NIK AZIZ DAN ANWAR DIPERSIMPANGAN JALAN...MENUJU ARAH JALAN MATI
Nampak gaya hari pertama dan kedua kes pembicaraan liwat Anwar - Saiful, dari segi ketenangan menghadapi pembicaraan Saiful terserlah ketenangan berbanding Anwar. Menampakkan melalui raut wajah Saiful mengambarkan keceriaan beliau dipihak yang benar. Tidak seperti Anwar, buat2 tenang tetapi raut wajah sebenar macam orang penyakit sembelit.
Kita jangan selalu membuat silap walaupun kita manusia biasa tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tidak semestinya orang yang berterampilan baik itu tidak berbohong dan tidak semestinya menampakkan jahil ia selalu suka berbohong. Adakala juga didunia hari ini nampak saja baik dan sopan santun pijak semut tidak mati belakang bini dialah raja segala raja.
Itu tidak lagi diambil kira jika sesaorang itu terlibat dengan politik . Jika sesaorang itu terlibat dengan mana2 politik lagilah sukar untok kita nilai dengan mudah. Bentuk fizikal belum tentu lagi kita seharusnya melihat dengan mata hati. Cakap lembut gigi dari lidah, bercakap penuh dengan ayat alquraan bila ada peluang itu rezeki dari Allah, wahalalku walharammu...pergi Mekkah orang sponser tak apa kerap kali lagi baik semuanya tertutup mata walaupun orang itu ada kepertingan dan dari sumber yang mencurigakan. SPRM dapat intip terus batal. Kita mahu tibai kalau kita rasa tidak salah apa nak ditakutkan, kalau orang lain tibai kenapa pula kita yang siang2 lagi kata orang itu jahat dan tidak islam. Apa yang jelas dunia mu cukup berbeza...sedangkan semuanya berpandukan alquraan dan hadis.
Tengok sahaja kes Anwar, belum tentu ia benar atau salah sudah anggap Anwar dipihak yang benar dalam kes liwat. Dulu depa juga yang menjelajah serata alam mengatakan Anwar kaki liwat hari ini pula sokong dan sanggup mengadai maruah hadir kemahkamah tanda sokongan. Tugas2 lain yang lebih penting lagi sebelum ini susah nak hadir, mesyuarat penting Pas pusat bagi menentukan halatuju "tiga empat kerat" pemimpin pas yang kononnya menyokong kerjasama sesama islam Umno-Pas pun susah nak hadhir. Hadhir dalam keadaan memaksa sekadar tidak sampai setengah jam sedangkan itu agenda paling penting bagi kita orang islam.
Macam2 dalam politik tambah lagi kalau kita letakkan politik itu dihadapan sekali. Kita akan berpolitik tidak kira masa dan keadaan. Dalam kes kalimah Allah pun kita sanggup berpolitik, dalam dasar2 baik kerajaan yang sudah terbukti kebaikkan untok rakyat pun kita berpolitik dan yang paling jelek sekali dalam kes liwat Anwar-Saiful pun kita sanggup berpolitik! Anwar, Saiful dan Allah SWT tahu segalanya apa yang berlaku. Andai Anwar memang bersalah, dimana Nik Aziz mahu letak air mukanya? Kita tetap pertahankan Anwar jika pun beliau bersalah dimata orang buka islam tapi bukan cara seperti yang Nik Aziz lakukkan. Tidak payahlah kita kaitkan orang itu dan orang ini,biarlah mahkamah tentukan berilah keadilan kepada Saiful menegakkan kebenaran jika ia benar2 tidak bersalah tidak payahlah politikkan kes liwat ini. Allah tetap membuka keaiban sesaorang itu dimuka bumi ini lagi macamana sekalipun kita pertahankan, ini janji Allah. Orang benar tetap benar dan orang bersalah tetap bersalah...tidak payah sampai kita sanggup berdoa sampai pecah perut terhadap sesaorang itu. Sekadar berani bersumpah pun sudah cukup bagi kita orang islam sebab kita tahu pembalasan amat berat jika membohonginya, tapi dalam kes liwat sayang sekali Anwar takut untok bersumpah dan ini paling mencurigakan bagi kita orang islam.
Kita sanggupkah jika orang kata melayu-islam porak peranda kerana kita? baiklah kita lebih bersikap sederhana dalam segala hal dalam agama islam itu sendiri pun suruh kita bersikap bersederhana. Tidak semua yang kita anggap jahat itu jahat, dan tidak semua orang yang kita anggap baik itu baik... Kita sebenarnya mudah tewas dengan bisikan iblis, kita sengaja mencari jalan supaya melihat kepada kita baik dan beriman. Untok menyakinkan orang kita orang mempertontonkan ilmu yang kita ada. Walhal setiap kenyataan yang kita keluarkan tidak mengikut islam sebenar tetapi kita pula menyalahkan orang lain. Bisikan syaitan dan iblis sebenarnya melalui keegoan kita sendiri.Kita lupa!
Pernah kerugian Anak syarikat PKINK kerana pembayaran RM 240.000.00 kepada firma guaman untuk menyediakan draff hukum hudud, sekarang sudah sepi tida kedengaran lagi. Pernah Nik Aziz cas keting Dato Razali Ishak memasukkan 1000 orang S46 dalam pas secara senyap2.Pas Kelantan pernah meminda Perlembagaan Negeri bagi menghadkan kuasa Sultan. Pernah juga Nik Aziz meletakan menantunya sebagai CEO di anak Syarikat Kerajaan Negeri untuk mengurus perjalanan Syarikat dan rugi 50juta. Terbaru telah menolak pelawaan kerajaan Malaysia meminta wakil Kerajaan Negeri Kelantan untuk menduduki Jawatankuasa Wang Insan Petronas untuk Negeri Kelantan. Ini satu kesilapan yang amat besar Nik Aziz dalam menentukan hala hidup rakyat Kelantan yang rata - ratanya hidup dibawah paras kemiskinan. Tidak payahlah kita mahu bercakap itu ini...politik sama sahaja yang membezakan adalah pemimpin itu sendiri. Rakyat sudah bosan dengan bercakap berdegar2 habuk pun takdak untok rakyat. Itu tidak betul ini tidak betul, yang sebetulnya kita mahu guna dan urus sendiri duit wang ehsan itu, cakap saja klu klek...kata Husam sepatutnya 4ojuta bukan 20juta. Bagitahu kepada rakyat masok kampong keluar kampong setiap pelusuk negeri buat apa harta dunia, sedangkan kita sendiri hidup dengan serba kemewahan dan paling menggelikan bukan setakat itu sahaja sanggup pula menolak awal2 lagi kerajaan perpaduan sesama islam kerana gila kepada pangkat dan kuasa tanpa bincang secara terperinci dan mendalam terlebih dahulu.
kito buak takpo, demo tok leh, pasa kito tokguru.
ReplyDelete