Sunday, November 28, 2010

DUN SELISING PARLIMEN PASIR PUTEH KELANTAN 103 ANGGOTA PAS MENYERTAI UMNO

BERTINDAK KERANA BERJUANG DALAM PAS TIDAK MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ISLAM

Seramai 103 bekas anggota PAS, termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan DUN Selising dalam Parlimen Pasir Puteh, bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan.

"Saya sedar perjuangan PAS selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.
Nordin yang mula menyertai PAS selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.

PejuangMaya

No comments:

Post a Comment