Friday, February 5, 2010

SELUAR DALAM, BAJU SELUAR DAN JUGA SATU TIUB KY JELLY- SET HADIAH ANWAR UNTOK SAIFUL...

Perbicaraan hari ketiga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada jam 9.50 pagi Jumaat dengan suasana sekitar komplek mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur agak lengang. Namun anggota FRU berkawal diperc ayai untuk menghadapi kemungkinan adanya perhimpunan haram dari Masjid Wilayah Persekutuan lepas solat Jumaat.

Ia bermula di mana beberapa barangan kes termasuk satu tiub KY Jelly yang Saiful Bukhari Azlan dakwa diserah kepada pegawai penyiasat polis pada malam 28 Jun 2008 ditunjuk kepada mahkamah.Turut ditunjuk ialah seluar dalam, baju dan seluar.

Dalam keteranganya Saiful beritahu ia merupakan set yang dihadiahkan oleh Anwar kepadanya.Ini mengundang reaksi gelihati kalangan mereka yang hadir dalam kamar perbicaraan.

Saiful juga beritahu sejak sekian lama sebelum itu Anwar merupakan idolanya kerana melihatnya sebagai pemimpin yang berkarisma.

Katanya beliau bercakap dengan Anwar pada 27 Jun ( sehari selepas dakwa diiwat di kondo Desa Damansara) untuk beritahu hendak berhenti kerja ' kerana tidak ingin diperlakukan sedemikian lagi.'

Dakwanya Anwar juga cuba memujuknya supaya jangan berhenti kerja dengan menawarkan untuk taja pengajiannya dengan gaji dan elaun penuh.

Perbicaraan ditangguhkan pada jam 11.30 pagi untuk lawatan lanjut ke kondo Desa Damansara,lokasi dimana Saiful dakwa diliwat.

Kesemua hakim,pihak pendakwa,peguam bela ,Anwar dan Saiful tiba di kondo itu jam 12 tengahari.

Agendadaily.

No comments:

Post a Comment