JANGAN BIARKAN BELIAU TERUS HANYUT...KENAPA HAJI HADI TIDAK SELAMATKAN NIK AZIZ?
Paling susah adalah untok mengaku kita membuat salah. Manusia itu sendiri tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan. Kita pula jangan cuba mengambil peluang dengan sifat kelemahan ini. Jika kesalahan itu di lakukan berulang kali dengan sengaja lama2 ia menjadi tabiat yang melambangkan sikap dan keperibadian sesaorang. Ia amat sukar untok diubah jika pun kita sendiri tahu kita membuat silap. Jika pun elok itu hanya sekadar pandangan fizikal sahaja namun hati tetap busuk. Sikap ini boleh menyusahkan orang lain, suka mencari salah orang kuman diseberang laut nampak gajah didepan mata tidak nampak. Kita saja yang elok orang lain semua salah. Masyarakat dan negara akan lebih senang menjadi kucar kacir jika bilangan rakyat yang ramai bersikap seperti ini. Penyakit seperti ini tidak mengenal siapa kita manakala ubatnya adalah mencuci hati dengan cara kembalikan kepada islam yang sebenar.
Dulu Pas terkapai2 kesorangan mencari jalan bagaimana cara untok menjatuhkan Umno. Cara tikaman Pas walaupun bertubi2 depan belakang terhadap Umno namun parti itu tetap utuh. Umno berpaksi orang melayu seperti juga pas. Orang melayu di negara ini majoritinya beragama islam. Lalu pas mengambil kesempatan ini mempermainkan tentang isu islam dalam politiknya. Jika pas itu ditubuhkan sebelum Umno sudah tentu pas juga menerima pakai dasar2 seperti Umno laksanakan pada hari ini.
Kita kena faham kenapa pemimpin pembangkang begitu bersusah payah sanggup laku apa sahaja asalkan rakyat memberi sokongan kepada parti mereka. Adakah ini kerana semata2 perjuangan iklas untok melihat negara ini aman dan rakyat hidup bahagia? tidak aman dan bahagiakah sepanjang pemerintahan Umno? apa yang kita tahu melalui kerenah2 pembangkang untok mendapat sokongan dari rakyat itulah yang menyukarkan pihak kerajaan untok memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelaan nasib rakyat di negara ini. Peranan pembangkang di negara ini berbeza di sesetengah negera maju yang lain. Peranan pembangkang di negara ini hanya pandai membangkang semata2 tujuan nya untok menjatuh kerajaan pada hari ini. Nasib rakyat seterusnya mereka tidak pedulikan asalkan cita2 mereka mengejar kedudukan dan pangkat berjaya.
Parti2 dalam gabungan pembangkang semuanya memberi penekanan kepada melayu dalam Umno. DAP janganlah cerita sampai bila pun mereka anti melayu dan islam cuma pas sahaja terlalu jangkal sanggup bersekonkong dengan kapir2 ini. Kenapa pas sanggup dan kenapa DAP sanggup besama? semuanya kerana mempunyai niat yang sama kerana mahu kepada kuasa. Sudah sekian lama DAP berjuangan untok melenyapkan kuasa2 melayu di negara ini. Amat sukar dan memakan masa yang panjang jika DAP terus berjuang cara lama. DAP sedar untok menghapuskan kuasa melayu DAP terpaksa menggunakan orang2 melayu juga sebab itulah mereka sanggup bergabong dengan Pas. Manakala Pas pula terlalu dengki dan dendam dengan Umno kesempatan ini maka tidak seberat mana tugas DAP sekarang hanya cuma membakar semangat pemimpin2 pas sahaja. Kerana gila kepada kuasa yang melampau maka pas pun terima sahaja cadangan DAP waima menjatuhkan maruah agama islam sekali pun pemimpin pas sanggup lakukan.
Semenjak pas bersama DAP pelbagai masalah timbul dalam parti itu, sedangkan pemimpin dalam DAP tetap bersatu. Apakah title Kalifah Umar Abdul Aziz diberi kepada Guan Eng tidak memalukan seluruh umat islam di negara ini? siapa yang memberi gelaran itu kalau tidak pemimpin bangsat pas. Semuanya kerana politik, pas sudah memberi laluan yang mudah kepada Guang Eng untok melemahkan islam. Nik Aziz bukan sahaja terlalu celupar bersabit dengan islam sesama islam dalam Umno sekarang. Ulasan bersabit dengan kenyataan Guang Eng cuba membatalkan perarakan maulud rasul amat mengharukan kita umat islam. Isu penggunaaan kalimah Allah telah mengemparkan suasana hormoni islam di negara ini. Nik Aziz walau pun tidak jelas tetapi kenyataannya banyak menyebelahi pihak bukan islam. Naib presiden Pas Mahfuz juga menggeluar kenyataan berbau politik bersabit dengan perarakan itu dengan memfitnah Umno.
DAP terlalu berani memcampori urusan agama islam sebab ada backup pas. Taraf ulama dan Tok Guru dalam pas hanya untok menghalalkan kafir sesama islam dalam Umno. Taraf ulama dan Tok Guru dalam pas juga yang melebelkan kapir Guang Eng pentadbiran Pulau Pinang dengan pendekatan cara Kalifah Umar Abdul Aziz biar pun melayu dan islam di negeri itu dihina.
Hati Nik Aziz masih lagi tidak terbuka, ada telinga beliau tidak mendengar, ada mata beliau tutup apa yang Nik Aziz tahu adalah selalu menggeluarkan kenyataan merusakan hubungan sesama islam. Nik Aziz tidak nampak lagi pembalasan yang Allah berikan kepada beliau, keluarga dan kucar kacir pentadbiran beliau selaku MB Kelantan. Itu dalam Pas dalam PKR juga berlaku perkara sedemikian. Penasihat PKR Anwar terlibat dengan pembicaraan kes liwat, huru haranya wakil rakyat PKR kenapa Zahrain keluar PKR tidak direnong dengan mata hati oleh Nik Aziz. Tidak ada pemimpin dalam Umno secelupar Zukifli Nordin mengkritik PKR dan Pas perkara ini juga Nik Aziz tidak nampak. Apa yang beliau tahu adalah menghentam pemimpin2 seperti itu dengan kata2 kesat. Silap pilih calon, Umno beli, penjahat dan sebagainya ini kata2 biasa jika ada wakil rakyatnya keluar dari pakatan.Tidak pernah mengakui kebenarannya walaupun jelas didepan mata. Masa depan pas terus gelap bersama pemimpin seperti Nik Aziz, Allah SWT tetap tidak akan membuka hati untok kita menyokong pas kerana pas sekarang telah rusak. Nampak sahaja diluarnya elok sebab ditutupi dengan jubah dan serban tetapi sebelah dalamnya Allah SWT saja yang tahu...
mohon letak dlm FB artikel ini...dlm group bantah Nik Aziz hina Maulid Nabi..
ReplyDelete