Wednesday, May 2, 2012

Demonstrasi halal untuk guling kerajaan


NIK Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar kepada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 di PUTIK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.
Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.

Utusan Online
...

No comments:

Post a Comment