Banyak pihak yang menentang hukuman sebat syarie yang dijalankan ke atas tiga orang wanita yang telah melakukan persetubuhan haram sekalipun hukuman sebat tersebut TIDAK BEGITU MENEPATI hukum hudud. Antara yang paling lantang menyelar tindakan KERAJAAN itu adalah Sisters In Islam (SIS), Amnesty International, Majlis Peguam dan Persatuan Badan Bertindak Wanita (AWAM).
SIS umpamanya menganggap tindakan itu keterlaluan dan satu DISKRIMINASI terhadap wanita. Manakala AWAM pula menganggap tindakan kerajaan menyebat ketiga-tiga wanita itu di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) menganggap hukuman tersebut sebagai BERNIAT JAHAT dan bertentangan dengan kepentingan awam.
Paling menarik adalah kecaman daripada Amnesty International yang menganggap Malaysia sedang dilanda 'DEMAM SEBAT' dan menggesa agar Malaysia menghentikan hukuman sebat. Menurut Amnesty International, Malaysia telah menyebat puluhan ribu lelaki dan wanita terutama warga asing yang melanggar peraturan imegresen semenjak 2002.
"Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang sememangnya kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka (pesalah)," demikian kata Donna Guest, Timbalan Pengarah Amnesty International Asia Pasifik.
Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam, menyifatkan hukuman berkenaan sebagai ZALIM, KEJAM, KUNO dan MEMALUKAN sekaligus tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
Apa lagi para PEMIMPIN PAS-BARU... inilah masanya untuk membuktikan bahawa parti anda dan anda sendiri sebagai manusia yang mendaulatkan hukum Islam tulen! Kerajaan Malaysia hanya mengenakan hukuman sebat syarie yang telah di'modified'. Pastinya anda akan menentang dan menganggap itu bukanlah hukuman Islam.
Tidakkah anda rasa tercabar dengan SIS dan AWAM? Beranikah anda BERSUARA kepada Amnesty International yang turut MARAH Malaysia membicarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat buntut jantan? Atau ada telurkah anda untuk berhadapan dengan Majlis Peguam yang begitu kuat menyokong DAP dan Anwar Ibrahim dalam banyak keadaan?
Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sebenarnya menjunjung al Quran dan As-Sunnah secara tulen, bukan setakat CAKAP DI MULUT untuk MENYEDAPKAN KEMPEN serta CERAMAH bagi memenuhkan kantung derma!
Atau anda juga ingin mengatakan, HUKUM SEBAT TIDAK ADA DALAM ISLAM demi menjaga hati Amnesty International dan Majlis Peguam yang bertaraf antarabangsa? Bukankah PAS-Baru hari ini sangat mendewa-dewakan perkataan ANTARABANGSA sepertimana sikap pemimpin PAS-Baru dalam kes 50 MP Australia?
Cucu Tok Wan
SIS sepatutnya diharamkan, sebab banyak kenyataan SIS yang bercanggah dengan agama termasuklah menyokong golongan pengkid...
ReplyDeleteeXception - Bukan Sekadar Blog Picisan