Wednesday, April 28, 2010

PAS SOKONG DAP KERANA DENDAM SESAMA ISLAM

PENGUNDI CINA TIDAK PEDULI BN KALAH ATAU MENANG...

Dalam PRU12 lepas BN tewas di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Malah pada Pilihanraya Kecil pun BN pernah tewas dan terus tewas. BN tak menyalahkan SPRM. BN tak menuduh rakyat "dibeli". BN tidak melatah. Sebaliknya BN terima kekalahan demi kekalahan itu dengan redha walaupun kemenangan tipis pas di Manik Urai. Kemenangan BN Dd PRK Hulu Selangor, Anwar mendakwa BN membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan, manakala Zaid Ibrahim pula menuduh Datuk Seri Najib telah membelanjakan lebih RM40 juta.

Kalau perbelanjaan sebegitu besar kenapa di saluran-saluran kawasan pengundi Cina, BN kalah kesemuanya. Ini boleh dilihat di saluran 1, 2 dan 4 Kampung Baru Cina KKB dengan PKR masing-masing mencatat 203, 256 dan 207 undi, manakala BN sekadar mendapat 77, 73 dan 56 undi. Begitu juga di Kampung Baru Batang Kali, PKR mendapat 220 undi, manakala BN 58. Di Kampung Baru Rasa, situasi sama juga berlaku dengan BN sekadar meraih 75 undi berbanding 301 PKR.

Ternyata kaum Cina tidak memberi sokongan padu kepada MCA. Adakah kaum Cina masih mengharapkan bahawa Lim Kit Siang akan menjadi TPM dan Anwar Ibrahim menjadi PM? atau mungkin mereka mempertikaikan pucuk pimpinan parti MCA mereka sehingga menimbulkan masalah penyelarasan jentera sokongan kepada BN. Presiden MCA sendiri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan sokongan kaum Cina berkurangan bukan disebabkan pembangkang sebaliknya kerana permasalahan dalam MCA sendiri.

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pembangkang? Apakah selama ini pembangkang menarik pelabur asing ke negara kita atau membantu ekonomi peniaga kecil? Sehingga begitu sekali pembangkang sanggup menipu pengundi setiapkali pilihan raya, seolah-olah BN itu pembangkang dan pembangkang itu adalah BN.Sampai Nik Aziz sanggup mempertikaikan kuasa Sultan Selangor. Mursyidul AM Pas, tersebut mempertikaikan arahan tuanku agar tidak membuat sebarang ceramah berunsur politik di masjid-masjid di Hulu Selangor sempena pilihan raya kecil Parlimen tempuhari.Semakin jelas pada kita, PAS hanya menunggang nama Islam untuk meraih cita-cita kuasa mereka. Politik itu kuasa dan ia sentiasa berkaitan dengan kuasa.

Sudah banyak yang dapat disaksikan apabila kita mahu bercakap tentang proses perubahan yang berlaku dalam PAS khususnya pada alaf baru ini.PAS sendiri wujud atas sifat kecewa, justeru tidak hairanlah jika orang-orang yang kecewa bertindak melampaui batas-batas agama dan budaya meskipun mereka berserban dan berkopiah kerana fitrah orang kecewa sering dicemari hasad, lebih-lebih lagi bila ia bersangkut dengan dendam kesumat.

Sunday, April 25, 2010

P094 : BN MENANG DENGAN MAJORITI 1,725 UNDI



BN RAMPAS KEMBALI HULU SELANGOR - SELAMAT TINGGAL PKR TAHNIAH BN...
Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi
dibuka. Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar. Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi. Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan Pada pilihanraya umum 2008, calon PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menang majoriti 198 undi tewaskan Datuk G.Palanivel.
Adakah orang terkejut dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim? sudah tentu ada. Penulis blog pembangkang rata-rata menyatakan kemenangan besar Zaid di Hulu Selangor. Dari penulis blog veteren kepada penulis blog yang baru yang hanya bersandarkan analisis gerak hati sendiri dan akademik firasat politik yang rendah mutunya dan Bagi penulis blog pro kerajaan pula tetap mengatakan Hulu Selangor tetap akan dirampas kembali oleh BN walaupun dengan kelebihan satu undi. Apa akan berlaku kepada pembangkang selepas ini,khasnya kepada PKR sama-sama kita lihat nanti...Tahniah kepada seluruh jentera BN termasok penulis blog yang cintakan kebenaran dan tahniah juga kepada Yang di Pertua BPN. Berjuanglah demi nusa dan bangsa bagi menentukan arah tuju negara. Syukur alhamdullileh..amein! Salah silap penulis sepanjang tempuh kempen pilihan raya P094 harap dimaafkan. Ahkirnya kebenaran juga yang terserlah.

P094 : KEPUTUSAN PENGESAHAN TIDAK RASMI SPR


8:00Mlm - Keputusan tidak rasmi dari SPR mengatakan PR kalah dengan majoriti lebih 1,500. Jika melebihi angka itu maka majoriti yang diperolehi BN seperti mana diduga lebih 55% pengundi yang keluar mengundi menyebelahi BN Peratusan keluar mengundi adalah 75.87%.Bagaimana pun tunggulah keputusan rasmi dari SPR sekitar jam 9:30 malam nanti.

P094 : AZMIN MENGATASI ZAID...

BN MASIH MENDAHULUI - MALAYSIAKINI TIPU!


PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145

BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

KUALA KUBU BARU : BN 794 PKR 853

KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98

TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175

SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

Zaid kalah ... orang paling gembira dalam PKR adalah Azmin Ali

P094 : KEPUTUSAN TIDAK RASMI

KEPUTUSAN TERKINI TIDAK RASMI BN MENDAHULUI PKR

BN Menang undi pos dan ini keputusan tidak rasmi
BN: 767
PKR: 120

6.13pm: Keputusan tidak rasmiKuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

P094 : GAMBAR SEKITAR DAN PERATUSAN KELUAR MENGUNDI SEHINGGA 11 PAGI







Jumlahh pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000)Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini. Sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

P094 : SELAMAT MEMBUANG UNDI


Sudah 38 orang yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar sudah meninggalkan PKR dan pakatan pembangkang, mengapa saudara saudari sekalian yang tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar...?

Saturday, April 24, 2010

P094 : NIK AZIZ MENAMBAH PELUANG BN MENANG!

ESOK DIJANGKA LEBIH 55% AKAN MENGUNDI BN
Setiap kali menjelang pilihan raya ada-ada sahaja kenyataan dan cerita-cerita ditimbulkan samaada benar atau tidak. Ada juga cerita dan kenyataan sekadar lawak bodoh menjelang hari pengundian sahaja. Tidak kurang juga kenyataan dan unsur fitnah diindah dan dialun supaya mendapat perhatian. Parti-parti yang bertanding berhempas pulas mempetahankan calon masing-masing manakala calonnya pula siap tersenyum dengan kopiah 24 jam (melayu)tangan pula dihulur bersalaman tidak kira dengan siapa asalkan berjumpa. Ada juga bersalaman sampai 2 atau 3 kali dalam satu masa dengan orang yang sama, itu sudah menjadi amalan biasa dalam politik jika berkehendakkan sesaorang!

Tempoh berkempen tinggal lagi kurang dari 24 jam. Dalam perang pilihanraya inilah saat-saat genting yang harus dijaga. Sedikit kesilapan akan membawa padah. PRK Hulu Selangor pertandingan dua penjuru BN dengan PKR begitu sengit. Kedua-dua parti tidak dapat mengagak masing-masing tumpu kepada pertingkatkan usaha berjumpa pengundi disaat-saat akhir. Tiada siapa yang yakin 100 % BN akan menang, tetapi menampakkan kepada kita PKR semakin tertekan menjelang hari pengundian.

Calon BN P.Kamalanathan akan menang sekiranya peningkatan sokongan dari pengundi Cina dan India berbanding dengan pilihan raya lalu. Faktor calon PKR juga boleh menambahkan sokongan kepada BN memandangkan sebahagian pengundi melayu yang selama ini menyokong pas dan PKR tidak menerima Zaid sebagai calon mereka. Pengundi melayu atas pagar mengikut kajian sikap yang dibuat lebih berpihak kepada BN, kesilapan Nik Aziz mempertikaikan arah Sultan Selangor melarang masjid digunakan untuk tujuan politik memberi impak baik kepada BN. Katanya Menteri Besar Kelantan itu samasekali tidak menghormati apa yang ditetapkan Perlembagaan negara dan kehendak agama Islam di negara ini. Mereka menganggap perbuatan Nik Aziz tersebut bukan saja penghinaan kepada Sultan malah mengguris hati rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor yang rata-rata cinta keamanan. Di Kelantan Nik Aziz telah menguris hati rakyat melalui tingkah lakunya terhadap Sultan negeri tersebut, tidak cukup dengan itu melanggar titah Sultan Selangor pula.

Mengikut kajian dan analisis penulis jika ianya berkekalan sehingga dihari pengundi peluang untok BN menang agak cerah berbanding dengan PKR. Kemungkinan pengundi memberi sokongan kepada BN- 55 hingga 63% dari jumlah yang keluar mengundi esok.

Jentera-jentera BN seharusnya bersiap sedia menempuh sebarang dugaan yang bakal diada-adakan oleh pembangkang disaat-saat akhir pengundian. Tidak mustahil pembangkang akan menggunakan taktik-taktik jahat apabila mereka tertekan seperti yang berlaku dan sudah perkara seperti ini sudah menjadi amalan mereka untok mempengaruhi pengundi. Lihat sahaja contoh dihari terakhir di Bagan Pinang, apabila naluri mereka merasakan yang mereka akan kalah, maka mereka cepat-cepat mencipta isu walaupun tidak menasabah dan melucukan kononnya seorang penyokong mereka ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO.

Friday, April 23, 2010

P094 : PENGUNDI DAN TIPU DAYA PEMBANGKANG

KURANG 3O JAM LAGI PILIHAN RAYA...ADAKAH ZAID SALAH SEORANG MANGSA 16 SEPT ANWAR...?

Setelah lebih setahun, hari ini baru kita mendengar komen Anwar tentang 16 Sept. Anwar baru menyedari projek 16 Septnya gagal kerana Allah tidak merestui. Inilah cara Anwar penuh dengan bukti rekaan untok orang percaya di Hulu Selangor.Dengan kekuatan yang lemah yang juga berkaitan dengan peningkatan usia disamping berserabut dengan masalah dalaman parti sendiri, ada baiknya Nik Aziz tidak mencampori urusan calon yang penuh dengan kontrovesi Zaid, dan pembohongan Anwar di PRK HS. Nik Aziz dijemput dan terpaksa hadir memberi ceramah kononnya bagi menambah power untok mempastikan kemenangan berpihak kepada PKR yang calonnya telah megaku kaki botol.

Bagi memilih pemimpin atau wakil rakyat sejarah-sejarah dan tindakan yang dibuat sebelumnya mesti dibuat penilaian supaya kita tidak ditipu lagi. Apa lagi jika Sejarah itu lebih kepada kepertingan diri ketika memegang jawatan. Tidak mudah untok kita sapu apa lagi sekadar mendengar ceramah politik Nik Aziz semata-mata. Tidak sebodoh itu rasanya pengundi hari ini dengan mempercayai bulat-bulat bila mendengar ceramah Nik Aziz tersebut memandang beliau juga seorang pemimpin politik yang selalu mempermainkan islam. Pembangkang yang dikatakan baik, namun bagi kita rakyat marhean... dosa-dosa, janji-janji kosong dan tipu muslihat pemimpin pembangkang yang lepas-lepas tidak mudah untok kita lupakan.

Zaid melangkah keluar dari Umno dengan bergaya melepaskan jawatan menteri, katanya tidak akan menyertai mana-mana parti termasuk PKR tiba-tiba berpelukkan dengan Anwar-inilah yang dikatakan politik. Calon PKR tersebut yang berasal dari Kelantan sudah tentu orang Kelantan lebih mengenalinya. Seandainya tingkahlaku Zaid itu baik dan beraklak sudah tentu tidak dicalon oleh Anwar, seperti mana Dr Haili tidak dicalonkan oleh Anwar dikawasan tersebut. Zaid yang dikatakan yang terbaik pada kaca mata Anwar sahaja dan bukannya untok membantu rakyat di Hulu Selangor. Nik Aziz sendiri pernah menggeluar kenyataan bahawa Kelantan tidak perlu lagi calon luar dalam pilihan raya akan datang.

Hebat sungguh kah Zaid sampai menjadi pilihan Anwar di HS? sedangkan rakyat Kelantan telah jemu dengan sikap Zaid dan tidak perlu khidmat Zaid lagi dalam politik. Peribadi Zaid yang sudah dicincang lumat oleh pemimpin pas Kelantan suatu ketika dahulu, tiba-tiba hari ini diangkat dan dijulang oleh pemimpin pas yang sama di HS. Kanak-kanak sekolah disekitar Kota Bharu pun kenal siapa zaid, pemimpin pas buat-buat lupa dan sering berubah percakapan demi menggelak dari menjilat ludah sendiri. Asal menguntungkan mereka perkara mungkar pun boleh jadi baik .Nik Aziz ulama politik, penyakit jahat dikatakan akan semboh jika menyokong usaha beliau. Dimata Nik Aziz semua menjadi baik asal sahaja menyokong usaha beliau,tetapi disisi Allah belum tentu lagi... sebab dikalangan pemimpin pas sendiri pun ada yang jahat.

Memandangkan Zaid adalah merupakan calon kontrovesi, ramai penyokong-penyokong PKR dan pas di Hulu Selangor tidak berpuas hati yang menyebabkan jentera pembangkang turut lumpuh. Para penyokong PKR bukan sahaja setakat tidak suka kepada Zaid bahkan sanggup meninggalkan parti tersebut. Kesilapan demi kesilapan Anwar selaku ketua pembangkang lakukan, menyebabkan kini semakin ramai penyokong mereka tidak berpuas hati dan bertindak keluar dari parti itu seperti apa yang kata-kata tertulis di Banner yang tergantung berhampiran Kg. Sg. Selinsing dan Kg. Hulu Yam Lama.

P094 : SKRIP TETAP SAMA

SOKONG KERAJAAN JAHAT SOKONG PEMBANGKANG BAIK - SKRIP LAMA HUSSAM
Skrip Pembangkang sentiasa sama dalam mempertahankan calon mereka. Kita terus dianggap baik dan boleh memasuki syurga jika hari ini kita menyokong pembangkang. Pas amat mudah menilai sesaorang asalkan mengikut angin mereka. Jika menyokong parti mereka terus kita dianggap baik sebaliknya jika kita menentang maka kita tergolong kedalam penghuni neraka oleh pemimpin mereka.

Apakah perkara dasar wujudnya pembangkang dinegara ini, itu yang penting. Pakatan pembangkang hari ini berjuang kearah konotasi negatif seperti berpakat untuk membuat kejahatan dan ia dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin yang sekadar mahu merampas kuasa dan bukannya ikhlas dalam perjuangannya menolong rakyat. Pembangkang bijak mengadakan cerita supaya ia nya menjadi logik untok dipercayai. Kepetahan Anwar sebagai ketua pembangkang memberi janji dan kenyakinan kepada rakyat tidak seimbang dengan penghijrahan wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka.

Dalam keadaan Hussam duduk mencaci hamun kerajaan dan memuji Zaid di Hulu Selangor pada hari ini pun masih ada lagi pemimpin dari kalangan pembangkang yang bertindak keluar parti menyetai Umno. Dalam politik kita tidak boleh menilai melalui tutur kata sahaja tindakan juga penting. Kita kena faham ada nya yang baik disebabkan ada yang jahat, begitu juga dalam politik ada nya kerajaan sudah tentu adanya pembangkang.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad mengumukan keluar PKR hari ini dan menyertai Umno.Turut berbuat demikian ialah setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin.

Apa makna Hussam memuji Zaid di Hulu Selangor sedangkan kata-katanya kepada Zaid pada April 2005 bila menyifatkan rakyat Kota Bharu tersilap memilih calon kerana mengundi Zaid masih lagi terlekat difikiran rakyat Kelantan. Beliau berkata "malangnya pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Kota Bharu memberi undi kepada calon yang secara terang-terangan menyaman hukum Allah. Mereka perlu insaf dan berisytifar sekarang. Al Quran telah menceritakan apabila berlaku sesuatu perbuatan zalim di kalangan manusia, Allah akan menurunkan bala yang mengena sesiapa sahaja".
Sifat gelojoh Hussam menggunakan agama dalam kepertingan politik memakan diri sendiri di Hulu Selangor. Pendekatan cara pemimpin pas mencari pengaroh di Kelantan kini diguna untok memperbodoh-bodoh pula pengudi di PRK Hulu Selangor. Jalan terbaik bagi Hussam adalah selesaikan dahulu krisis dalaman pemimpin pas di Kelantan kalau beliau benar-benar mahu menolong pas. Tali tersimpul puncanya ada pada beliau, bukan mudah untok diselesaikan. Hussam ada perkara yang tersirat bersama Anwar, bagi Hussam mulut pada pas hatinya pada PKR. Kata-kata pujiannya kepada Zaid kali ini tetap tidak kemana. Apatah lagi untok menghapuskan kata-kata kesat dan caciannya selama ini kepada Zaid.

BN mengamalkan konsep"berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..." berbeza dengan pas walaupun katanya berjuang untok islam, baik dimatanya maka baiklah segalanya...walaupun hakikat sebenarnya jahat. Pokok pangkalnya Allah sudah tunjukkan kepada kita semua melalui percanggahan dan penghijrahan beramai-ramai wakil rakyat dan pemimpin mereka kedalam Umno/BN!.

Thursday, April 22, 2010

P094 : MAD SABU JUGA PANDAI MEMUJI ZAID


KATANYA TOLAK TUAH JIKA TIDAK MENYOKONG...
Suara lunak merdu irama dandut Hudud Kelantan suatu ketika dahulu jarang-jarang berkemandang. Tetapi di Hulu Selangor kali ini, Mad Sabu orang kesayangan Nik Aziz yang mempunyai kepetahan yang dianugerah oleh Allah yang luar biasa mengatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Mad Sabu yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS pusat tersebut ternyata kehabisan isu untok menyatakan sokongan nya kepada Zaid. Adakah kerana menghalang exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA itu membela rakyat? bagaimana pula dengan kes murtad Lina Joy,beginilah cara pemimpin pas ketika berada diatas pentas.

Bagi rakyat Kelantan kenal dan sudah masak dengan perangai Zaid, gelas yang selalu beliau guna dan kegemaran utamanya pun rakyat Kelantan tahu. Umno Bahagian Kota Bharu lumpuh seketika dibawah pentadbiran Zaid selaku ketua Bahagian. Bertapa bencinya kepada Zaid menyebabkan beliau disisih di Bahagiannya sendiri. Dalam ceramahnya tersebut Mad Sabu buat-buat tidak mengenali secara dekat Zaid dengan cara cuba menggelirukan pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Beberapa kali Zaid cuba mengugut akan keluar dari Umno, perjuangan Zaid dalam Umno bukan untok menolong rakyat tetapi sebaliknya banyak menimbulkan masalah kepada rakyat. Inilah cara Zaid yang dikatakan berperinsip dan membawa tuah kepada pengundi di Hulu Selangor.

Diatas sikap yang begitu senoni dengan kemungkaran Zaid libialiti kepada Umno Kelantan juga BN. Kelemahan ini diambil kesempatan oleh pemimpin pas Kelantan khasnya penceramah terkenalnya Mad Sabu. Kini Umno Kelantan merasa lega dengan ketiadaan Zaid dalam Umno dengan menyertai PKR walaupun ia tidak mahu menyerah bangunan hak milik Umno bahagian di Kota Bharu.

Pemimpin parti pembangkang yang seangkatan dengannya terutama Anwar sudah kenal siapa Zaid. Anwar memilih Zaid sebagai calon sebenarnya mempunyai motif tertentu terutama tentang dirinya sendiri. Anwar yang terlibat dengan kes liwat dan bercita-cita mahu menjadi PM sudah tentu memerlukan orang seperti Zaid yang pernah memegang jawatan menteri ketika Tun Abdullah Badawi menjadi PM.

Kerusi Zaid tetap panas... sekali pun ia memenangi pilihan raya tersebut. Mad Sabu jangan lupa kerana prinsip Zaid yang dipuji-pujinya itu juga akan memporakperandakan pembangkang suatu masa nanti khasnya dalam PKR. Mad Sabu juga jangan lupa, jawatan menteri sanggup letak jawatan kerana memprotes Kerajaan mempertahkan keamanan dan keutuhan islam yang sudah lama terbukti dan beliau sendiri juga menikmati hasilnya inikan pula sekadar bersepakat dengan Anwar dan kuncu-kuncunya mahu menjatuhkan Umno dan kerajaan semata-mata bertujuan gila kepada kuasa dan mengejar kepentingan pribadi dan dunia sahaja.

Wednesday, April 21, 2010

AS KATA ANWAR TALAM DUA MUKA


BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila rakannya di Amerika Syarikat (AS) mula sedar beliau adalah pemimpin talam dua muka.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Anwar berhubung isu Apco menyedarkan mereka yang Anwar tidak berpegang kepada prinsip sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan politik.
"Dia (Anwar) ini suka perlekeh AS maka dia ditempelak balik sebab kawan-kawan dia lihat dia pemimpin talam dua muka. Kerana selama ini banyak pemimpin AS termasuk yang keturunan Yahudi menjadi kawan baik dia. "Tetapi sekarang ini dia bawa balik cerita Apco ada kaitan Yahudi. Jadi mereka kata, apa pulak nak jadikan ini isu, ini tidak benar sama sekali, maka dia (Anwar) dah rugi di AS.

"Kenapa? Boleh jadi nak sangat menang di Hulu Selangor. Kerana nak menang, dia cakap apa yang orang sini boleh terima untuk dapat keuntungan politik walaupun rugi di sana (AS).

"Ini jelas terbukti sekali lagi mainan politiknya. Bukan soal prinsip," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Naib-naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas dan calon BN, P Kamalanat

P094 : ZAID BERTAUBAT ORANG LAIN PULA MENANGGUNG DOSA

DEMI SATU UNDI PAS SANGGUP MENGHURU HARA SATU KAMPONG, DEMI MEMENANGI SEORANG CALON PAS SANGGUP MENGHURU HARA SATU NEGARA...
Pilihan raya di Hulu Selangor semakin hangat dan kehangatannya telah menenggelamkan pertandingan bola sepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Letupan gunung berapi yang lama "dormant" di Iceland juga tidak diendah dan dijadikan sebagai pengajaran. Pilihan raya kali ini tidak ubah seperti pesta, gegak gemita perumpamaan macam mahu kiamat. Perbahasan yang hebat segenap pelusuk bersabit dengan pengakuan Zaid ketagih arak.
Dihari penamaan calon SPR mengesahkan 4 calon yang bertanding, calon BN, PKR dan dua calon bebas tetapi sekarang kedua-dua calon bebas tersebut sudah menarik diri. Kini tumpuan diberikan kepadaBN dan PKR untok menentukan siapa yang terpilih pada 25 April nanti. Adakah pemilihan pengundi kali ini memilih sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat atau memilih individu yang hanya sekadar menabur janji dan tidak pernah membuktinya melalui tindakan.
Siapa tidak kenal Anwar, semakin orang mendekati Anwar maka semakin menyedari dan memahami peribadi beliau.Anwar ditinggaloleh rakan-rakan lamanya satu demi satu dalam PKR. Sepaptutnya para pengundi di Hulu Selangor boleh fikir sendiri kenapa terjadi sedemikian. Selepas hari penamaan calon beberapa hari lepas sudah berapa ramai pemimpin dan penyokong parti itu meninggalkan PKR. Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.Peguamnya, Zainur Zakaria juga orang kuat Anwar dalam mempertahankan kes liwatnya juga turut meninggalkan Anwar dan terbaru dua hari lepas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR pula mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno bersama Ketua Penerangan Wanita Perak, Suraya Sulaiman dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita Perak, Roshanita Mohd. Basir. Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagan pada ceramah di Ampang Pecah menggeluarkan kenyataan dalam ceramahnya bahawa ada lagi MP PKR akan berpaling tadah.
Kalau sebelum ini tindakkan lompat parti oleh wakil rakyat PKR dan penyokongnya mungkin tidak ada kena mengena dengan pemilihan Zaid sebagai calon Hulu Selangor, tetapi sekarang siapa berani mengatakan tindakkan keluar parti tersebut tiada kaitan dengan Zaid sebagai calon? Zaid dalam politik seperti juga Anwar, siapa tidak kenal Zaid. Kalau Anwar juga asalnya dari Umno, Zaid juga sedemikian yang bezanya Anwar dipecat tetapi Zaid disebabkan bantahannya tidak diendahkan oleh Tun Abdullah sebagai PM berkaitan dengan ISA. Rekod Kedua-dua pemimpin ini ada pada Umno. Kedua-dua pemimpin ini juga yang terlalu lantang menghentam Pas suatu ketika dahulu, Anwar mengumpamakan Ulama pas sebagai terompah kayu. Zaid pula bertindak sebagai hero menyekat hukum hudud pas di Kelantan sehingga membawanya ke Mahkamah. Sikap liberal Zaid menyokong secara terbuka berhubung isu Lina Joy.

Hukum Hudud sudah tenggelam disebabkan Pas berkerjasama dengan DAP. Zaid ditantang kembali oleh pemimpin pas umpama setia pengikutnya kepada pemimpin pas. Demi satu undi - PAS sanggup menghuruharakan satu kampong, demi memenangi calonnya pas sanggup menghuruharakan seluruh negara. Perinsip perjuangannya sudah dilupakan, ditinggalkan bersama kertas-kertas undi.Islam naik dan turun mengikut pertimbangan akal para pemimpin PAS juga bergantung kepada undi! Keperibadian Islam dihiasi dengan cantik disaluti dengan jubah dan serban dalam hati masing-masing penuh dengan agenda DAP

Zaid sudah bertaubat, tetapi oarang lain pula yang berdosa. Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. Katanya lagi jika (Umno) main isu Zaid ini, Pas akan mainkan isu semua Perdana Menteri tersebut. Beginilah cara pemimpin pas, bila sudah terang dan empunya diri pun mengaku masih lagi mahu memutarbelit isu. Andaikata Anwar juga mengaku beliau meliwat Saiful sudah tentu akan ada pemimpin pas mengatakan pemimpin Umno juga ada terlibat dengan liwat. Blogger pembangkang yang curang dari kebenaran turut menyembunyikan perkara sebenar. Mereka menulis mengikut gerak hatinya sendiri. Akhir kalam syabas untok Zaid kerana sudah bertaubat, semuga Allah mengampuni dosa-dosanya selama ini tetapi Zaid tetap tidak layak dipilih sebagai sebagai calon PRK Hulu Selangor memandangkan masih ramai lagi calon-calon yang layak yang lebih baik dari Zaid. Percaturan Anwar sudah tepat, ternyata Zaid tidak boleh menentukan masa depannya dalam PKR selagi ada Azmin Ali.

Monday, April 19, 2010

P094 : PERHITUNGAN ANTARA ZAID DAN AZMIN DALAM PKR

KENAPA ANWAR MEMILIH ZAID DAN KENAPA DS NAJID MEMILIH P.KAMALANATHAN?

Terlebih dahulu sekalong penghargaan dan pujian tertinggi patut diberikan kepada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam ketegasan serta bijak menangani isu pemilihan calon menurut kemahuan rakyat.Pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon bebas iaitu V.S. Chandran dan Johan Mohd. Diah.
Dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR, boleh dikatakan peluang BN untuk menang adalah lebih cerah. BN seharusnya tidak mensasarkan sekadar untuk menang, tetapi harus mensasarkan suatu kemenangan besar bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib dan memulihkan kembali semangat ahli-ahli BN yang lain. BN sudah pasti akan meraih sekurang-kurangnya 10% undi dari kaum India dan 15% dari kaum Cina. Kaum Melayu dari UMNO akan memberi sokongan penuh sekurang-kurangnya 40%, dengan perkiraan ini sudah pasti BN akan menang mudah di P94 Hulu Selangor 25 April nanti.
Hulu Selangor merupakan kubu kuat, sudah empat penggal dimiliki oleh BN sudah tentu tidak mudah di tawan oleh pembangkang. Kemenangan PKR pada PRU 12 dengan majoriti 189 undi tidak menjadi halangan untok BN merampas kembali pada PRK kali ini,memandangkan calon PKR yang memenangi kerusi yang lepas juga berasal dari UMNO dan pernah memegang jawatan tinggi dalam UMNO serta beliau juga banyak berjasa kepada penduduk di Hulu Selangor.
Samy Vellu juga telah dapat berkompromi dalam isu pemilihan calon di Hulu Selangor. Walau pun dengan hati yang tidak berapa ikhlas, kita tidak boleh menafikan ada sedikit sebanyak sumbangan Samy Vellu jika BN berjaya memperolehi kemenangan besar pada PRK kali ini. Dengan persetujuan yang ditunjukkan ianya sudah tentu dapat mengelak dari berlakunya pecahan undi kaum India terhadap BN.
Penyokong pas di Hulu Selangor juga rata-rata kecewa Zaid dipilih sebagai calon. Para penyokong Pas yang lain juga dilaporkan terkejut mendengar cerita-cerita bahawa Zaid yang akan mereka pilih atas dasar ia Melayu dan Islam merupakan seorang peminum arak yang menjadi bualan sana sini juga oleh penulis blog merupakan gaya hidup liberal yang menyimpang jauh dari pegangan Islam dan adat budaya Melayu.Pilihan keatas Zaid sebagai calon adalah keinginan Anwar dan juga DAP.
Anwar terkenal dengan kebijaksanaan mencipta isu-isu, bagi beliau tidak peduli sama ada mereka bercakap benar atau tidak, tetapi yang penting bagi mereka adalah menghentam dan memastikan imej BN dan Kerajaan buruk di mata rakyat lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan pilihan raya.Kalau Anwar perlu bersumpah untok mengesahkan beliau bukan peliwat manakala Zaid pula perlu bersumpah bahawa beliau tidak seorang peminum arak dan judi. Jika tidak apakah penyokong Pas dan orang Islam lain akan mengundi manusia yang hanya mengaku Islam pada bibir tapi khabarnya kaki liwat dan ketagihan arak tegar.
Kenapa Azmin mencabar blogger bagi membuktikan Zaid tidak terlibat dengan kaki arak ? sedangkan Haji Hadi telah mengakui kesah itu sebelum Zaid ke Mekkah dan Zaid mengakui sekarang tidak lagi. Apakah tujuan Azmin membuat kenyataan sedemikian dan apakah yang tersirat sebenar dihati Anwar memilih Zaid sebagai calon sedangkan cara hidup Zaid bergitu berlawanan sekali dengan prinsip pas perjuangkan.
PKR hari ini sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak menentu arah tuju nya. Ramai pemimpin-pemimpin atasannya sudah sedar dan bertindak keluar meninggalkan PKR. Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar semalam telah mengumumkan keluar dari PKR dan berkuat kuasa serta merta.Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa juga turut mengumumkan keluar parti.
Mereka mengambil tindakan sedemikian kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, itu sebagai calon katanya pemilihan tersebut bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya sekadar untuk menjaga Anwar sebagai benteng serta pembela Anwar di Parlimen bagi menghadapi kes liwatnya.
Penyokong-penyokongnya dari kaum Cina dan India juga sudah turut hilang kepercayaannya terhadap PKR. Selama PR memerintah Selangor tidak ada langsung program-program yang di buat khas untuk kaum India.Kini kaum India sudah sedar bahawa tiada parti lain lagi selain BN yang dapat membela nasib semua kaum di Negara ini.

Friday, April 16, 2010

PRK P94 : ZAID CALON YANG TERLEBIH BIJAK


ZAID MENYERTAI PKR HANYA SEKADAR MELENGKAP JIWANYA SECUCUK DENGAN ANWAR JAUH SEKALI BERJUANG UNTOK MENOLONG RAKYAT
Wakil rakyat yang rapat dan menjadi orang kuat Anwar sekian lama pun boleh bertindak keluar dari PKR walaupun disaat-saat Anwar memerlukan semangat dan pertolongan. Apatah lagi Zaid yang baru kenal PKR sudah tentu tiada lagi jasa-jasa dan belum teruji lagi kepada Anwar dan PKR. Pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor walaupun dianggap tepat oleh pengarah plihan raya pas Kelantan Abdul Fatah Harun, kenyataan seperti itu tidak ubah lebih kepada mahu menjaga hati rakan seperjuangan memandangkan sebelum ini Zaid begitu dikecam oleh pas dan merupakan salah seorang penentang hudud pas paling hebat di Kelantan sehingga sanggup membawa kes tersebut ke Mahkamah.

Zaid sebenarnya bukan lawan PKR, Pas atau DAP. Sifat dan tingkalaku Zaid banyak persamaan dengan pemimpin parti pembangkang tersebut, sebab itulah beliau sanggup bertindak keluar dari Umno sekaligus meninggalkan jawatan menteri undang-undang yang diberi oleh Tun Abdullah Badawi pada tahun 2008 kerana kononya sebagai bantahan kepada penahanan Exca Selangor Teresa Kok, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina dan seorang blogger mengikut ISA ketika itu. Beliau juga suka menimbul dan membuat masalah kepada Perdana Menteri Tun Abdullah dimasa itu.Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman.

Umno Kelantan kenal siapa Zaid lebih-lebih lagi Umno Bahagian Kota Bharu. Zaid sepanjang pentadbirannya bukan sahaja tidak menolong rakyat bahkan beliau juga penyebab masalah kepada rakyat. Beliau yang juga pernah memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu. Pengalaman buruk ketika beliau keluar meninggal Umno dan menyertai PKR tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Pehak Umno Bahagian Kota Bharu terpaksa membuat laporan polis terhadap Zaid kerana keengganannya menyerahkan bangunan milik Umno di Bandar Kota Bharu. Pengundi di Hulu Selangor harus waspada memandangkan musim pilihan raya semuanya nampak indah dan cantik, apabila tersalah pilih dan setelah memiliki jawatan bukan setakat tidak menolong rakyat sahaja bahkan lebih meyusahkan rakyat dan kerajaan. Kalau dikawasannya sendiri dan tempat kelahirannya Zaid boleh bertindak sedemikian apatah lagi di Hulu Selangor? Zaid menyertai PKR sekadar melengkapkan jiwanya yang secucuk dengan Anwar jauh sekali untok dikatakan perjuangannya untok menolong melayu dan Islam di negara ini.

Thursday, April 15, 2010

PRK P94 : WASPADA MUSLIHAT PEMBANGKANG!


PKR TIDAK RELEVEN LAGI... SATU PERSATU WAKIL RAKYATNYA KELUAR PARTI!

Semasa sibuk BN menentukan siapa calon PRK Hulu Selangor,PKR kehilangan seorang lagi wakil rakyat.Kali ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Arang,Kedah,Tan Wei Shu pula.Beliau mengumumkan keputusannya keluar parti itu sertamerta untuk menjadi ADUN Bebas dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang Khamis.Katanya beliau mengambil tindakan ini kerana kecewa terhadap pimpinan PKR.Wei Shu sebelum ini adalah Ahli Exco kerajaan Negeri.Beliau tidak dilantik semula dalam rombakan Exco baru-baru ini. Beliau adalah ADUN PKR kedua di Kedah yang keluar parti.Tidak lama dulu ADUN Lunas Mohamad Radzi Salleh keluar dari parti itu.Radzi keluar semasa beliau berjawatan Exco.

Dalam sibuk Anwar dan kuncu-kuncunya mefitnah BN dengan pelbagai perkara termasok menyebar fitnah mengatakan BN akan menaja 10 wakil calon bebas menjelang pilihan raya Hulu Selangor dengan perbelanjaan hampir 10 juta, tiba-tiba seorang lagi wakil rakyat mereka meninggalkan parti itu. Anwar suka kepada publisiti dan suka mencipta isu agar beliau setiasa dimata rakyat terus releven tetapi sayang lepas satu persatu wakil rakyat mereka meninggalkan parti itu.

Kalau di PRK sebelum ini Pembangkang selalu membangkitkan soal pengundi hantu(kecuali PRK Manik Urai)bagaimana pula yang akan berlaku di P94 Hulu Selangor sama-samalah kita tunggu. SPR juga turut terlibat dituduh oleh pembangkang dengan menuduh badan bebas itu sebagai penipu dan bermatlamat untok memenangi BN. Diharapkan semuga pilihan raya kali ini berjalan lancar sama-sama menjaga supaya amalan demokrasi dinegara ini tidak dicemari lagi dengan unsur-unsur jahat. Semuga Allah membuka hati Anwar dan kuncu-kuncunya dengan mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.


PRK P94 : KETUA PENERANGAN MIC LAWAN ZAID

SATU LANGKAH BIJAK DIAMBIL OLEH KEPIMPINAN BN

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamala

nathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan berasal dari Rawang juga berdekatan dengan kawasan pengundian tersebut.


Malaysiakini

Wednesday, April 14, 2010

SEMANGAT 1M : KENAPA MIC TIDAK SEPERTI UMNO?


MASIH RELEVEN LAGIKAH MIC PARTI KOMPONEN BN DALAM KONSEP 1M?

Kemahuan sudah dituruti, apa sebenar masalah lagi dalam kempimpinan MIC menjelang pengistiharan calon BN petang ini kita pun tidak pasti. Keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon perlu dihormati. Tidak sepatutnya 30 ketua dari 72 cawangan MIC hulu Selangor katanya mahu memprotes membubarkan cawangan jika Palanivel tidak terpilih. Kerja keras BN tidak cukup untok memenangi calon BN di Hulu Selangor jika tiada kesepakatan dalam MIC. Angin perubahan yang dibawa oleh DS Najib sebagai Pengerusi BN dan juga sebagai Perdana Menteri sudah ada kepada pengundi tinggal lagi sejauhmana kesepakatan komponen BN ketika berdepan dengan pilihan raya itu sahaja.

Lanskap politik di Selangor akan turut berubah dan kesinambungannya sebagai penentu kepada BN dan penerimaan rakyat terhadap BN dan kerajaan. Perkara ini seharusnya difikirkan oleh pemimpin MIC bukan hanya setakat mahu mengikut kemahuan sendiri sahaja.Keputusan pilihan raya di Hulu Selangor begitu penting memandangkan pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya pertama selepas Anwar berdepan dengan pemibicaraan kes liwatnya di Mahkamah. Kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada ketua pembangkang itu sudah merosot, seandainya keputusan pilihan raya tersebut masih lagi memihak kepada PKR bermakna isyarat yang tidak baik kepada BN dan kerajaan ketika menghadapi piliha raya ke 13 nanti.

Umno merupakan tunggak kekuatan BN yang telah banyak membuat perubahan, tetapi perkara ini tidak menjadi ikutan dalam MIC. Sikap diberi betis mahu pula paha tidak menguntongkan mana-mana pihak, tambahan pula ketika kita berdepan dengan musuh dalam pilihan raya tetapi ini tetap juga berlaku dan masih menebal dikalangan pemimpin MIC. Kali ini kita mengharapkan DS Najib bertegas tidak mengikut tekanan mana-mana pihak dalam MIC khususnya dalam soal penentuan calon BN petang ini. Pemimpin BN jangan semata-mata mengambil hati Samy Vellu seandainya ada calon lain yang terlebih baik dan sesuai dengan citarasa pengundi di Hulu Selangor masa kini.

Calon anak tempatan, memahami kehendak rakyat dan popular dalam kalangan akar umbi itu pilihan terbaik. Datuk G Palanivel tidak releven lagi walaupun beliau memegang jawatan Timbalan Presiden MIC kerana tidak menepati ciri-ciri tersebut. Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V Mugilan lebih popular berbanding dengan Palanivel.Maklumat yang diterima menjelang pengumuman calon oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin petang ini Dr Mohd Farid Ravi Abdullah iaitu pensyarah di Univesiti Sains Islam Malaysia(USIM) juga disebut calon yang sesuai memandangkan beliau juga dari keturunan India beragama Islam dan juga dari MIC.


Tuesday, April 13, 2010

MIC, SAMY DAN PALANIVEL


PRK HULU SELANGOR - KEKUATAN MIC KAYU PENGUKUR BUAT BN

Ada juga orang mengatakan PM DS Najib mengikut rentak Samy Vellu, sebenarnya tidak. Ada juga orang mengatakan kemungkinan Palanivel melepaskan jawatan dalam parti jika tidak dipilih sebagai calon, itu kena tanya Samy Vellu. DS Najib lebih kepada mahu mengekal tradisi berkongsi kuasa dalam BN sesuai dengan konsep 1Malaysia yang DS Najib lancarkan. DS Najib terpaksa mengenepikan rasa hati beliau sendiri demi menggelak dari tanggapan rasis.

Hulu Selangor terdapat 65,000 pemilih. Melayu 34.000 atau 52.7% merupakan golongan majoriti berbanding dengan kaum Cina 16,964(26.3%) dan India cuma 12,453(19.36%) sahaja.Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu harus menerima dengan hati terbuka kuasa prerogatif DS Najib yang juga Pengerusi BN untuk meletak siapa sahaja daripada MIC yang diyakini calon terbaik untuk bertanding di Hulu Selangor pada 25 April ini.

Selepas teka teki pertama terjawab dengan MIC kekal mewakili kerusi parlimen itu, teka teki kedua mengenai siapa calon pula yang menjadi masalah. Desas desus tidak boleh disembunyikan lagi Palanivel adalah pilihan Samy Vellu. Hasrat BN mahu melihat PRK Hulu Selangor kali ini dimiliki oleh BN adakah tercapai jika mengikut calon pilihan Samy Vellu tersebut. Perkara inilah yang menjadi bualan hangat menjelang PRK kali ini, yang jelas menerusi tinjauan dari pelbagai pihak calon pilihan Samy Vellu tersebut boleh memberi senario yang suram bagi BN jika Palanivel yang menjadi taruhan.Setback itu dan polimek yang pasti berbangkit dengan sendirinya boleh mempengaruhi mood jentera BN pada pilihanraya tersebut.

Situasi ini juga bertentangan dengan kenyataan TPM Muhyiddin yang telah memberi gambaran dengan mengatakan calon BN(MIC) di Hulu Selangor adalah anak tempatan. Adakah jambatan yang dibina dengan baik akan runtuh menjelang piliharaya nanti. Pilihanraya kecil ini juga penentu buat kedua2 parti yang bertanding menjelang PRU ke 13 akan datang. Samy Vellu seharusnya menerima kehendak parti komponen BN yang lain bukannya melihat disekitar kiri kanannya sahaja yang lebih kepada kepentingan MIC dan kaum India semata-mata. Sepatutnya MIC berterima kasih kepada DS Najib dan BN kerana memberi kepercayaan kepada MIC sekali lagi memandangkan calon-calon MIC yang mewakili BN dalam PRU12 lepas yang kalah teruk termasok presidennya sendiri Samy Vellu.


PRK P94 : 25 APRIL ZAID CALON PKR

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurutsumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Saturday, April 3, 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR


Mengundi 25 April

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April ini manakala penamaan calon pula pada 17 April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tarikh mengundi bagi pengundi pos pula akan dilaksanakan dua hari sebelum tarikh pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 26 Mac lalu.

"SPR telah menerima pemakluman secara rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac.

"Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 48 pusat mengundi melibatkan 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi akan digunakan pada pilihan raya itu.

Menurutnya, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan juga pusat penjumlahan rasmi undi.

"Kawasan pilihan raya Parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

"Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus," katanya.

Menurut beliau, SPR akan menggunakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar.

"Saya akan mengumumkan mengenainya secara terperinci pada hari penamaan calon nanti dan SPR akan menguatkuasanya dengan bantuan pihak polis," katanya.