Tuesday, May 24, 2011

RAKYAT TUNTUT EMPAT PERKARA DARI ANWAR...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRKLjnKYBzWE5fwhwUImaO1YaARl-wNamOPJGMnwh-7W6EnI7SeLAeQvQDroB6lzkb3ZnsNcV6V3dXYCXwzUsMRk5LdheHEGbf8sFS0yuaR6rwhHNegLUP48YX3P7OzZHzzXn_xP0JmNM/s1600/2.jpg

Hasrat Anwar Ibrahim menakluki Putrajaya mungkin kembali cerah jika Anwar Ibrahim berani melakukan empat perkara asas bagi membersihkan namanya yang kini hangat dikaitkan dengan gejala maksiat.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang,Aminah Abdullah berkata,empat perkara yang perlu dilakukan Anwar itu telah dikemukakan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor baru-baru ini.Empat langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar ialah sumpah laknat menafikan dia bukan lelaki dalam video seks,menjalani ujian poligraf,menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUwkhLusRauhGzR3MTrc8jeQZ2SlG25koW5PzKrIyTZ4Y4JHxyNNAgDe1RdoXfQ-SagQtqiMu0CYp01SeEZAIHEMl5vv5ihWcE-OoOKve2vAj7U0TyU4orMGqiYJXZAs9B2sFP-ITUm4c/s1600/1.jpg

UTUSAN melaporkan Menurut Aminah,menerusi empat perkara itu juga Anwar mampu membuka mata rakyat dan menarik kembali penyokong yang sebahagiannya berada dalam keadaan serba salah untuk terus memberi sokongan.

''Kalau betul dia tidak buat semua dakwaan dan tuduhan ke atasnya itu,sekurang-kurangnya salah satu daripada empat perkara itu dia telah lakukan.Perkara ini sudah terlalu lama,rakyat pun tunggu dah lama sangat.Kita nak tahu kenapa dia nak tangguh, kenapa dia mesti takut, kenapa masih teragak-agak. Kalau dia sendiri tidak tahan dengan pelbagai tohmahan, dia yang perlu mudahkan situasi ini, buat sahaja pengakuan telus,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDg3UGamN__fN63o86Dc6rd1Fi_cubBxabmyok2i2VUYj6PMU18ukyJaAY7MtFU6SX0p4kL4uNQEkJNBU5kFdlRYXEhyphenhyphenwI-de3sBErYa4GrCAZupTusIK_12tRwCbaGczz3lC9kIuo9Oc/s1600/1.jpg

Sementara itu,bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK),SD Johari Md. Yassin mendesak Anwar supaya menghentikan sandiwara yang turut memperbodohkan isterinya sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya,Anwar harus berasa malu kerana kononnya beliau adalah seorang pemimpin yang membawa prinsip Islam dan meletakkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan tetapi rupa-rupanya didakwa hebat dalam kancah maksiat.

''Anwar sememangnya tidak cerdik kerana peluang yang ada tidak digunakan sebaik-baiknya. Beliau mempunyai harapan yang besar untuk dihormati jika berani,'' katanya.

Beliau berkata,desakan terhadap Anwar pada masa ini sudah tidak praktikal sebaliknya orang ramai perlu mendesak Wan Azizah dan anak mereka,Nurul Izzah.Wan Azizah perlu berhenti daripada dunia politik kerana kehadirannya selama ini termasuk Nurul Izzah adalah sebagai tukang fitnah demi mempertahankan keluarga dan keaiban mereka sendiri.

''Apa yang telah mereka berdua lakukan selama ini ??? Mereka sebenarnya sangat gagal untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Ini kerana mereka terlalu sibuk menutup maksiat Anwar,'' ujar beliau.

ADAKAH ANWAR AKAN BERANI MELAKUKAN SALAH SATU DARI PERKARA ITU ???

KALAU ANWAR BERANI MAKA JELAS LAH ANWAR ANAK JANTAN !!!

RAKYAT MALAYSIA AKAN TABIK PADA ANWAR DAN PERCAYA ANWAR TIDAK MELAKUKANNYA !!!


No comments:

Post a Comment