Saturday, February 13, 2010

APABILA ANWAR ANGGUK...NIK AZIZ TIDAK AKAN GELENG...


DIANTARA PEMIMPIN MELAYU DALAM PEMBANGKANG YANG TIDAK SEDAR DIRI...

Siapa yang lebih cerdik antara Anwar, Kit Siang dan Haji Hadi? dan siapa yang lebih dungu antara Nik Aziz ,Khalid Ibrahim dan Guan Eng? Sudah hampir dua tahun pakatan pembangkang memerintah beberapa negeri di negara ini. Apa sudah jadi kepada negeri2 tersebut kita sudah tahu. Dari segi pentadbiran, pengurusan ekonomi dan krisis dalaman diantara pemimpin mereka. Allah SWT telah memberi kemenangan kepada pembangkang beberapa negeri tersebut sekaligus dapatlah dijadikan contoh jika pakatan pembangkang mentadbir negara ini.

Bermula di selangor, beberapa hari saja dapat memegang tampuk pemerintahan telah meluluskan ladang babi komesial. Penjualan arak yang berluluasa tanpa pengawasan yang rapi. Kenapa babi dan arak ini ditumpukan kawasan majoriti orang2 melayu itu yang menjadi masalah besar. Khalid dan rakan2nya tetap menyebelahi DAP dalam soal ini. Pengaruh undi lebih penting, jika Khalid bertindak membelakangi DAP alamak Khalid terpaksa turun dari takta MB. DAP menggunakan kuasanya dengan menjatuhkan air muka oarang2 melayu dan islam di Selangor. PKR dan pas tepaksa menjadi barua DAP kerana mahu kepada kuasa biar pun maruah islam terabai. Mengenai tindakan biadap Tony Pua yang mendesak Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor.Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam juga terlalu biadap.

Begitu juga di Perak, Nizal bukan sahaja menjadi barua kepada DAP sampai kehari ini walaupun mahkamah sudah putuskan Zambry sebagai MB yang sah Nizal tetap dengan DAP mahu menghuruharakan rakyat Perak supaya tidak memberi kerjasama kepada MB BN tersebut. Kepentingan dan kesusahan rakyat tidak dihiraukan, macam2 karenah yang sengaja ditimbulkan sehingga mencabar kuasa Sultan. Nizal sudah menjadi Zombies kepada pemimpin haprak DAP.Tindakan tiga Adun di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pembangkang di negeri itu.Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini terlalu angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang keterlaluan, malahan amat biadap terhadap orang melayu dan islam.

Di Pulau Pinang kenyataan Jeff Ooi melabelkan Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan Lim Guan Eng selain melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat parti itu. Sikap dauble standad dan dasar 'Middle-Malaysia'Guan Eng diantara kepimpin DAP, PKR dan Pas menyebabkan pentadbirannya menjadi kucar kacir dan pada hari ini MP PKR dengan suka rela mengistiharkan diri keluar dari pakatan pembangkang dan menyertai bebas dan dijangka selang beberapa hari lagi akan keluar lagi beberapa pemimpin PKR yang lain menurut jejak langkah MP tersebut.

janji semasa pilihan raya Permatang Pasir untok melantik Adun PAS Salleh Man sebagai Exco dan melantik ADUN tersebut sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang semuanya adalah pembohongan Anwar kepada pengundi. Sebaliknya Guan Eng terus memberi tekanan kepada orang melayu di Pulau Pinang, selain dari pencerobohan terhadap rumah kedai milik orang2 melayu terbaru pula Guan Eng tidak membenarkan perarakan mauludil rasul yang dijangka diadakan nanti.

Di Kedah,tindakan seorang Adun DAP mengugut kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Sikap2 pemimpin DAP ini menyebabkan Kerajaan Kedah dibawah pas juga menjadi panas punggong.

Kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables' pemimpin2 melayu dalam pakatan pembangkang sudah menjadi zombies kepada golongan tersebut. Siapa sebenarnya yang lebih cerdik Anwar, Haji Hadi atau Kit Siang? diantara zombies2 yang paling cerdik adalah Nik Aziz...hari ini cakap lain, esok cakap lain... yang rusaknya melayu dan islam itu sendiri.

No comments:

Post a Comment