Friday, February 5, 2010

'THREE LETTER WORD' YANG MEMBAWA REBAH

HARU BIRUNYA KEPIMPINAN NIK AZIZ DI KELANTAN, HURU HARANYA CORAK KEPIMPINAN LI GUAN ENG DI PULAU PINANG DAN GANASNYA PENTADBIRAN KHALID IBRAHIM DI SELANGOR...

Pakatan pembangkang yang menerajui kerajaan di Perak sudah jatuh ke tangan BN. Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah masing2 dalam keadaan berhitung jari menunggu dan melihat kerajaan pakatan negeri lain bila masanya ia akan jatuh.

Kita telah menduga dari awal lagi keadaan seperti apa yang berlaku kepada pakatan pembangkang sekarang. Usahkan mahu menunai janji semasa pilihan raya Umum yang lalu kesepakatan diantara pemimpin mereka pun entah kemana. Wakil rakyat yang bertanding cuma untok memenangi pilihan raya sahaja, tetapi kerana kebijaksanaan Anwar Ibrahim mengalih fikiran rakyat dengan mencipta isu dan menuduh kerajaan UmnoBN bukan2 sedikit sebanyak telah memesongkan fikiran rakyat menyebabkan beberapa negeri tersebut jatuh ketangan pembangkang diatas kesepakatan untok membentuk kerajaan.

Terlalu lemah kesepakatan itu menyebabkan Kelantan satu negeri dibawah pentadbiran pas yang sudah lebih 19tahun pun juga turut terlibat. Krisis kepimpinan kerajaan Kelantan bermula dengan wujudnya satu kumpulan lagi yang bertunas dalam pas iaitu kumpulan erdogan. Kumpulan ini yang lebih berkiblat kearah Anwar Ibrahim bukannya kepada pas pusat.

Corak kepimpinan yang tidak mempercayai antara satu sama lain menyebabkan pekong pas Kelantan selama ini dilondeh sendiri satu persatu oleh orang kuat parti itu. Keyakinan kerajaan pas Kelantan kepada Pas pusat dibawah presiden Haji Hadi dan kuncu2nya menyebabkan pandangan sering bertentangan. Dalam soal kerjasama kerajaan perpaduan Umno-Pas contohnya Nik Aziz menghala kelain dan tidak diberi ruang sedikit pun oleh Nik Aziz untok berbincang. Kata pemutus bukan lagi presiden, tugas presiden diambil oleh musyidul am pas iaitu Nik Aziz. Timbalan presiden pas ustaz Nasharuddin menjadi sasaran Nik Aziz kerana menyokong usaha kearah kerajaan perpaduan tersebut. Mencabar supaya keluar dari pas dan perumpamaan sampah dalam pas.

Three letter word 'Can I Fuck You Today' yang membawa rebah- Tuduhan liwat keatas Anwar bukan sahaja boleh membunuh karier politiknya tetapi juga boleh mengundang padah kepada kesemua parti gabungan dalam pakatan pembangkang. Ketika kes liwat Anwar Ibrahim masuk hari pertama Rabu…’ tembak menembak’ dalam pakatan pembangkang telah pun berlaku di Pulau Pinang tetapi sehingga sekarang ianya belum nampak tanda-tanda untok reda. Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang melabelkan PKR sebagai parti yang 'mengutip sampah sarap. Ketika ini penasihat PKR Anwar sedang menghadapi pembicaraan kes liwatnya bersama Saiful. Manakala Khalid Ibrahim dengan masalah isu YBK.

Sedang parti gabungan pakatan pembangkang berhadapan dengan masalah masing2, Anwar pula menjerut tali dilehernya sendiri berdepan kes liwatnya dengan Saiful. Setelah lebih 15 kali pembicaraan ditunda yang memakan masa lebih setahun akhirnya mahkamah menolak rayuan menangguh pembicaraan. Pembicaraan kali ini merupakan pembicaraan buat kali kedua Anwar dalam kes liwat selepas tahun 1998. Kali pertama Anwar dibebaskan disebabkan sedikit kesilapan teknikal. Pembicaraan kali ini Anwar kelihatan cukup mengelabah. Saiful sebagai saksi pertama tertuduh kelihatan lebih tenang dan ceria. Menjawab pertanyaan hakim mahkamah dengan yakin dan baik bebanding Anwar yang kelihatan berkeadaan resah dan serba tidak kena entah apa2. Dinding Lift sanggup ditendang, keadaan sebegini mungkin menyebabkan Nik Aziz terkejut beruk dan tiba2 bercadangan mahu duduk semeja dengan musuh ketat beliau. Umno yang dianggap sendiri tidak islam dan pernah suatu ketika dahulu menolak mentah2 idea Haji Hadi dalam isu UG Umno-pas. Walaupun pelbagai andaian dapat kita terjemahkan dalam fikiran Nik Aziz namun dalam situasi sekarang tidaklah semudah cadangan itu.

Sedikit serba ringkas catitan pembicaraan

Setelah 4 hari kes disebut di mahkamah, Saiful terus gagah, tabah dan tenang menghadapi dugaan. Berani berdepan dengan setan-setan kecil yang bertempik di luar kamar mahkamah.

Saiful juga berani dalam lawatan ke kondo tempat kejadian. Tenang raut wajah dan bahasa badan membuktikan Saiful bercakap benar.

Manakala pihak satu lagi gabra, lakonannya sama seperti 1998 dahulu. Beliau juga takut untuk melawat tempat kejadian. Kenapa takut, bukannya ada bom C4 ?

Hari ini pula dua trak penyembur air dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), tiga trak membawa anggota FRU dan dua trak polis dilihat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 10.15 pagi.

Difahamkan pasukan polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya perhimpunan haram di mahkamah ini ekoran perbicaraan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keterangan Saiful semasa di Pusrawi: "Sebelum pemeriksaan dilakukan ke atas saya, saya telah disuruh oleh doktor Pusrawi untuk memakai semula seluar."

Jadi persoalannya, pemeriksaan tidak dijalankan tapi laporan hospital telah disebarkan kepada rakyat malaysia. Nampaknya, PKR telah buat laporan doktor palsu. Hari ini baru kita tahu siapa yg menipu.

LAPORAN PUSRAWI SEBENARNYA TAK WUJUD. Dia tak sempat diperiksa. Macam mana laporan boleh keluar?

TaipingMali

No comments:

Post a Comment