Friday, February 5, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN BERCELARU...NIK AZIZ BUAT PUSINGAN U-TURN!

HIDUP TERTEKAN... ATAU CUBA MENGALIHKAN ISU?

Tidak payah kita ulas panjang2 setiap kenyataan Nik Aziz.Kita tahu kenyataannya sering berubah2,hari ini cakap lain esok boleh pula cakap lain. Jika tertekan sangat apa lagi macam biasa beliau akan salahkan media dan Umno. Kesimpulannya itu sudah jadi trade mark Nik Aziz. Dengan cara inilah hidupnya parti pas di Kelantan sehingga dapat memerintah lebih 19tahun. Bila kita membuat ulasan kenyataannya dan jika ramai orang yang mengecam, beliau akan membuat pusingan u-turn 360 darjah dan kesalahannya pula diarah kepada Umno dan kerajaan!


Isu kepincangan pentadbiran Pas di Kelantan semakin hebat dan semua orang tahu. Nik Aziz gagal menutup mulut ahli keluarganya mencampori urusan kerajaan negeri, apatah lagi mahu menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan beliau sebagai MB. Di Selangor tidak kurang juga masalah yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim. Khalid Samad digantung keahlian 6 bulan manakala Hasan Ali diberi amaran walaupun didapati bersalah yang diputuskan oleh jawatankuasa disiplin. Pemimpin2 pas memprotes tidak puashati dengan keputusan itu. Pertengkaran antara Khalid Samad dengan Zukifli Nordin(PKR) mengharukan lagi suasana dalaman pakatan pembangkang. Khalid diantara pemimpin pas yang lantang menyokong kalimah Allah diguna pakai oleh orang bukan islam. Manakala di Pulau Pinang kepimpinan jolokan Khalifah Omar Ab Aziz, Lim Guan Eng dikecam terang terangan oleh pemimpinnya sendiri.

Penasihat PKR sedang menghadapi pembicaraan yang menentukan hidup mati politiknya. Pakatan pembangkang gabungan antara Pas, PKR dan DAP semuanya menghadapi krisis dalaman yang serious. Umno dibawah kepimpinan DS Najib sebagai PM rilex je membuat kerja masing2. Pekong keburukkan pembangkang dilondeh oleh sesama pemimpin mereka sendiri. Mungkinkah kerana sumpah laknat saiful bersabit dengan kes liwatnya bersama Anwar atau kerana doa pecah perut Nik Aziz? sukar kita mahu menduga sebab kesalahan2 pemimpin pembangkang terlalu banyak untok kita perbincangkan disini.

Baca pula kenyataan ini...apa pula kenyataan pemimpin tiga empat kerat yang Nik Aziz labelkan suatu ketika dahulu? dan apa pula kata ketua kumupulan erdogan yang belum semboh dari tumbokkan anak menantu Nik Aziz tersebut?

Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama


KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.

“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

1 comment:

  1. Salam ziarah,
    Nik Aziz dah terlalu jauh meninggalkan kebenaran dan apa yang dia selalu tekankan iaitu akhirat kerana mengejar dunianya dan mempertahankan anak-menantunya. Kebanyakan ahli-ahli Pas juga sudah keliru dan seorang demi seorang meninggalkan Pas secara senyap. Akhirnya Pas hanya tinggal mereka yang berkepentingan dan mendapat faedah secara langsung dari politik.

    ReplyDelete