Sunday, December 20, 2009

KEBURUKAN PAS TURUT DIDEDAH OLEH KELUARGA NIK AZIZ

ADAKAH CAMPURTANGAN ANAK MENANTU MEMPERCEPATKAN LAGI NIK AZIZ JATUH?

Penglibatan anggota keluarga Menteri Besar Kelantan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dan parti lebih mengeruhkan lagi kerajaan pas Kelantan. Kerajaan negeri terus hambar, bercelaru dan kian terhimpit. Perjalanan kerajaan dan parti pas juga turut menjadi sebahagian daripada urusan keluarga beliau.

Nik Aziz juga turut gagal mengawal anak-anaknya termasuk Nik Amalina dan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman daripada terus memberi pendapat sehingga menyebabkan masalah dalaman semakin memuncak. Manakala para exco bertelingkah sesama sendiri sehingga sukar untok memberikan tumpuan kepada tanggungjawab yang sebenar. Melalui penulisan blog kepunyaan anak Nik Aziz, Nik Amalina dan Nik Abduh terseret dalam kancah politik pas Kelantan. Nik Abduh tidak mahu sesiapa menghalang ayahnya berundur dan Amalina pula secara terang terngan mencabar seorang bertaraf exco kanan meletakkan jawatan.

Nik Aziz seolah2 tidak dapat lagi menasihatkan menantunya supaya meletak jawatan dengan segera dalam PMBK kesannya apa yang berlaku bertambah buruk. Naib presiden pas dan pemuda pas negeri terpaksa bersuara mengkritik keputusan yang sudah dianggap selesai tetapi tidak selesai tersebut. Kerajaan pas Kelantan terlalu banyak membuang masa bermain politik, menyebabkan rakyat dan negeri terabai disebabkan urusan pentadbiran tidak berjalan dengan baik.

Pentadbiran menjadi semakin lemah, gerakan untuk memajukan ekonomi negeri tidak diberi perhatian. Apa yang pemimpin pas tahu dan lakukan ceramah pagi petang siang dan malam itu sahaja bagi menjaga kepentingan diri dan parti itu. Perancangan untuk menarik pelabur dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tidak diambil perhatian secara serious. Setelah timbul pelbagai masalah kumpulan pemimpin mereka akan menggunakan nama Allah dan Islam sebagai perisai bagi melindungi diri serta pada masa yang sama juga untok mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu lain.

Menuduh Umno menyebabkan kegagalannya menunai fardu haji, menuduh Umno menyebabkan krisis dalaman pemimpin mereka. Kononya Umno bertindak sedemikaian(mengkucarkacirkan pemimpin pas)bagi menutup kelemahan dan kepimpinan PM dan parti komponen BN lain yang melibatkan MCA dan MIC. Bukan setakat menuduh sahaja, yang paling anih sekali mereka sanggup mengajak rakyat supaya berdoa pecah perut terhadap DS Najib (royalti minyak) semata2 mengaburi mata rakyat bagi mengalih perhatian terhadap keburukkan yang telah mereka lakukan.

Parti pas sama juga dengan parti gabungan lain dalam pakatan hidup dengan cara menggelirukan rakyat bagi mendapatkan pengaroh, yang bezanya PKR menggunakan melayu bagi memusnahkan melayu manakala pas pula menggunakan agama bagi memecahbelahkan umat islam di negara ini.

2 comments:

  1. Keluarga Nik Aziz menganggap diri mereka FIRAUN. Mereka fikir mereka sebuah keluarga diraja yang tidak boleh disentuh. Dulu bukan main lagi menuduh orang lain Mahafiraun.

    Semua ini adalah berkat doa yang mereka sendiri pohon dari ALLAH. Sedikit demi sedikit KEBENARAN terdedah.

    Jangan lah pulak ada dikalangan PAS yang lepas ini mengaku tidak percaya pada Islam.

    ReplyDelete
  2. Keluarga Rasuah 2009 sudah dicop oleh rakyat Malaysia. Inilah kalau semua orang lain salah kita saja yang betul....maka Allah turunkan pula masalah aau musibah. Doa utk org jahanam tak baik pun dalam mana-mana agama di dunia, malah ini pula dianggap memiliki nilai moral yang tahap rendah(aras hijau pekat).
    [IMG]http://i412.photobucket.com/albums/pp205/abuasap/poas.jpg[/IMG]

    ReplyDelete