Followers

Sunday, June 7, 2009

MASUK SYURGA KAH NIK AZIZ KALAU BERJAYA MENGHAPUSKAN UMNO?

KENAPA NIK AZIZ SUKA SANGAT BURUK SANGKA KEPADA UMNO?

Menjaga hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalam hati sukar diduga, manakala fikiran mampu melangkau batas dan sempadan. Satu dari pada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakan daripada buruk sangka.

Allah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat pada sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Bergitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.

Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.

NIK AZIZ ADALAH ULAMA POLITIK - Beginikah sifat seorang Islam sebenar?

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai "mengarut" dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam.

Nik Aziz berkata kerajaan dibawah kepimpinannya(Kelantan) lebih mengenali umno berbanding dengan individu dan kerajaan negeri lain. Nik Aziz juga mengatakan Umno juga yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Bukan setakat Nik Aziz tidak bersetuju "berkerjasama dengan Umno"apa sebaliknya pula Nik Aziz mahu mengajak rakyat supaya menentang kerajaan Umno habis-habisan.

Nik Aziz juga menyelar slogan satu Malaysia (Datuk Najib) dan beliau menganggap ia adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris.

Nik Aziz mengatakan ucapan perwakilan dimuktamar PAS yang lepas tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi sebaliknya bercakap perkara lain. Umpama masuk restoran, tidak minta makanan tetapi sebaliknya meminta minyak selinder, dan mahu betulkan tayar motokar....

Sebab apa PaKMie berkata Nik Aziz suka buruk sangka?

Setiap kali jika berlaku masalah dalaman parti Pas, maka bila Nik Aziz bercakap beliau suka berkias kearah memfitnah dan mengaitkan dengan Umno. Apa yang kita tahu Umno adalah sebahagian dari komponen BN. Jika pun Nik Aziz mahu mencari pengaruh politiknya kenapa Nik Aziz tidak meyelar parti komponen lain dalam BN? Secara jelas disini Nik Aziz suka mencipta musuh sesama islam di negara ini. Umno itu sendiri terdiri daripada kaum melayu dan beragama Islam. Sepatutnya Nik Aziz juga harus berbangga seteruk-teruk Umno pun ia juga dianggotai oleh kaum melayu beragama islam yang memimpin negara dengan meletakkan agama islam sampai ketahap hari ini.

Haji ada presiden Pas yang dipilih oleh perwakilan. Sepatutnya pandangan Haji juga harus diambil kira. Sebaliknya Nik Aziz menolak terus "idea kerjasama dengan Umno" belum pun memahami apa matlamat sebenarnya. Betul ke merugikan Pas jika berkerjasama dengan Umno...bodoh kah Hadi? dan haruskah kepimpinan Umno menerima bulat-bulat idea tersebut tanpa memahami keiklasannya? kenapa Nik Aziz selalu menuduh Umno macam-macam bila timbul isu kerjasama tersebut dalam kepimpinan parti mereka? sedangkan Umno sampai hari ini pun masih berdiam seribu bahasa. Siapa yang jahat? Datok Sri Najib kah? dulu Paklah jahat...kini DS Najib pula jahat...Umno menerima baik hasrat dan keiklasan ucapan Hadi itu tetapi Hadi harus perjelaskan apa maksud kerjasama yang dimaksudkan itu sejelas-jelasnya dan kepimpinan tertinggi Umno lah yang akan memutuskannya . Apa yang kita faham sekarang Nik Aziz sudah lebih sudu dari kuah dalam memburuk-burukkan Umno. Ini melambangkan kepada kita siapakah Nik Aziz yang sebenarnya. Kenapa menuduh Umno macam-macam sebelum kita ketahui perkara yang sebenarnya, tidakkah ini buruk sangka?

Maka kesannya

Angkara Nik Aziz kini Pas kelantan menanggong akhibatnya. Betapa tidak sembilan orang calon daripada Kelantan termasuk Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Annur Tan Abdullah, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Halim Abdul Rahman, Apandi Mohamad, Omar Mohammad, Rosli Ibrahim semuanya kalah. Kecuali Kamaruddin Jaaffar menang jawatankuasa agung. Kamaruddin walaupun ahli Parlimen dan Bendahari Pas Kawasan Tumpat tetapi dia lebih dilihat sebagai orang Segambut Dalam, Kuala Lumpur daripada orang Kelantan.

Ertinya semua calon Kelantan kalah semuanya. Kemungkinan kalau Nik Aziz turut bertanding juga akan kalah dan disaringan pertama telah ditolak awal-awal lagi dan hanya mendapat satu percalonan sahaja. Tetapi yang peliknya Nik Aziz selalu bercanggah pandangan dengan Haji Hadi dan juga selalu mendahului kata-kata Haji Hadi.

Usahkan Nik Aziz hendak takbir Kelantan nak jaga Husam Musa, Takiyuddin Hassan dan Wan Ismail Wan Jusoh pun beliau gagal. Sebab itulah Husam kalah teruk dalam permilihan Timbalan Presiden tempuhari kerana tidak sampai 50% pun perwakilan Kelantan memberi undi kepada Husam. Undi perwakilan lebih memihak kepada pemimpin-pemimpin Pas yang "mahukan kearah berkerjasama dengan Umno". Menyokong kerjasama dengan Umno bermakna perwakilan menolak Nik Aziz dan Husam. Makanya apakah akan terjadi kepada Nik Aziz dan Husam selepas kekalahan memalukan pas Kelantan ini?

P/S : PaKMie juga ramai kenalan dan rakan dalam Parti Pas. Dari segi politik sahaja yang membezakan idealogi. Apa yang PaKMie perjuangkan adalah kerana agama, bangsa dan negara. PaKMie tidak sesekali memperjuangkan individu-individu tertentu. Bagi PaKMie dalam politik yang salah tetap salah...


Ulasan...

Blogger Panglima Perang Cyber said...

salam..

setelah meneliti situasi sekarang ini maka saya sangat mengharapkan perpaduan Melayu Muslim akan diusahakan oleh semua pihak. ini kerana kekuatan Melayu akan membawa keamanan dan kestabilan untuk semua kaum di Malaysia.

Meskipun tidak disenangi oleh puak yang pernah diusir keluar oleh umno seperti Anwar dan juga Nik Aziz namun Islam perlu bersatu juga tanpa menghiraukan pandangan dua orang manusia yang busuk hati ini..

Masakan tidak busuk hati jika mereka masih menolak perpaduan dan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang namun rela bekerjasama dengan parti samseng yang jelas dapat dilihat dalam video tersebut..

usaha saya ini demi perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia amnya...

saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.

Lihatlahh YB DAP PKR begitu samseng sekali termasuk seorang YB 'tersesat' dari PAS bernama Nizar yang begitu kemaruk ingin kembali menjadi MB hingga tidak kisah apa jua cara sekalipun hendak dicapai asal kuasa dapat dikembalikan kepadanya..

Mujurkah YB Pas yang lain di Perak tidak terikut-ikut dengan provokasi murahan geng samseng PR itu.

Jika masih ada di kalangan YB atau rakyat yang tetap menyokong PR selepas melihat kejadian tersebut maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

apa boleh buat.. Sila lihat di link bawah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Moga Allah menyatukan hati hati kita semua.....



June 8, 2009 9:35 AM




Blogger
reez said...

Salam,

UMNO blom terhapus pun Nik Aziz tetap akan masuk Neraka pasal byk menyebarkan dakyah² palsu kpd sesiapa yg menentangnya terutama UMNO.

Bersekongkol dgn org bkn Islam dan berniat utk menjatuhkan org Islam yg lain adalah sgt dimurkai ALLAH. Sedangkan ALLAH menyarankan umatnya berbaik² sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Tp dlm hal ni ia nmpk keterlaluan.

Kesimpulannye Nik Aziz bukanlah seorang ulama & PAS bukanlah parti yg memperjuangkan Islam sebaliknya parti yg sengaja ingin menghancurkan negara.



June 8, 2009 1:57 PM

Blogger PaKMie said...

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menyeru semua ahli dan pemimpin parti itu supaya patuh serta taat kepada pemimpin.

Seruan itu dibuat kerana amalan sedemikian merupakan antara perkara yang dituntut dalam Islam serta wajib diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Katanya, pematuhan itu termasuklah mengikuti arahan dan keputusan yang datangnya daripada seorang ketua.

''Patuh kepada rais (ketua) adalah wajib. Berdasarkan hukum syarak, ahli-ahli adalah wajib mematuhi arahan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan lebih-lebih lagi juga ia datang daripada Presiden.

''Daripada ketaatan inilah, ia memberikan kekuatan kepada perjuangan Islam. Kita akan mendapat pahala dari sifat ketaatan ini dan jika kita 'lawan tauke' (ketua) jadi hukumnya adalah berdosa kerana tidak tunaikan perkara wajib..."

Adakah hukum ini dikhaskan kepada ahli-ahli Pas supaya mentaat pemimpin-pemimim nya sahaja? apakah tdk berdosa melanggar dan memfitnah pemimpin-pemimpin Kerajaan yang juga memperjuangkan Islam di negara ini?

Marilah sama-sama kita renongkan di sebalik kata-kata Timbalan Musyidul Am Pas ini....


June 8, 2009 6:10 PM


Blogger kamal said...

Sekiranya kenyataan TGNA diambil kira oleh perwakilan sudah tentu anak didiknya husam akan berjaya memenangi jawatan timbalan Presiden Pas tapi apa yang terjadi kesemua perwakilan Pas dari Kelantan telah ditolak oleh perwakilan.Jelas disini perwakilan dan ahli ahli Pas tidak lagi menerima TGNA sebagai pemimpin mereka kerana TGNA terlalu banyak melemparkan pandangan yang bertentangan dengan keputusan Presiden Parti iaitu HH.Begitu juga dengan Timbalan TGNA sendiri Harun Din yang tidak sependapat dengan TGNA berkenaan kerajaan Perpaduan dimana Harun Din sangat setuju dengan cadangan HH.

BAGI SAYA JALAN TERBAIK BAGI TGNA ADALAH MELETAKAN JAWATAN SEBAGAI MB KELANTAN KERANA SEBAGAI MB TGNA HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEKALAHAN KEBANYAKAN PERWAKILAN DARI KELANTAN.SUDAH JELAS AHLI AHLI PAS MENOLAK PANDANGAN TGNA TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN.PADA HUSAM YANG DAH TEWAS LEBIK BAIK HUSAM TUTUP MULUT DAR MENCARI BERBAGAI ALASAN....RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI HUSAMMMMMMMM....



June 9, 2009 1:38 PM














Delete


4 comments:

rezqeen hill said...

Salam,

UMNO blom terhapus pun Nik Aziz tetap akan masuk Neraka pasal byk menyebarkan dakyah² palsu kpd sesiapa yg menentangnya terutama UMNO.

Bersekongkol dgn org bkn Islam dan berniat utk menjatuhkan org Islam yg lain adalah sgt dimurkai ALLAH. Sedangkan ALLAH menyarankan umatnya berbaik² sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Tp dlm hal ni ia nmpk keterlaluan.

Kesimpulannye Nik Aziz bukanlah seorang ulama & PAS bukanlah parti yg memperjuangkan Islam sebaliknya parti yg sengaja ingin menghancurkan negara.

PaKMie said...

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menyeru semua ahli dan pemimpin parti itu supaya patuh serta taat kepada pemimpin.

Seruan itu dibuat kerana amalan sedemikian merupakan antara perkara yang dituntut dalam Islam serta wajib diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Katanya, pematuhan itu termasuklah mengikuti arahan dan keputusan yang datangnya daripada seorang ketua.

''Patuh kepada rais (ketua) adalah wajib. Berdasarkan hukum syarak, ahli-ahli adalah wajib mematuhi arahan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan lebih-lebih lagi juga ia datang daripada Presiden.

''Daripada ketaatan inilah, ia memberikan kekuatan kepada perjuangan Islam. Kita akan mendapat pahala dari sifat ketaatan ini dan jika kita 'lawan tauke' (ketua) jadi hukumnya adalah berdosa kerana tidak tunaikan perkara wajib..."

kamal said...

Sekiranya kenyataan TGNA diambil kira oleh perwakilan sudah tentu anak didiknya husam akan berjaya memenangi jawatan timbalan Presiden Pas tapi apa yang terjadi kesemua perwakilan Pas dari Kelantan telah ditolak oleh perwakilan.Jelas disini perwakilan dan ahli ahli Pas tidak lagi menerima TGNA sebagai pemimpin mereka kerana TGNA terlalu banyak melemparkan pandangan yang bertentangan dengan keputusan Presiden Parti iaitu HH.Begitu juga dengan Timbalan TGNA sendiri Harun Din yang tidak sependapat dengan TGNA berkenaan kerajaan Perpaduan dimana Harun Din sangat setuju dengan cadangan HH.

BAGI SAYA JALAN TERBAIK BAGI TGNA ADALAH MELETAKAN JAWATAN SEBAGAI MB KELANTAN KERANA SEBAGAI MB TGNA HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEKALAHAN KEBANYAKAN PERWAKILAN DARI KELANTAN.SUDAH JELAS AHLI AHLI PAS MENOLAK PANDANGAN TGNA TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN.PADA HUSAM YANG DAH TEWAS LEBIK BAIK HUSAM TUTUP MULUT DAR MENCARI BERBAGAI ALASAN....RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI HUSAMMMMMMMM....

MUS said...

Nik Aziz ni bukanlah ulama sejati yang mengutamakan agama Islam. Dia lebih mengutamakan parti drp agama. Lebih sayangkan Karpal Singh drp anak bangsa seagamanya. Sayang sungguh dia kpd Elizabeth Wong, apa saja yg berkaitan dgn PKR semuanya dia sokong. Bila orang cakap ulama jangan berpolitik, dia marah. Dia kata kepemimpinan ulama boleh berpolitik. Tapi kini yang dok nampak, dia dipimpin oleh Anwar. Sepatutnya Nik Aziz yg pimpin Anwar tapi keadaan dah terbalik. Jangan dok bermegah dgn keturunan krn ramai lagi orang lain yg berketurunan ulama tapi tak dak lah sombong sampai menghina ulama lain dlm parti sendiri. Saya tak dak parti...UMNO tidak PAS pun dak. Saya orang Melayu beragama Islam...yang utama adalah ISLAM dan masa depan generasi masa depan.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..