Monday, May 23, 2011

PRU 13 - LEBIH KEPADA SYURGA ATAU NERAKA?


JAUHKAN DIRI DARI MENDEKATI SIFAT SYAITAN ATAU IBLIS...

Kalau terlibat dengan politik sudah tentu anda akan tau dan dengar macam-macam kerenah orang politik. Di negara ini ada dua kaum besar iaitu Melayu dan Cina.DAP dan MCA adalah dua parti mewakili orang Cina terbesar. Manakala Umno dan Pas adalah dua parti terbesar mewakili melayu.

Jika dilihat dari feel perangai dan bahasa orang politik sudah tentu berbeza dan tidak macam orang kebanyakan. Mereka buat atau bercakap sesuatu lebih kepada mempunyai kepertingan masing-masing. Mereka mahukan kepada pengaruh politik supaya mereka dipilih oleh rakyat setiap kali pilihan raya, jika mereka kalah dalam pilihan raya sekaligus pangkat dan kuasa turut mereka juga tergugat.

Selain dari mahu menang jika mereka bertanding mewakili parti, mereka juga mahu parti mereka menang dengan majoriti bagi mempastikan parti mereka wakili memdapat kuasa untok memerintah. Apa cara sekali pun mereka tetap pertahankan sehinggakan bagi mereka yang taksud kepada pemimpin mereka sanggup lakukan apa sahaja. Pas mengambil pendekatan agama untok mendapatkan pengaruh kuasa politik mereka. Agama Islam sekarang dilihat sudah menjadi alat mainan politik pas sedangkan islam itu sendiri bukan untok pas dan pas juga bukan untok islam dengan kata lain Islam itu untok semua umat manusia yang ada didunia ini. Tetapi sayang tokoh-tokoh pas hanya melihat golongan mereka sahaja yang sempurna Islamnya.

Mereka berhujah banyak menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi lebih kearah mengikut kehendak mereka. Gaya dan bahasa mereka semasa berhujah pun kadang kala sudah bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Berceramah penuh dengan kata-kata kesat dan fitnah diawal dan diakhir ucapan sahaja kelihatan baik. Kumpulan pas seperti ini lebih suka menapilkan diri mereka supaya orang percaya mereka lebih berilmu dan bertakwa sebab itu lah mereka mengkafirkan sesama islam pun orang islam lain boleh mempercayai mereka. Amalan syaitan dan iblis yang angkuh, bongkah, takbur dan riak jelas kita dengar melalui bahasa mereka ketika berceramah sedangkan syaitan dan iblis dinerakakan oleh Allah disebabkan perkara tersebut. Mereka membelakangkan ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' dilarang sama sekali memaki hamun dan kemusnahan orang, sedangkan berhala sekali pun Allah larang sebagaimana terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.

Kita tidak heranlah apa-apa pun dalam politik. Kerana mahu kepada pengaruh bukan melayu Nik Aziz sanggup mengepalai kumupan 11 menentang perpaduan sesama melayu dan islam di negara ini. Melalui fatwa-fatwa menggelirukanlah oleh Nik Azizlah Kelantan dapat diperintah oleh pas hingga hari ini. Kerana mahu menjahanam Umnolah Nik Aziz sanggup menyebelahi DAP bila kerajaan UmnoBN berhadapan dengan krisis agama di negara ini. Kerana terlalu gila kepada kuasalah Nik Aziz sanggup menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan mendoakan pemimpin Umno pecah perut. Kerana gila kepada kuasalah Khalid Samad berceramah dalam gereja menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam.

Kerana politik juga UmnoBN bertungkuslumus memberitahu rakyat kemungkaran pas dan pembangkang di negara ini. Tetapi kita semua kena tahu itu juga merupakan tanggongjawab kerajaan UmnoBN bagi mempastikan negara ini tetap aman supaya rakyat dapat hidup mencari rezeki dan beramal ibadat. Kerajaan terpaksa menggunakan berjuta2 duit rakyat dalam mengatasi karenah2 dan gaji/elaun wakil2 rakyat yang tidak berkerja, tidakkah ini pembaziran dan bebanan kepada kerajaan? ada juga orang islam mengatakan kalau tidak kerana tokoh2 pas dan PKR mengkianati fikiran orang melayu sudah tentu islam di bawah pemerintahan Umno lebih kuat lagi di negara ini.

Sepatutnya kita kena tanya dimana amalan tokoh2 islam pas sebenarnya?, adakah isi kandungan dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah,ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran,ayat 10 surah Al-Hujuraat, surah Al-imran ayat 1o3 dan ayat 112 untok orang-orang umno sahaja yang mereka anggap kafir itu? Sepatutnya Pas perjuanglah apa yang Umno tidak buat bersabit dengan kekuatan islam dan menyokong Umno apa yang Umno buat untok kekuatan islam dengan benar2 berpadukan Al-quraan dan hadis mengikut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya dan menjauhi segala larangannya bukan dengan cara apa yang mereka lakukan hari ini dengan menghukum sesuka hati orang yang mengucap dua kalimah syahadat lain sebagai golongan tidak islamik dan tidak layak masuk syurga semata tidak mengikut parti mereka.

Orang Pas tidak boleh menerima Qada' dan Qadar apabila saja kalah dalam sesuatu pilihanraya, kalau menang semua baik dan bagus kalau kalah maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan pengundi pun dianggap hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.

Kalau kita buat dalam keadaan tahu kalau kita sedikit sebanyak dianugerahkan Allah ada ilmu tetapi kita menggunakannya (ilmu) bagi tujuan menggelirukan orang ramai untok kepertingan kita dan kumpulan kita maka orang jenis inilah Allah kata awal2 lagi akan dicampakan ke api neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat semata2 kerana politik. Sebab itulah Nik Aziz menggeluarkan macam-macam fatwa bagi membolehkan mereka buat dan tidak salah. Kalau kita tengok disini Umno lebih kepada tidak tahu apa yang mereka lakukan berbanding pas, tetapi sebaliknya yang teruk adalah pas. Mereka mahu jatuhkan Umno dan gila kepada kuasa maka Pas sanggup lakukan kejahatan lebih daripada Umno lakukan maknanya melalui fahami penulis melalui ayat-ayat Al-Quraan dan hadis diatas maka Paslah didahulukan oleh Allah dihumban ke api neraka bukannya Umno,wallahu'allam...


No comments:

Post a Comment