Followers

Monday, February 2, 2009

SURAT AKUJANJI ANWAR UNTOK 2 ADUN PKR


Dua ADUN PKR nafi letak jawatan
01/02/2009 10:01pm

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan online.

Lihatlah betapa gabranya Anwar. Dia menggunakan surat akujanji 2 ADUN tersebut sebagai kenyataan bahawa keduanya telah meletakkan Jawatan. Di satu sudut mengatakan hinanya Melompat Parti tapi dia mengalu-alukan Nasaruddin melompat Parti.Jamaluddin dan Osman Jail belum buat apa-apa pengumuman lagi. Tapi mereka telah dianiaya melalui Surat Akujanji yang Anwar paksakan kedua mereka tandatangan terdahulu. Dalam Surat Akujanji tersebut, sekiranya Melompat Parti akan dianggap Meletakkan Jawatan sebagai ADUN.

Persoalannya, adakah surat itu sah di sisi Undang-undang Pilihanraya? Anwar telah terperangkap lagi... Kelemahan Anwar ialah Cepat Melatah dan semua orang tahu kelemahannya ini.

SPR tidak akan melayan hal tersebut. Surat Yang Dipertua Dewan akan dikaji dan SPR ada hak untuk mengesahkan sendiri daripada 2 orang ADUN ini samada mereka melatakkan Jawatan ataupun tidak.

Sekarang siapa yang mengamalkan Undang-undang Anti Lompat?
Dan yang paling penting di sini. Osman dan Jamaluddin tiada pun membuat sebarang pengumuman.

Kini seorang lagi ADUN DAP akan keluar parti. Beliau ialah ADUN Jelapang.

BERITA TERPECAH:
Seorang lagi hilang!!!!! Timbalan Speaker DUN Perak daripada DAP HEE YIT FONG dilaporkan "hilang". Ini ekoran beliau tidak hadir MAJLIS DAP dan mensyuarat dengan MB Perak hari ini. Usaha DAP hubunginya melalui telefon juga tidak berhasil. Beliau dikatakan TIDAK SEHALUAN dengan Pengerusi DAP Perak.

Khabar angin mengatakan beliau akan memasuki parti MCA bagi mencukupkan majoriti untuk Barisan Nasional menubuh kerajaan di Perak.

Sebelum ini 2 ahli EXCO Kerajaan negeri Perak di jangka akan menyertai Barisan Nasional. Beliau ialah Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jail.

Pengamal Undang-undang menyatakan sekiranya, ADA SURAT TERBARU DARIPADA 2 EXCO PERAK menyatakan tidak letak jawatan MAKA SURAT AWAL SEBELUM PEGANG JAWATAN adalah dengan ini TERBATAL!!!!


Perakbangkit.



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..