Sejauhmana politik boleh menghalalkan cara, tiada siapa yang boleh memberi jawaban yang tepat. Tetapi kalau dalam urusan agama bila kita buat silap atau menyeleweng dari landasan islam sebenar, ramai orang islam lain dapat menilainya.Al-Quraan, Hadis dan Sunnah Nabi sudah memperjelaskan dan memberi tunjuk ajar kepada kita mengikut islam sebenar2nya. Tidak kira dari golongan mana dan siapa orang itu jika ia menyeleweng dari islam maka "nerakalah tempatnya".
Orang islam dalam negara kita pada hari ini seolah jika tersilap menyokong sesebuah parti politik(Umno-Pas) boleh menentukan samada kita masuk syurga atau neraka.Orang islam di negara ini seakan terperangkap dan ada batasan lain lagi bukan sahaja mengikut ajaran islam yang sebenar. Amalan islam kita baik, kita pun sudah ikut cara kehendak islam sebenar tetapi kita tersilap pilih parti tidak lagi menjamin kita masuk syurga janji Allah, besar dan hebatnya pengaruh politik di negara ini. Kita masih ingat Pas pernah mengkafirkan Umno dan Umno tidak pernah mengkafirkan Pas.
Jika sudah kita kenalpasti kesilapan sesaorang pemimpin politik tersebut dalam membuat kenyataan yang bercanggah dengan islam tetapi disebabkan keterampilan fizikalnya lebih islam berserban berjubah orang lain sekadar songkok maka kita rasa kita lebih islam sedangkan hati kita sendiri hitam legam disaluti dosa2 kianat dengki dan segala hak syaitan suka ada pada hati kita tapi dunia pada hari ini golongan inilah diangkat dan di junjung sebaliknya golongan yang mempertahankan kebenaran sebenar dicaci dan dihina-Wallahhu'Allam.
No comments:
Post a Comment