Sunday, February 14, 2010

ANWAR MENGHADAPI TUGAS BERAT BUKAN SETAKAT KES LIWATNYA SAHAJA...


PEMIMPIN PAKATAN ADA JUGA MENGAKUI ANWAR MEMANG KAKI LIWAT...

'Zahrain khianati penyokongnya' - Betul ke Zahrain mengkianati penyokong? atau Anwar yang mengkianati wakil rakyatnya dengan sendiwara2 dan janji2 palsu semasa pilihan raya? kalau Zahrain mengkianati penyokong kerana tidak mahu bersekonkong dengan tipu daya Anwar, rasanya tidak ada salah. Tiba2 sahaja Anwar mengambil berat tentang penyokong Zahrain, tapi sayang Zahrai sudah tahu dan kenal siapa Anwar sebenar . Perjuangan sebenar bukan seperti yang beliau selalu ucapkan, perjuangan Anwar adalah perjuangan untok pribadi dan dendam bukannya berjuang untok menolong rakyat.

Anwar begitu kesal dengan keputusan Zahrain. Katanya juga, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.Anwar juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zahrain bahawa DAP 'tidak dapat disentuh'.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sedikit masa lagi Anwar akan berdepan dengan masalah kepimpinan wakil rakyat mereka. Mengikut sumber bebarapa wakil rakyat PKR akan menuruti jejak langkah Zahrain. Perkara ini bukan setakat berlaku di Pulau Pinang sahaja bahkan sudah merebak ke negeri lain.

Jika perkara ini terjadi sudah tentu Anwar sebagai ketua pembangkang akan turut tergugat. Anwar ternyata lebih menjaga hati DAP dan Pas berbanding dengan wakil rakyat mereka. Kuasa Anwar sudah berpindah ke DAP. Zukifli Nordin sudah tidak mengindahkan teguran Anwar lagi. Katanya, DAP merupakan duri dalam daging dalam pakatan rakyat dan patut di tendang keluar dari pakatan. Bagi Anwar kenyataan Zulkifli seperti itu tidak penting, Anwar penting kepada DAP kerana bagi Anwar tanpa DAP dan Pas sukar bagi beliau untok merealisasikan hasrat mahu menjadi PM. Tugas Anwar sebagai ketua pembangkang hanya menunggu untok mengangguk apa yang DAP dan Pas mahukan itu sahaja.

Sekarang ini Anwar berhadapan dengan kes liwatnya bersama Saiful di Mahkamah. Anwar begitu tertekan, beliau juga mengharapkan kehadiran penyokong yang ramai semasa proses pembicaraannya. Anwar terpaksa menggunakan pelbagai cara untok menarik perhatian orang ramai supaya hadir sebagai penyokong semasa pembicaraannya. Ceramah-ceramah keseluroh negara giat dilakukan untok menarik simpati rakyat terhadapnya. Dalam beberapa siri ceramah yang lepas, Anwar dengan lantang menyalahkan Umno dan kerajaan dalam kes liwatnya seperti apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Anwar tidak sepatutnya mendahului mahkamah, dan apa sebab Anwar memerlu kehadiran penyokong yang ramai semasa pembicraanya kalau ia benar2 tidak ada niat jahat dengan agenda tertentu. Anwar tidak yakin dengan peguam2 yang handal mereka, beliau lebih suka memilih jalan sukar dengan berceramah sana sini untok memberitahu perihal beliau tidak bersalah yang jahatnya Umno dan kerajaan.

Semasa proses pembicaraan, Saiful kelihatan begitu tenang sekali. Manakala Anwar pula kelihatan begitu resah dan takut. Anwar lebih suka mencari helah lain bagi menggelak menghadapi pembicaraannya.

No comments:

Post a Comment