Thursday, December 2, 2010

NASIB PRESIDEN PAS DAN PKR


KE MANA PERGINYA HADI DAN AZIZAH?

Adakah keputusan Anwar mahu melantik Lim kit siang sebagai TPM sudah dibincang bila mereka dapat memerintah?. Kalau presiden PKR Azizah merupakan isteri Anwar sudah tentu keputusannya ada pada Anwar tetapi bagaimana pula dengan Pas adakah perbincangan sudah dibuat dengan Haji Hadi?. Soal pas Anwar mengguna Nik Aziz, Haji Hadi tidak dapat bersuara jika bersuara pun dibahas siang-siang oleh Nik Aziz, Hadi sudah menjadi "patah kuku", UG Pas-Umno cadangan Hadi ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz suatu ketika dahulu sebaliknya Nik Aziz dan Anwar melontar kesalahannya pula kepada Umno.

Dalam pakatan Nik Aziz dan Anwar seolah ada "pakatan dalam pakatan" tak mahu kepada Hj Hadi naik jadi TPM mungkin Hadi juga sedar perkara ini. Sudah tentu kalau anwar offer kepasa Pas, maka Hj Hadi yang akan dapat jawatan itu dan ini yang Nik Aziz dan Anwar tidak mahu. Nik Aziz ada Hussam sudah tentu Hussam akan diberi jawatan menteri kanan oleh Anwar tiada masalah asal tidak Haji Hadi menjadi TPM lagi pun rekord Hadi tidak sejernih Nik Aziz dengan Anwar. Hadi pernah menggeluar kenyataan 16 September Anwar adalah angan-angan Mat Jenin walaupun apa kata Hadi itu benar tapi tidak disukai oleh Nik Aziz lebih-lebih lagi Anwar.

Hj Hadi lebih kepada suka berdiam diri sebab jika beliau memberi komen sesuatu kepada Nik Aziz dan juga PKR beliau akan senasib dengan Zaid Ibrahim dalam PKR(Sudah keluar). Anwar seorang pemimpin penuh dengan angan-angan dan tipu muslihat, manakala Nik Aziz pula seorang pemimpin yang tidak sedar diri dan kemaruk kepada kuasa.

No comments:

Post a Comment