan. DAP dari awal lagi tidak merestui negara ini berteraskan islam, bangsa melayu seolah2 kita kaum pendatang . Kita orang melayu sebagai pribumi pun tidak menghina kaum lain sedemikian rupa, tindakan begitu sangat melampau,biadat dan tidak beradat bahkan tidak bertamadun. Tetapi yang amat peliknya ada juga pemimpin melayu yang menyanjungi sikap DAP tersebut, amat malang lagi orang melayu yang bersikap menyokong tindakan DAP itu berada dalam Pas dan PKR yang kononnya melaung sana sini berjuang untok islam dan kekuatan bangsa di negara ini.
Sikap tidak menjujungi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sendiri bukan gambaran orang yang bertamadun. Orang bertamadun tahu hakikat sejarah dan menghormati hak2 negara lebih dari sekadar perjuangan perkauman dan isu2 kontrovesi.
Kerajaan bertanggongjawab menjaga Perlembagaan, kerajaan tidak boleh mengubah dan berganjak melaksanakan kerja2 membina intitusi agama Islam.Kerajaan akan berdosa jika mengabaikan amanah sebagaimana peruntukan Perlembagaan. Kerajaan juga bukan bersikap menganaktirikan rakyat bukan beragama Islam. Sikap suka mencetuskan kontrovesi DAP bersabit dengan Islam mencetuskan keresahan orang Islam. Nga Kor Ming, menggunakan ayat al-quraan semasa pilihan raya di Bukit Gantang dan mempersolakan perbelanjaan kerajaan bagi membina masjid menunjukkan bertapa ceteknya akal budi dan gagal memahami aspirasi Perlembagaan. Unsur2 hasutan yang ditimbulkan oleh DAP yang disokong oleh Pas dan PKR sudah jelas untok mendapat pengaruh dan kuasa semata2. Semakin menjadi2 selepas PRU12 seolah2 sudah kurang ajar seolah golongan mereka yang mentadbir negara ini.
Adakah rakyat mahu memilih jalan kemusnahan dimasa hadapan? tanda2 di beberapa negeri yang di tadbir oleh pembangkang sudah menunjukkan kepada kita bahawa parti gabungan dalam pakatan belum mampu mentadbir negara ini. Mereka berpolitik untok kebencian bukan pertimbangan rasional akal budi. DAP selalu mengungkit soal2 prinsip kenegaraan. Mereka mesti faham soal ketuanan melayu, soal kontrak sosial dan Perlembagaan tanah melayu. Asal usul negeri2 melayu samalah asal usul orang2 melayu! Melayu dalam pas dan PKR juga jangan cuba meneguk air yang dikerohkan oleh DAP itu. Kamu orang2 melayu sepatutnya lebih memahami perkara ini jangan hanya sekadar gila kepada Puterajaya sampai didada Karpal pun kamu nampak bulan! Kamu sudah kenal siapa Karpal, seorang pemimpin DAP yang sanggup langkah mayatnya dahulu jika kamu mahu kepada Islam di negara ini.
Salam Pak Mie, inilah yang tersurat dan tersirat disebalik jubah, serban, janggut ulama bernama Nik Aziz.......
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteDI DADAMU ADA BULAN - lawak betol pok nik ajis kita ni